Our social:

Wednesday, June 17, 2015

tazkirah Ramadhan 1

Takrif Puasa

Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Dalil PensyariatanFirman Allah:(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi mandusia dan penjelasan-penjelasanmengenai petunjuk itu dan furqan (antara yang hak dan yang batil).

Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu (Al-Baqarah: 185)

Sabda Nabi SAWIslam dibina atas lima perkara: Mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad SAW adalah Utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan. (Bukhari dan Muslim)

IjmakUmat Islam telah bersepakat atas wajibnya puasa Ramadhan lantaran ia salah satu daripada Rukun Islam dan termaklum kewajipannya dalam agama.

Hikmah Berpuasa

1. Ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah.

2. Semua golongan samada kaya dan miskin terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat Islam.

3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir ketenangan jiwa dan ketaqwaan.

4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.

5. Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintui-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dirantai.

Sekian, Wassalam.Membina Fikrah Benar

Regards,

M Nazim B Ariffin

@fw dari email yang ustaz nazim hantar,,, untuk pengkongsian ilmu,,,bole kan?

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng