Our social:

Latest Post

Thursday, November 5, 2015

Video Labah-labah betina semburkan helaian sutera

The Real Spider-Woman

How far can a 3cm-long Darwin's bark spider spray a strand of silk? You won’t believe it… #TheHunt. Sundays. 9pm. BBC One.Watch episode 1 on BBC iPlayer: http://bbc.in/1GHl7Qg

Posted by BBC One on Sunday, November 1, 2015


tak tau nak tulis tajuk apa...tapi...tapi... perghhh... saintis pun pelik... memang pergh...power...
سبحان الله

Friday, September 25, 2015

lagi 1 ke 2 sem?

sedar tak sedar, lagi 1 ke 2 sem abis belajar...hmmmm

Saturday, August 15, 2015

Malas Belajar

esok dah nak pekse,,, tapi masih lagi bermalas-malasan...camni la bila orang tua belajar...budak2 jangan ikut...
bila jadi camni...rasa macam nakhisap rokok pulak...hmmmm
dah 4 tahun benti merokok...takan nak hisap balik tapi kadang2 perasaan tu datang jugak terutama sekali time stress camni..
tapi bila perasaan nakmerokoktu datang...tengok kembau aku, terus hilng rasa tu...
harap2 dapat bertahan...

Tuesday, August 11, 2015

Video singa main bola



terbaik singa ni tapi takde sapa yang sudi nak join sapa...ekeke

Monday, August 3, 2015

Iklan raya petronas 2015

cantik tempat penggambaran video ni... ok la jugak iklan ni... takde lah mintak maaf gila2 menangis... cukup mcm tu jer... mcm kita2 jugak kut... huhu dan akhirnya dia berhuhu dengan abang dia kat atas bukit sampai subuh

Friday, July 24, 2015

video: belum abis tengok dah nangis

Saturday, July 4, 2015

Top 10 gaji termahal bpl 2014/2015

Top 10 pemain dengan bayaran tertinngi di Premier League pada musim 2014/2015 .
01. Wayne Rooney – Manchester United –w€386,960 seminggu
02. Angel di Maria – Manchester United – €350,230 seminggu
03. Radamel Falcao – Manchester United – €331,470 seminggu
04. Yaya Toure – Manchester City – €300,070 seminggu
05. Robin Van Persie – Manchester United – €281,310 seminggu
06. Sergio Aguero – Manchester City – €281,310 seminggu
07. Cesc Fabregas – Chelsea – €250,060 seminggu
08. Eden Hazard – Chelsea – €231,300 seminggu
09. Mesut Ozil – Arsenal – €225,060 seminggu
10. John Terry – Chelsea – €218,800 seminggu

Friday, July 3, 2015

update transfer bpl

saje jela aku nak update



Update transfer 3 July 2015

Max Ehmer - QPR to Gillingham
Gaetan Bong - Wigan to Brighton
Danilo Pereira - Maritimo to FC Porto
Jose Holebas - AS Roma to Watford
Atinc Nukan - Besiktas to Redbull Salzburg
Ali Al-Habsi - Wigan to Reading
Sebastian Polter - Mainz 05 to QPR
Simeone Verdi - AC Milan to Empoli
Gianmaro Comi - Livorno to AC Milan
Matteo Bianchetti - Inter Milan to Hellas Verona
Marco Bennasi - Inter Milan to Torino
Matteo Politano - AS Roma to Pescara
Mame Baba Thiam - Juventus to Virtus Lanciano
Vincenzo Fiorillo - Juventus to Sampdoria
Emmanuel Ladesma - Middlesbrough tn Rotherham
Kolbein Sigthorsson - Ajax to Nantes
Luis Adriano - Shakhtar Donetsk to AC Milan
Corentin Jean - Troyes AC to AS Monaco
Jazz Richards - Swansea to Fulham
Lucas Ocampos - AS Monaco to Marseille
Jamie Ward - Derby County to Nottingham
Andreas Bjellan - Twente to Brentford
Neil Etheridge - Charlton to Waisall
Ormonde Ottewil - Arsenal to Swindon Town
Karim Rekik - Manchester City to Marseille
Mark Uth - Heerenveen to TSG Hoffenheim

mengantuk ubatnya ?

harini adalah hari jumaat,,, hmmm org perempuan suka la kut sebab arini hari survey2, hari shopping2,, aku harini 1st pagi selepas offday,, jadinya mood aku jadi mcm mood korang masa hari isnin,,,,

ubat mengantuk,,, 1 je ..... tido,,, klu kat tpt keje? sama jugakla ,,, tido,,, hmmmm

Thursday, July 2, 2015

dah berapa kali korang pergi bazar?

tahun ni rekod belum pecah lagi...satu hari pun aku tak pergi...sebab rasanya takde apa aku nak cari... dulu-dulu boleh gak aku tengok kuih-kuih ke...tengok jela...tapi sejak ada fb wasap bagai...tak payah pergi kut sebab ramai dah update...hik

Wednesday, July 1, 2015

teknik scan negatif untuk dapatkan gambar warna



saje nak simpan...untuk aktiviti aku akan datang

Saturday, June 27, 2015

Beli baju raya di mana?

korang beli kat mana? mungkin yang rasa diri dia dah tua,,, hmmm macam aku la senang citer,,, tak kisah sangat, so aku citer pasal anak2 la ye.

aku rasa kebykan orang akan beli baju raya ka mana adalah bergantung pada baju apa,,,, maksud aku samada baju kurung/melayu,, baju moden atau kalau aku kecik2 dulu baju jalan,,, baju main@basahan mestilah berbeza,,, ye tak?

tapi aku harap baju apa pun korang nk beli,,, korang kena survey,,, kadang2 kat bazar lagi mahal dari kat shopping,,, lainla klu korang kaya,,, tak payah survey,,, beli je terus,,,

dulu2 aku beli malam raya,,, tunggu dorang lelong,,, hehe

Friday, June 26, 2015

Tidur sekejap sebelum zohor

kongsi daripada wasap,,, memamgla best kalau dpt tido sekejap masa tengahari,,,, kat tempat keje? hmmmm harap2 bos baca,,, hmmm




Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor


[U]فوائدالقيلوله الصحيحة[/u]

قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.


Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi,
kecerdasan dan fokus.
Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor .😊 😃
Assalamualaikum,
Apakah itu Hailulah , Qoilulah dan A'ilulah?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Hantarkan kpd rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan terhadap org yg lalai.
So..jgn tido lps subuh n lps asar..😊

Thursday, June 25, 2015

Hujan di bulan Ramadhan

Harini bumi Melaka dilimpahi hujan rahmat, Alhamdulillah, Setelah berpanas terik semalam, arini cuaca redup je,,, kalau zaman sekolah dulu, time hujan2 gini, memang sedap, bole tarikh selimut lg, dulu masa sekolah, klu hujan,,, aku akan pergi lambat la... pergi tetap kena pergi.

bila dah tua ni,,, hujan ke panas ke,,,dah susah dah nak lelapkan mata,,,hmmm

Wednesday, June 24, 2015

Ibu arnab lawan ular untuk selamatkan anaknya



tergamam sekejap aku tengok video ni...

Tuesday, June 23, 2015

Penerbangan pertama haji tahun 2016

Kalau ikut berita bernama ni, katanya yang pertama akan berlepas 16 Ogos dah yang last 16 Sept,,,jadual akan diedarkan pada akhir Ramadhan,,,

hmmm,,,,bila la agaknya giliran kita yer,,,
aku baca kat fb, aku tak tau camana nak bg link

Monday, June 22, 2015

Baru aku tau makna lagu Kun Anta

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
di dalam hati ia bersinar.

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas

maksudnya kecantikan dalaman...hmmmmm

Bila binatang minum arak...hmmm

Petua hilangkan bau durian

Sekarang ni pergi mana2 pun semerbak bau durian, kat bazar pun bukan main pekat bau durian,,,maklumlah siang tak boleh nak makan durian tu...lepas waktu berbuka, yang mana hantu durian tu,,,memang akan berbuka dengan durian,,,maklumlah, durian ni bukan je sedap makan macam tu je...boleh juga buat makan nasi dengan durian campur santan... campur gula melaka... buat bubur...hmmmm kalau dah terlebih... buah goreng macam goreng cempedak pun bole... goreng durian... aku tak pernah rasa,,, ingat malam ni nak test buat...ki3

aku pernah tanya pakcik z,,, petua nak hilangkan bau durian,..dia kata senang jek... jangan makan durian....hmmmm
kuangjaq... hahaha

Saturday, June 20, 2015

musim durian di bulan Ramadhan

Ramadhan tahun ni sama pulak dengan kedatangan musim durian. Aku rasa harga durian pun jatuh kut, aku rasa la sebab bila masa kita nak makan durian? malam je kan,,, nasib baik aku bukan hantu durian,,,

eh aku rasa citer movie upin ipin tu memang dorang dpt idea dari perkataan hantu durian la,,, hak hak tiba2 je,,, kah3

bila semut mengajar manusia



tengok video ni, tengok macamana kalau kita bekerjasama, tengok camana bila tiada sikap dengki-mendengki.
aku rasa kalau bab rajin dan kerjasama, semut memang makhluk yang perlu kita fikirkan. dan kita juga dilarang untuk membunuh semut yer.(peringatan untuk diri aku)

Friday, June 19, 2015

Pengalaman pertama berpuasa masa syif malam

kat tempat kerja aku ni, bila bulan puasa Ramadhan, jadual pekerja2 syif akan bertukar dari jam 730-1930 ke jam 0600-1800 .masa mula2 diperkenalkan working hours macam ni memang tak dpt bayangkan mcmana tapi bila dah buat, rasa macam biarla terus je sampai bila2... sebab memang best ,,,lepas sahur je bole terus pergi keje.

Harini adalah hari pertama aku keje malam, oleh sebab wife aku blk keje pun pukul 5 maka secara otomatik aku la kena siapkan bekal untuk berbuka dan sahur aku, so lepas solat jumaat tadi aku keluar cari ikan,,, patut aku beli pagi tadi tapi sebab pagi tadi ada hal, petang baru ada masa nak cari ikan, Alhamdulillah, dpt ikan parang separuh,,, jadi la,,, cukupla untuk family kecik aku ni,

aku masak pindang je,,, senang dan cepat dan semestinya sedap,,, hik hik

Gangguan Bekalan Air Selangor WP. Kuala Lumpur dan Putrajaya


Sumber maklumat adalah laman web rasmi SYABAS. Sebarang pertanyaan berkenaan gangguan boleh dilaporkan terus melalui panggilan ke

1-800-88-5252 atau

SMS ke 39222. taipkan: PUSPEL

ini untuk yang duduk dikawasan terbabit dapatkan maklumat dengan cepat,boleh cuba call atau sms

Senarai negara paling lama berpuasa

gambar sumber internet


aku tak tahulah apa kepentingannya...tapi inilah senarainya. mungkin dengan adanya senarai ni, mungkinlah dia suruh kita bersyukur kat Malaysia ni,,puasa tak selama negara lain...atau mungkin senarai ni nak bagi peluang kat kita tahu macamana peritnya negara lain berpuasa...maksudnya berapa lama dorang berpuasa...

Thursday, June 18, 2015

Pasar Ramadhan yang best kat Melaka

Biasanya kalau kat area aku ni, aku duk Tg Kling, kalau tak kat Pantai Puteri, kami akan ke Klebang, kalau tak, kami juga mempunyai pilihan ke Sg Udang, klu tak best jugak, kami akan ke Pasar Ramadhan Bukit Rambai,,

tapi kalau korang tanya aku, kat mana aku pergi,, aku jawab,,, mana2 aku terasa nak pegi, aku pergi tapi aku pergi tengok jela,,, aku dah berapa tahun tak beli kat pasar Ramadhan sebab pun dah buat aku kenyang,,, hehe tak payah la kut nak citer kenapa aku tak beli,,, aku sebenaqnya dah serik,,, kenapa serik? sama jela ceritanya dengan orang lain,,,

so, sekarang ni kalau pergi pun,,, aku just jalan2 tengok2 jela,,,,,,

hmmm

Pengalaman bekerja di Ramadhan pertama

Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti ye. harap harap korang dapat manfaatkan cuti korang diRamadhan pertama ni dengan aktiviti aktiviti yang memberi faedah kepada diri sendiri dan orang orang sekeliling korang, Sudah2 lah tu tidur weh,,, wekap wekap!!

Harini aku keje,, tapi untuk pekerja syif, bekerja di hari cuti umum ni dah jadi perkara biasa. kadang2 best jugak sebab takde bos, tapi macamana best pun,,, duduk rumah dengan family tetapla terbaik,

selamat berpuasa....

Wednesday, June 17, 2015

tazkirah Ramadhan 1

Takrif Puasa

Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Dalil PensyariatanFirman Allah:(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi mandusia dan penjelasan-penjelasanmengenai petunjuk itu dan furqan (antara yang hak dan yang batil).

Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu (Al-Baqarah: 185)

Sabda Nabi SAWIslam dibina atas lima perkara: Mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad SAW adalah Utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan. (Bukhari dan Muslim)

IjmakUmat Islam telah bersepakat atas wajibnya puasa Ramadhan lantaran ia salah satu daripada Rukun Islam dan termaklum kewajipannya dalam agama.

Hikmah Berpuasa

1. Ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah.

2. Semua golongan samada kaya dan miskin terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat Islam.

3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir ketenangan jiwa dan ketaqwaan.

4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.

5. Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintui-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dirantai.

Sekian, Wassalam.Membina Fikrah Benar

Regards,

M Nazim B Ariffin

@fw dari email yang ustaz nazim hantar,,, untuk pengkongsian ilmu,,,bole kan?

Selamat menyambut bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya ramadhan..semoga kita semua sihat dan dpt menjalani ibadah puasa dgn sempurna

Tuesday, June 16, 2015

Benda asas yang perlu semasa bercuti

aritu aku pergi bercuti ke PD, aku rasa ada beberapa benda yang mcm tak penting tapi rupanya penting jugak, kalau takde rasa macam menyusahkan jugak la...ini hanya untuk peringatan aku je ni,,,

1. gelas, pinggan, sudu
macam kelakar je kan,,,takan nk bwk kan tp klu korang tengok video cmana cleaner basuh cawan gelas kat hotel, rasanya korang pun tak tergamak nak pakai dah,, bwk yang jenis plastik je...sudu yg besi takpe kut..pinggan tu optional je tp gelas is a must!

2. pisau lipat.
kalau bole bukan yg harga 10-20sen tu tp yang jenis lipat yg kasau sikit tu,,,aritu aku beli buah lemon tapi tak dpt potong sebab takde pisau,,, so aku rasa kalau boleh bawa pisau lipat tentu ada banyak manfaatnya.

3. tikar.
ini especilly kalau pergi bercuti tepi pantai, tak boleh nak harapkan sangat kat pangkin semua time cuti sekolah memang penuh lah,,, aku tak bawak tikar sebab tak jangka pun nak lepak tapi bila tengok ramai orang santai2 kat pantai rasa seronok pulak,,, kalau takde tikar,,, kalau ada modal lebih beli khemah lipat tu pun ok jugak,, huhu

g. duit extra
kalau ada memang best,,,,, ki3

Saturday, June 13, 2015

Melancung ke Port Dickson



gambar cilok dari website desalagoon. aku harap desa lagoon tak marah sebab aku bagi free promosi je ni...hehe

Harini aku nak pergi ke Port Dickson. akan bermalam di sana. Aku ni dari dulu sampai sekarang hanya akan bermalam di Desa Lagoon. bukan sebab dia best sangat tapi sebab hanya hotel tu je yang aku bole dapat company rate. untuk unit 2 bilik hanya rm94. ok la tu...ye dak? dan sekarang ni aku tengok dia dah renovate so aku aku harap semakin baiklah quality bilik dia.

aku tak tahulah apa aktiviti nak buat ni kang. kalau ikut stended aku, amik gambau je la...hahahaha

Thursday, June 11, 2015

pengalaman bercuti

Aku dah lama tak bercuti-cuti...sebab kekurangan masa dan bajet...
dan aku terpaksa buat entry ni sebab nak buat label travel...ekeke
bila dah ada label ni,,, mungkin lepas ni kalau bercuti cuti, bertravek-travel... kena buat entry...haha

Mi segera popular tempatan bebas plumbum

Aku jarang makan maggi tapi rasanya ini berita baik la kut untuk penggemar mi segera. walaupun dari dulu orang kata mi segera tak baik diamalkan selalu tapi orang makan jugak, keluar pulak berita camni, nampaknya bolehlah makan selalu...hahaha


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan pada Rabu mengesahkan jenama mi segera Maggi yang dijual dan dikilangkan di negara ini adalah selamat untuk dimakan dan tidak mengandungi unsur-unsur yang memudaratkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengeluarkan kenyataan itu berikutan isu pengharaman sementara penjualan mi segera jenama tersebut di India seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Pengharaman sementara tersebut dibuat oleh pihak berkuasa di India susulan penemuan kandungan logam berat plumbum melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang negara tersebut di dalam mi segera jenama berkenaan.

“Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa mi segera jenama Maggi yang dijual di negara ini dikeluarkan oleh kilang di dalam negara dan tidak diimport dari India.

“Kementerian Kesihatan juga telah menjalankan pengesahan ke atas program jaminan keselamatan makanan yang dilaksanakan oleh kilang mi segera berkenaan.

“Pihak kami mendapati bahawa pengurusan kilang tersebut telah mengambil segala langkah yang perlu untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat,” ujarnya.

Tuesday, June 9, 2015

cubaan

ini hanya cubaan...testing untuk maintenance blog

Sunday, April 26, 2015

video selamatkan gajah seberat 2 tan

Sampai terbalikkan gajah tu...ngeri pulak aku tengok camana dorang selamatkan gajah ni...yang penting gajah berjaya diselamatkan...

video youtube ehsan national geagrafic


Tuesday, March 31, 2015

siapa yang salah kalau gst ada kenaikan harga?

warghhhh...esok dah mula gst yang kita tunggu-tunggukan, dah berapa tahun kita tunggu...dah berapa tahun diwar-warkan...akhirnya...esok,,,kita akan dapat menikmati gst tanpa ragu-ragu lagi...sebelum dilaksanakan...macam-macam kita dengar, kita baca, walaupun dengar masuk telinga kiri...keluar telinga kanan... baca pun laju-laju jer... sebab kita sebenarnya nak tahu... harga barang turun ke naik?

so, esok kita akan tahu...kata kerajaan,,, banyak jugak barang akan ada penurunan harga,,,, tapi pr kata akan ada kenaikan harga... tapi yang best,,,,kalau naik harga bermakna...salahkan peniaga,....dengan kata lain,,, kerajaan tak salah,peniaga yang salah .. oleh sebab peniaga salah,kerajaan sediakan talian untuk report peniaga-peniaga yang salah ni, jadi kalau tiada report bermakna tiada salah,kalau salahkan kerajaan, kerajaan kata kami dah sediakan talian untuk mengadu,kenapa tak mengadu? ok...akhirnya,,,,yang salah adalah siapa?

ye betul... yang salah adalah kita....kah3

ok...itu kata kawan aku...kata korang pulak?

Wednesday, March 18, 2015

Zamani - Cahaya Asmara video

Video lagu baru Zamani Slam cahaya asmara



ok jugaklah lagu ni....


Friday, February 6, 2015

Video anjing jadi alarm clock siap fungsi snooze...



tapi bukan nak suruh korang bela anjing pulak...keh3 ada handphone pun ok jugak jadi alarm...siap setkan banyak2, itupun kadangkadang terlayau jugak kan..

Friday, January 23, 2015

Video Anak burung menyamar... comel sangat



wah,,,banyak betul video-video comel kat blog aku sekarang ni... boleh tukar nama blog kut...kah3

Video zamani slam gelora cinta



mana aku nak dpt versi penuh ek...

Thursday, January 22, 2015

budak perempuan comel main drum

Tuesday, January 13, 2015

gambar tanduk kambing melingkau

cantiknye tanduk dia,,, tak sangka pulak phography boleh buat gambar ni lain macam cantik dia


sumber

Monday, January 12, 2015

Video harimau dilepaskan ke hutan semula

Video harimau dilepaskan ke hutan semula