Our social:

Latest Post

Friday, October 24, 2014

semuanya kerana kurang kasih sayang


sumber gambar fb amran fans

"Remaja sekarang lebih liberal, persoalannya kini bagaimana kita hendak menguruskan mereka?" jelasnya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/penutur-ale-uto-golongan-kurang-kasih-sayang-46747

itu ayat terakhir pakar psikologi...dia suruh kita jawab...hmmmm

padahal kalau setakat nak cakap orng ni,,,orang tuuu...kurang kasih sayang...tak payah jadi pakar pun aku boleh cakap...sekarang ni, sepatutnya dia lah yang jawab soalan tu, tu bidang dia kan...pakarlah katakan,,, aku rasa inilah salah satu sebab kenapa bidang psikologi dianggap tak perlu dalam masyarakat kita,,,sebabnya orang2 yang dianggap pakar ni cakap macam kita-kita jugak,,, asal ada wartawan tanya...ooo...remaja ni kurang kasih sayang...oooo...ini salah satu penyakit jiwa....amik gambar makanan...selfie... semua nya penyakit...yang tak sakitnya apa? dia? lagi teruk kalau tanya apa masyarakat perlu buat bila harga minyak naik... oooo rakyat perlu faham takde benda free dalam dunia...rakyat perlu buat berbagai kerja.... bila rakyat buat berbagai kerja sampai masa dengan family terbatas,,, ooo...itu gila kerja...perlu spend sometime with family,,,, quality time... hmmmmmmm

that so call pakar psikology...please think before you make your statement... campur sikit dengan orang...baru boleh assume orang ni sakit jiwa ke,,,,kurang kasih sayang ker.... hmmmmmm...

aku bukan nak sokong orang yang cakap perkataan mencarut ni tapi aku rasa pakar psikology ni tak tau pun amran fans tu...dia cakap secara umum...padahal wartawan tanya tu sebab fenomena meran ...ye aku sebut fenomena bukan sebab aku amy search fans tapi kalau dah awani pun boleh keluarkan berita ni sebagai berita dorang...hmmmmm memang fenomena le meran tu...ye tak?soalan wartawan tu maybe pasal remaja yang suka mencarut...tu yang pakar cakap kurang kasih sayang....nak kan perhatian...bla bla bla...

kalau pasal harga minyak naik...barang naik...kan bagus kalau dia kata... oooo...kalau camtu,,,rakyat perlu tukar kerajaan,,,ini takde,,,lagi-lagi kita yang salah...hmmmm

aku sebuat hmmmm...sebab aku nak korang fikir....hmmmmm tu pun nak cakap...kah3
lama-lama,,,blogger pun dia kata kurang kasih sayang...ekeke

###cam biasa,,,pendapat aku tak semestinya betul pada kOrang...ekeke

Thursday, October 23, 2014

5 gambar labah-labah gergasi besar gedabak

aku takde video senggol senggolan tu...video pegang anjing pun takde jugak... aku bagi gambar labah-labah gergasi je la eh....bukan besar gerabak yer...besar gedabak jek...kikiki
sumber discovery news



Saturday, October 18, 2014

video beratus jerung makan gathering tepi pantai

ehem...nak letak tajuk apa pun aku tak tahu...kah3



video diambil di North carolina outer banks oleh Donnie griggs, seorang nelayan, diver dan surfer. lain2 maklumat, korang carilah sendiri...aku tengok video jek...huhuhu

Friday, October 17, 2014

4 Langkah Padam Rumah Anda Dari Google Street View

1. Buka Google Maps
2. Taip alamat rumah anda, klik Street View pada butang kiri sebelah atas.
3. Kemudian klik Report A Problem pada bawah kanan, dan akan terpapar satu borang.
4. Pada pilihan Request blurring:What would you like us to blur? pilih Home, dan taip alamat rumah anda seterusnya tekan butang Submit

Kongsi kepada rakan-rakan anda supaya privasi anda tidak diceroboh.

Thursday, October 16, 2014

10 Gambar-gambar antara bangunan tertinggi di dunia

1. Kingdom Tower


(Photo: Wikimedia Commons)

2. Shanghai Tower


(Photo: Wikimedia Commons)

Wednesday, October 15, 2014

negara yang mempunyai internet terlaju


(Photo: BI Intelligence)

ehem...korea selatan,,,,jangan cari negara kita please,,,kalau yang termahal tapi lembab,,, ada kut....huhuhu

video surat terakhir dari kapal titanic


pic sumber yahoo


surat ini dikatakan surat yang diambil dari kapal titanic, surat dari salah seorang penumpang Titanic, Esther Hart kepada maknya mengadu pasal kapal titanic sejam sebelum kapal titanic tenggelam...



esther hart ni salah seorang yang terselamat, ada video dia kat youtube cerita tentang pengalaman dia.... korang carilah eh..klu nak tgk la.... aku malas

Tuesday, October 14, 2014

video dinding flat tercabut akibat ribut




kesian dan menakutkan...hmmmm sapalah kontraktor yang buat tu ek...

Menu lunch kapal titanic

A menu from the first-class restaurant on the Titanic (Photo: Henry Aldridge and Son)


Sample lunch menu from a Carnival Cruise (Photo: Carnival Cruise)

menu ni pun dorang lelong sampai beratus ribu...

sumber: yahoo.com

Video budak 3 tahun jatuh kandang jaguar di Little Rock Zoo




ni video panggilan 911 nak inform tentang kejadian so kalau korang bukak, makan data korang, jangan salahkan aku yer...lagi sekali... ini video panggilan telefon 911, video amatur drpd saksi tempat kejadian belum ada lagi.



Monday, October 13, 2014

Search tidak abai Yazid!


“SEBENARNYA dalam hal ini ramai yang tidak tahu cerita sebenar. Kami tidak pernah abaikan Yazid malah dalam ramai-ramai, saya antara yang akan sampai dahulu jika dia jatuh sakit,” jelas pemain bass Search, Nasir berhubung tuduhan sesetengah pihak yang menganggap mereka mengabaikan nasib pemain dram itu.

Sebelum ini, Yazid Ahmad, 53, yang menderita sakit akibat kegagalan kedua buah pinggangnya pernah mengakui terkilan dengan sikap rakan-rakan artis, khususnya anggota kumpulan Search lain kerana tidak menjenguknya ketika terlantar di hospital tahun lalu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nasir dan anggota Search yang lain menganggap apa yang berlaku bukanlah perkara yang besar.

“Ketika Yazid jatuh sakit di Johor Baru sebelum ini, kebetulan saya juga ada di sana dan saya orang pertama sampai dahulu selain daripada ahli keluarga dia. Waktu itu dia terlantar tidak sedarkan diri dan dia tidak tahu saya ada bersamanya.

“Saya faham ketika itu rakan-rakan Search yang lain berada jauh tambahan pula ia berlaku ketika sambutan Aidilfitri. Pada waktu yang sama, Yazid pula mungkin terlalu emosi bila bercakap dan kami faham situasinya.

“Bagaimanapun, apa yang berlaku itu tidak sedikit pun menjejaskan hubungan persahabatan kami. Kami sudah berkawan hampir 35 tahun dan tahu apa patut dilakukan terhadap sahabat kami dan dakwaan orang ramai yang berkata kami tidak peduli tentang dirinya adalah tidak adil,” jelasnya panjang lebar.

Air yang di cincang tidak akan terputus, begitu juga hubungan antara anggota kumpulan Search yang sudah dianggap sebagai sebuah keluarga.

Berkongsi kisah perjalanan Search, Nasir memberitahu kekuatan mereka bermula daripada semangat perjuangan yang besar.

“Search ibarat sebuah keluarga. Kami datang dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk terokai muzik di sini.

“Alhamdulillah, Search masih bertahan sehingga hari ini. Apa yang penting kami juga masih mempertahankan muzik sebab ia ciptaan kami bersama.

“Walaupun ada kalanya masing-masing sibuk tapi untuk Search kami bersatu dan inilah resipi berharga kami untuk terus kekal,” katanya.

Bagaimanapun tidak menafikan timbulnya konflik sepanjang lebih 30 tahun bersama.

“Sepanjang itu, banyak perkara yang mengajar kami untuk terus bertahan. Dengan pengalaman itu juga kami lebih mengenali dan memahami antara satu sama lain dan itulah resipi berharga kami yang mungkin tidak ada dalam mana-mana kumpulan yang lain.

“Sebab itu jika timbul isu-isu kecil antara ahli kumpulan, ia tidak sedikit pun menjejaskan hubungan kami.

“Tapi saya tidak nafikan sepanjang bersama mungkin ada yang merajuk atau berkecil hati tapi kami anggap ia perkara biasa yang juga berlaku dalam institusi keluarga,” tuturnya.

Selepas nama-nama besar seperti Wings, Jamal Abdillah dan Ella menggegarkan pentas Istana Budaya, kini tiba pula giliran kumpulan rock lagenda tanah air, Search lakukan perkara yang sama.

Teruja menghiburkan peminat yang sudah lama menantikan kemunculan mereka, vokalisnya yang dikenali sebagai Amy Search menjanjikan persembahan yang berbeza.

Ikan mulut buaya sambar mata kail

Shahrul Nizam menunjukkan ikan mulut buaya yang berjaya ditangkapnya di Jambatan Sultan Idris awal pagi semalam.

tengok dari jauh, macam comella pulak ikan tu...ekeke

PARIT BUNTAR - Seorang petani tidak menyangka berjaya menangkap spesies jarang ditemui apabila mata kailnya disambar ikan mulut buaya atau Alligator Gar yang dikenali dengan nama saintifiknya, Atractosteus Spatula ketika memancing di Jambatan Sultan Idris, di sini awal pagi semalam.

Shahrul Nizam Ahmad, 23, berkata, dia pergi memancing di jambatan itu bersama seorang adik dan tiga rakan pada kira-kira jam 3.30 pagi sebelum mengesan kelibat seekor ikan berbentuk pelik yang sering timbul di atas permukaan air dalam tempoh 15 minit.

Menurutnya, hanya berbekalkan sinaran lampu limpah yang terdapat di jambatan tersebut, dia cuba mengenal pasti spesies hidupan air tersebut dan pada mulanya menyangka ia adalah ikan arapaima.

“Teruja untuk menangkap ikan itu, saya segera menukar mata kail yang digunakan kepada mata kail paling besar dan mencampakkannya ke lokasi ikan itu sering timbul.

“Sebaik sahaja ikan itu timbul, saya segera merentap mata kail ke badan ia dan berjaya menaikkan ikan itu ke atas jambatan dalam tempoh setengah jam,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Shahrul Nizam berkata, sebaik sahaja menaikkan ikan tersebut ke darat, dia dan rakan-rakannya terkejut apabila mendapati ia Alligator Gar.

Gambar-gambar Sotong Yang Cantik dan Comel

sumber : http://news.nationalgeographic.com/news/2014/10/pictures/141008-octopus-oceans-animals-science-international-day/?utm_source=Facebook&utm_medium=Social&utm_content=link_fb20141008news-octopuspics&utm_campaign=Content&sf5117488=1

stealthy seagoers

Jet Propulsion

Sunday, October 12, 2014

video kanggaro gaduh di jalanan





hmm...sapa berani leraikan?

sumber gambar 9news.com

Saturday, October 11, 2014

video budak 5 tahun main bola keranjang NBA


Budak ni ada leukemia, so pihak NBA sain kontrak 1 hari untuk dia dapat main game ni,,,




sumber gambar nba.com

Friday, October 10, 2014

video kucing suka kena vacuum



aloloooo... comel sangat kucing ni kena vacuum... agak agak bole test kat kita tak...hmmmm

Penjelasan KJ berkenaan yang gagal bayar PTPTN


Tahun lepas, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan cadangan untuk menyenaraikan peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang mereka dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS). Pada waktu itu, selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang mendukung aspirasi orang muda, saya telah bantah langkah tersebut kerana terdapat ramai peminjam yang tidak dapat bayar PTPTN sebab kekangan kewangan yang dihadapi akibat kos sara hidup yang meningkat. Ada juga yang masih belum dapat tawaran kerja dan tidak mampu membayar balik hutang PTPTN mereka.

Baru-baru ini saya didatangi pengurusan tertinggi PTPTN. Mereka telah kemukakan cadangan yang baharu. Mereka tahu ramai grad baharu yang masih tidak dapat tawaran kerja yang tetap. Pada masa yang sama mereka risau sebab apabila peminjam tidak membayar balik hutang PTPTN, tabung untuk memberi pinjaman kepada pemohon baharu semakin kurang. PTPTN hanya boleh diteruskan jika peminjam membayar hutang mereka. Barulah pinjaman baharu dapat diberi kepada orang lain.

Dalam keadaan ini, PTPTN cadangkan untuk cuba dapatkan bayaran daripada mereka yang langsung tidak membayar balik hutang mereka sejak tahun 2010 dan sebelumnya. Hujah PTPTN, kalau grad pada tahun 2010, takkan satu sen pembayaran pun tidak boleh dibuat?

Thursday, October 9, 2014

ahli silap mata kejutkan homeless man


gambar ikan jerung dari dekat yang menjadi viral


gambar diambil oleh seorang wanita dari dalam sangkar jerung...hmmmm... ada berani?

sumber: http://www.grindtv.com/outdoor/nature/post/stunning-great-white-shark-image-just-luck/

Wednesday, October 8, 2014

Cara menjawab sms scam paling kelakar


sumber facebook.com/PlatinumFanClub



bagi aku , ni memang terbaik,,,setaraf dengan sms kol no insurance tu...ala...yang ilmu hitam tu...hahaha

Tuesday, October 7, 2014

Xiddig sedia pelan untuk komuniti


Selepasaltek produk bumiputera, sekarang xiddig pulak... nama dia macam susah je nak sebut ek...satu je aku nak tau... camana nak jadi ejen dia ek...


SYARIKAT telekomunikasi milik Bumiputera sepenuhnya, Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd (Xiddig) memperkenalkan pelan pra bayar khusus kepada golongan pelajar dan penggunaan internet serendah RM1 sehari.

Pengarah Eksekutifnya, Mahmud Mohamed berkata, syarikat ini baru ditubuhkan pada September 2013 dan memulakan operasi hanya pada awal tahun ini.

"Dalam tempoh tujuh bulan ini, kami mempunyai 10,000 pengguna dan kami jangkakan boleh mencapai 70,000 pengguna menjelang akhir tahun ini.

"Sambutan pelanggan adalah di luar jangkaan dan kami akan terus berkembang di setiap negeri dan daerah," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, di Puchong, baru-baru ini.

Menurutnya, tumpuan syarikat adalah untuk memenuhi kepuasan pelanggan dengan menyediakan pakej panggilan yang menarik serta pelan internet yang sesuai untuk pelanggan.


Video Sangkar sembelihan Lembu Korban hidraulik

wah...dah ada sangkar camni pulak ek....


Video Kuda Comel Terkecil Di dunia (agaknya)



comel sangat rasa macam nak pe;uk peluk jerrr... huhu
apa hal tajuk ada agaknya...sebab aku tak pasti...hahaha
yang pastinya memang comel kuda tu kan... kan...

Monday, October 6, 2014

Menara Eiffel perkenal lantai kaca


Lantai kaca di aras satu di Menara Eiffel di Paris. Foto www.dezeen.com

PARIS: Menara Eiffel memperkenalkan lantai kacanya yang baharu pada Isnin, dijangka menarik lebih ramai pelawat.

Lokasi tumpuan terkenal Paris itu dikunjungi jutaan pelancong setiap tahun.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo pada Isnin merasmikan aras pertama monumen yang paling ramai dikunjungi di dunia, yang mana ia telah pun beroperasi pada bulan lepas.

Kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan di platform pandangan di menara setinggi 325 meter itu.

Dari ketinggian 57 meter, para pelawat dapat melihat pemandangan bawah menerusi kaca yang keras, dan boleh berjalan di atasnya seolah-olah 'berjalan di atas udara'.

Gentian kaca itu dilengkapi dengan penghadang keselamatan di sekelilingnya.

Projek pengubahsuaian ini menelan belanja 30 juta euro, dan mengambil masa selama dua tahun. Selain lantai kaca, pengubahsuaian itu turut melibatkan satu paparan visual dengan tujuh skrin mengenai menara berusia 125 tahun itu dan sebuah bilik persidangan. - AFP


mstar

sumber aku

Video gajah dewasa selamatkan baby gajah

dia punya kelam kabut nak selamatkan anak dia (tak tahulah anak dia ke bukan...hik) memang betul-betul macam kita...





Sunday, October 5, 2014

Virus 'malware' kian menjalar di telefon pintar





NEW YORK: Sebuah syarikat keselamatan kecil mendedahkan terdapat kelemahan dalam berjuta telefon pintar yang membolehkan perisian berbahaya menyamar sebagai aplikasi sah dan 'mengawal' operasi telefon pengguna.

Ancaman itu adalah satu daripada topik utama yang dibincangkan pada Persidangan Keselamatan Komputer 'Black Hat' tahun ini. ( Persidangan ini turut disertai wakil agensi kerajaan dan korporat bersama penggodam di Amerika Syarikat. Black Hat ditubuhkan pada 1997 oleh Jeff Moss yang turut mengasaskan DEF CON).

Malah tidak menghairankan bahawa kebelakangan ini beberapa syarikat keselamatan komputer sudah mula mengenal pasti aplikasi khusus yang bertujuan untuk melakukan pemantauan terhadap sistem telefon pintar daripada terdedah kepada serangan virus.

Solat Dan Cara Melaksanakan Sunat Aidil Adha

Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Qurban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan qurban.
A. Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha
1. Niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Aku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.
2. Pada rakaat pertama:

a. Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Kafiruun.

Saturday, October 4, 2014

dari pandangan seekor kucing

wow...kajian saintis ni, hebat... kucing ni memang tengok hitam putih je ker? tapi night vision dia...wow!!






kalau nak tengok lain-lain kajian tentang kucing bolehla korang tengok kat sini