Our social:

Tuesday, October 7, 2014

Xiddig sedia pelan untuk komuniti


Selepasaltek produk bumiputera, sekarang xiddig pulak... nama dia macam susah je nak sebut ek...satu je aku nak tau... camana nak jadi ejen dia ek...


SYARIKAT telekomunikasi milik Bumiputera sepenuhnya, Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd (Xiddig) memperkenalkan pelan pra bayar khusus kepada golongan pelajar dan penggunaan internet serendah RM1 sehari.

Pengarah Eksekutifnya, Mahmud Mohamed berkata, syarikat ini baru ditubuhkan pada September 2013 dan memulakan operasi hanya pada awal tahun ini.

"Dalam tempoh tujuh bulan ini, kami mempunyai 10,000 pengguna dan kami jangkakan boleh mencapai 70,000 pengguna menjelang akhir tahun ini.

"Sambutan pelanggan adalah di luar jangkaan dan kami akan terus berkembang di setiap negeri dan daerah," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, di Puchong, baru-baru ini.

Menurutnya, tumpuan syarikat adalah untuk memenuhi kepuasan pelanggan dengan menyediakan pakej panggilan yang menarik serta pelan internet yang sesuai untuk pelanggan.




Katanya, antara keistimewaan sim kad ini adalah tempoh sah laku selama 365 hari, bonus setiap kali tambah nilai sebanyak RM1 bagi RM10 dan internet tanpa had.

Mengulas berhubung kawasan liputan, Mahmud berkata, pengguna tidak perlu risau kerana Xiddig meliputi hampir keseluruhan Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Katanya, sehingga kini, agen Xiddig boleh didapati di hampir setiap negeri dan pihaknya merancang untuk menambah pengedar yang berminat sebagai usahawan telekomunikasi termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Kami masih dalam proses perbincangan dengan wakil daripada Sarawak dan dijangka berada di sana bermula bulan depan," katanya.

Mahmud berkata, pihaknya hanya merancang untuk mengeluarkan pelan pasca bayar dalam tempoh dua tahun lagi.

Menurutnya, syarikatnya juga kini sedang menambah rangkaian pusat tambah nilai di seluruh negara termasuk stesen minyak, kedai runcit dan pasar raya besar.

Bagi menambah baik perkhidmatan, syarikat itu sedang bekerjasama dengan syarikat dari Perancis, Sweden dan Amerika Syarikat (AS) bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Sim kad Xiddig boleh didapati menerusi agen utama negeri dengan harga pasaran RM8 menerusi laman sesawang www.xiddig.net.

klik gambar untuk ke sumber SH

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng