Our social:

Saturday, September 13, 2014

Tidak Berani Berubah punca utama kegagalan

Kalau satu company yang besar dan gagah camni pun boleh gagal, inikan pula kalau company yang baru nak bertapak... tapi tula...kalau tidak berani untuk berubah,,,, memang samada kita akan selamanya tetap kat situ atau mungkin akan gagal... ermmm

Kebanyakan penganalisa ekonomi meramalkan, pada tahun 2012 banyak syarikat-syarikat besar akan merasai kesan kegawatan ekonomi dunia akan menjadi lebih perlahan berbanding tahun sebelumnya.

Ia dimulakan dengan berita pengumuman penutupan bahagian kamera jenama Kodak sehingga terpaksa memfailkan perlindungan bankrup.

Pengumuman ini mengejutkan pemain-pemain industri korporat dunia terutama di Amerika Syarikat. Ini kerana syarikat Eastman Kodak Co. (Kodak) mempunyai reputasi sebagai salah satu syarikat global yang paling berinovasi.

Semenjak diasaskan 131 tahun yang lalu oleh George Eatsman, Kodak merupakan perintis dan pencetus kepada idea dan inovasi baru dalam industri fotografi.
5 Inovasi Kodak Sebelum Bungkus Tikar

Mula memperkenalkan kameranya pada tahun 1888 dengan slogan ‘You press the button, we do the rest’, Kodak berterusan menghasilkan pelbagai inovasi baru yang menjadi standard baru dalam industrinya antaranya seperti berikut:

Menghasilkan gulungan filem penggambaran yang mampu merakam filem dengan suara (1929).
Memperkenalkan filem Kodachrome yang mampu merakam gambar berwarna (1935).
Memperkenalkan kamera ‘instamatic’ iaitu kamera pertama yang mudah digunakan oleh orang biasa malah oleh kanak-kanak dengan kaedah ‘point and shoot’ (1963).
Menghasilkan kamera digital (1975).
Melancarkan laman web yang membolehkan pengguna memuat naik gambar dan berkongsinya dengan pengguna lain (1997).

Malah ramai yang tidak menyedari kamera dan filem Kodak digunakan untuk mengambil gambar pertama di bulan pada tahun 1969.

Namun, apa yang menyebabkan syarikat gergasi Kodak, yang pernah menguasai 90% pasaran filem dan kamera Amerika Syarikat, ditinggalkan jauh oleh pesaingnya dalam industri kamera digital?

Terdapat dua faktor yang dikenalpasti oleh penganalisa industri menyumbang ke arah kegagalan Kodak yang boleh dijadikan panduan bagi mereka yang mempunyai perniagaan sendiri:

baca lagi di majalahniaga

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng