Our social:

Sunday, August 31, 2014

Udang Galah Warna Biru (gambar)



abcnews


kat sumber ada video ..
Alihbahasa secara bebas...huhuhu

Udang galah biru telah ditangkap di luar pantai Maine pada hujung minggu - 1-dalam-2 juta keberangkalian tangkapan.

Meghan LaPlante, 14, dan bapanya Jay, pengendali syarikat Catch Miss Meghan Lobster, mendapati udang galah biru di salah satu perangkap mereka, Sabtu lalu.

Orang yang mengkaji udang kara mengatakan warna biru adalah disebabkan oleh kecacatan genetik.

Kecacatan genetik ini telah menyelamatkan kehidupan krustasea ini. Bukan untuk dimasak, udang karang biru yang digelar "Skyler" - akan diletakkan di Akuarium Negeri Maine.

aku dah google udang biru ni, bukan pertama kali jumpa pun...haha , berita sebelum ni,

udang galah berwarna biru amat susah untuk ditemui.Udang galah ini ditemui di luar pantai Kanada oleh seorang nelayan.Udang unik yang berwarna biru ini hanya boleh ditemui satu-dalam-2000000.

Ia berwarna biru disebabkan oleh jumlah protein yang berlebihan dalam badan udang tersebut.Menurut seorang pakar dari University Of Maine, kecacatan genetik menyebabkan udang galah menghasilkan protein tertentu secara berlebihan yang memberikan udang galah warna yang unik. sumber

dia kata sebab lebihan protein, so, agaknya pasal tu kalau makan udang berlebihan boleh kena gaut... agaknyalah..

1 comment :

komeng