Our social:

Wednesday, August 20, 2014

FW: Penyakit Hati : Dengki

Dengki merupakan salah satu penyakit hati yang mesti dihindari. Dari banyak referan, dituliskan bahawa dengki merujuk kepada kebencian dan kemarahan yang timbul akibat perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat. Ia amat dekat dengan unsur jahat, tidak berkenan, benci dan perasaan dendam yang terpendam.

Ada juga yang mendefinisikan dengki sebagai suatu perbuatan atau tindakan hati yang tidak senang melihat kesenangan (nikmat) orang lain serta berharap agar kesenangan (nikmat) orang lain akan hilang atau lenyap atau berpindah kepadanya.

Diriwayatkan dari Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“ Janganlah kalian saling mendengki, saling menfitnah (untuk suatu persaingan yang tidak sihat), saling membenci dan saling memusuhi. Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslimnya yang lain, ia tidak menzaliminya, tidak mempermalukannya, tidak mendustakannya dan tidak pula memperlekehkannya. Takwa tempatnya adalah di sini, seraya Nabi SAW menunjuk ke dadanya tiga kali. Seseorang disebut melakukan kejahatan, kerana ia memperlekehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas sesama muslim yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (HR Muslim)

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Ada tiga hal yang menjadi akar semua dosa. Jagalah dirimu dan waspadalah terhadap ketiganya. Waspadalah terhadap kesombongan, sebab kesombongan telah mejadikan iblis menolak untuk bersujud kepada Adam. Waspadalah terhadap kerakusan, sebab kerakusan telah menyebabkan Adam memakan buah dari pohon terlarang. Dan jagalah dirimu dari dengki, sebab dengki telah menyebabkan salah seorang anak Adam membunuh saudaranya.” (HR Ibnu Asakir)

Kesimpulannya marilah kita sama-sama jauhi penyakit hasad dengki dalam organisasi ini khasnya seluruh masyarakat amnya.

sumber email opis

2 comments :

  1. Tq info, moga kita mengambil berat bab hati ni

    ReplyDelete
  2. Mekasih atas perkongsian Rio..
    Dah lama tak jengah sini..
    Ko la satu2nya member YS yg masih wujud dlm dunia aku. Dah lain dh hilang..

    Teruskan berblog my friend.. :)

    ReplyDelete

komeng