Our social:

Tuesday, July 8, 2014

Puasa Daripada Perspektif Kesihatan

Kelebihan puasa pada tubuh diakui oleh ramai pakar perubatan Islam dan bukan Islam. Menurut pakar, puasa dapat mengawal kesihatan, mencegah penyakit serta menyembuhkannya. Kelebihan ini berlaku apabila individu itu berpuasa, dia menghalang bahan-bahan yang dapat mengundang penyakit daripada memasuki tubuh badan. Hampir keseluruhan bahan-bahan ini wujud dalam makanan.



Antara contoh adalah penyakit yan berpunca daripada makanan yang berlebihan, tidak teratur dan menyebabkan keracunan atau bahan risiko seperti lemak, gula, kolestrol dan lain-lain dalam anggota badan. Bahan-bahan ini berisiko mengundang penyakit seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit pinggang, berat badan yang berlebihan dan lain-lain. Apabila bahan ini berhenti daripada memasuki tubuh badan, ia memberi peluang kepada sistem dalam badan bagi memperbaiki sel rosak serta menyembuhkan.



Selama 11 bulan dalam setahun, kita sentiasa mengisi perut kita dengan makanan. Makanan ini masuk ke dalam perut mengikut waktu ataupun mengikut hawa nafsu yang tidak menentu. Apabila kita makan, antara organ yang tidak pernah berhenti berehat adalah perut, hati, limpa dan sebagainya. Mereka menerima dan memproses makanan bagi membekalkan tenaga kepada badan. Malangnya organ ini disalahgunakan bagi memenuhi tuntutan nafsu makan. Apabila organ ini tidak mendapat rehat yang secukupnya, keupayaannya semakin menurun.



Oleh itu, Allah memperuntukkan dalam setahun, hanya satu bulan dipilih bagi merehatkan sistem badan ini. Ia bagi merehatkan sistem ini dan mengembalikan kekuatannya. Selain itu ia juga dapat mengawal tekanan darah dan merehatkan pergerakan jantung, usus dan sebagainya serta memulihkan kecergasannya. Hasilnya memberangsangkan setiap kali menjelang waktu berbuka dan selepas hari raya.



Bapa ilmu perubatan moden, Ibnu Sina menjadikan puasa salah satu kaedah rawatan bagi penyakit tertentu. Antara kaedah itu adalah dengan meminta pesakit supaya berpuasa selama tiga minggu. Kaedah rawatan ini diikuti oleh beberapa tokoh perubatan Barat seperti Dr. Alan dari Amerika bagi penghidap kencing manis dan lain-lain.



Dr. Carlo juga dari Amerika menasihatkan orang ramai supaya berpuasa selama tempoh tertentu dalam setahun mengikut contoh puasa orang Islam. Ia bagi mengurangkan kadar kuman atau bakteria yang berpunca daripada makanan.



Beliau menegaskan, ”Islam adalah agama terbaik kerana mewajibkan puasa dan menjaga kesihatan. Muhammad yang membawa ajaran ini membawa ajaran yang baik dengan menganjurkan supaya mengawal sebelum sakit melalui puasa dan sembahyang selepasnya. Ada pesakit yang saya nasihatkan supaya mencontohi orang Islam supaya berpuasa bukan kerana ibadat tetapi kerana rawatan. Ia menunjukkan kesan yang menyembuhkan.”



Ini adalah pengakuan pakar perubatan bukan Islam mengenai puasa. Kelebihan ini berlaku dengan syarat individu itu berpuasa dan menjaga adab ketika berbuka puasa.



Sumber: Ramadan Tetamu Yang Dirindui



Sekian, Wassalam.



Membina Fikrah Benar

2 comments :

  1. salam ramadhan dan selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  2. Ramadhan Karim
    Dpat kat sini pun boleh keratan batang
    http://jualansm.blogspot.com/2013/12/senarai-keratan-batang-tanaman-yang.html

    ReplyDelete

komeng