Our social:

Wednesday, July 9, 2014

Hadith : Kelebihan Bersedekah Di Bulan Ramadan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan.”



(Riwayat at-Tirmidzi)



Huraian

Pengajaran Hadis:

1. Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di akhirat kelak.

2. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

3. Konsep “memberi” (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat unumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang.

4. Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.



Sumber: JAKIM



Sekian, Wassalam.



Membina Fikrah Benar

1 comment :

  1. bersedekah adalah amalan mulia. asalkan kerana Allah maka ganjarannya sangat besar. wajar kita berwaspada jangan sampai datangnya riak...

    ReplyDelete

komeng