Our social:

Thursday, May 15, 2014

Khasiat jus lemon

Lanjutan daripada post aku yang lama pasal ramuan herba untuk membuka urat jantung yang tersumbat kat sini so harini aku nak cari satru2 kebaikan ramuannya... mula-mula sekali kebaikan jus lemon.
ambil dari dua sumber aku satukan di post ni...kalau baca dari sumber-sumber ni memang jus lemon mempunyai khasiat2 yang diperlukan oleh tubuh badan kita....dan yang penting buat sendiri jer...tak payah beli jenama2 mahal...huhuhu





Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.

sumber


Lemon ialah sebagai buah yang kaya dengan magnesium, karbohidrat, potasium, asid sitrik, kalsium dan Vitamin B & C. Jus lemon mempunyai banyak khasiatnya yang tersembunyi. Ia digunakan dalam perubatan, masakan, lab eksperimen dna juga agen pembersih. Ia juga digunakan untuk membersihkan mulut, membantu pencernaan dan menghilangkan sembelit dan beberapa penyakit lain. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan.

Berikut adalah antara khasiat lemon yang baik untuk kesihatan

Baik untuk perut

Lemon boleh membantu melegakan rasa mual, mulas dan juga membantu dalam proses pencernaan. Ia bertindak sebagai pencuci atau pembersih bagi kotoran yang ada dalam perut. Apa yang anda perlu lakukan ialah, campuran jus lemon yang diperah dengan air suam dan kemudian minum. Mudah, cepat dan sedap!

Cegah nafas berbau

Jus lemon sangat membantu dalam mencegah dan menghilangkan nafas yang berbau. Ia akan membuatkan mulut kita menjadi lebih segar dan wangi. Anda boleh berkumur dengan jus lemon yang diperah atau campurkan dengan air suam dan minum. Selain itu, anda juga boleh mengunyah hirisan lemon selepas waktu makan untuk neutralkan semula bau nafas dan mulut anda.

Pembersih darah

Penyakit seperti malaria dan kolera boleh juga diubati dengan mengamalkan minum jus lemon segar kerana lemon juga bertindak sebagai pembersih darah. Amalkan petua ini sehingga anda menampakkan kesannya.

Dewasa dan kanak-kanak (70 kg kebawah) : Perah separuh biji lemon dan campurkan dengan segelas penuh air suam. Minum dua kali sehari.

Dewasa (70 kg keatas) : Perah satu biji lemon dan campurkan dengan segelas air penuh air suam dan minum dua kali sehari.

Ubat jerawat

Lemon dan jerawat? Dalam fikiran anda mesti pedih bukan? Kesan pedih itu hanyalah untuk seketika sahaja. Ia bertindak untuk membunuh bakteria yang ada sebelum mengecutkan jerawat tersebut. Apa yang anda harus lakukan ialah, campurkan jus lemon dengan sedikit air suam dan madu asli, kemudian sapukan pada kawasan yang berkenaan. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan bersih.

Selain daripada itu, bagi anda yang mempunyai kulit muka yang sensitif dan tidak mahu rasa pedih dan terbakar, anda boleh minum air campuran jus lemon dengan air suam. Minum dua kali sehari setiap hari iaitu pagi dan malam.

Ubat demam

Air perahan lemon boleh meningkatkan jumlah pengeluaran peluh dari dalam badan. Ini merupakan langkah alternatif untuk mengubati demam. Apa yang anda perlu lakukan ialah perah sebiji lemon dan campurkan dengan air suam dan madu dan minum untuk dua kali sehari sehingga demam berkurangan.

sumber

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng