Our social:

Wednesday, January 22, 2014

Logo Baru Jakim


PELANCARAN LOGO JAKIM

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah melalui usia yang panjang dan matang iaitu 45tahun (1969 - 2014). Jakim telah bermula dengan peranannya sebagai Urus setia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) di pejabat Perdana Menteri kemudiannya menjadi sebuah Bahagian Agama ( 1 Februari 1974) sebelum dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS). Selaras dengan perkembangan semasa, BAHEIS telah disusun semula menjadi sebuah Jabatan yang tersohor dengan namanya iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau dikenali sebagai JAKIM berkuatkuasa pada 1 Januari 1997. Dalam tempoh 45 tahun tersebut pelbagai kejayaan, inovasi, pencapaian, mehnah dan cabaran telah dilalui oleh Jakim dalam menyelaras dan memajukan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan agama Islam di seluruh negara.


Seiring dengan perkembangan dan pembangunan negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, Jakim dengan rasminya pada hari ini (21 Januari 2014) akan melancarkan logo korporat Jakim. Secara keseluruhannya logo Jakim ini dibentuk selaras dengan visi, misi, moto, objektif dan fungsi Jakim yang tentunya berdasarkan kepada teras-teras ajaran Islam itu sendiri. Pelancaran logo ini akan disempurnakan oleh YB Dato? Seri Jamil Khir bin Haji Baharom; Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempena Majlis Amanat beliau tahun 2014

Dengan penggunaan Jawi kreatif dan tulisan rumi, logo ini menggabungkan 4 warna iaitu warna biru, merah, kuning yang menyamai semangat bendera Malaysia dan warna hitam sebagai mewakili semangat penegasan, cekap dan berkesan. Secara simboliknya Jakim memilih konsep Menara Masjid dalam pembangunan logo Jakim ini. Padanya terdapat huruf alif yang merujuk kepada ajaran Islam sebagai Ad-Din dalam pentadbiran dan pengurusan Jakim yang profesional dan efisyen. Seterusnya pada bulan dan bintang yang merupakan ikon agama Islam mewakili 14 negeri di Malaysia iaitu merujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri-negeri sebagai pentadbir hal ehwal Islam di setiap negeri manakala Jakim sebagai penyelaras dalam pentadbiran hal Ehwal Islam di Malaysia. Sementara warna kuning sebagai menyatakan Yang Di-Pertuan Agong dan raja-raja melayu sebagai menaungi dan menjaga hal ehwal Islam. Manakala bentuk tipografi JAKIM adalah diambil daripada bentuk huruf yang tebal yang mempunyai unsur pengeasan, cekap dan berkesan sesuai dengan visi Jakim iaitu Mewujudkan Pengurusan Hal Ehwal Islam yang Cekap dan Berkesan.

Justeru, pihak Jabatan mengalu-alukan dan merakam ucapan terima kasih kepada pihak media yang sudi untuk membuat liputan dan memaklumkan majlis pelancaran logo berkenaan untuk makluman ramai.

Sekian, terima kasih.

21 Januari 2014
sumber

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng