Our social:

Tuesday, January 7, 2014

hukum menjual duit syiling yang berharga dari nilai sebenar




hukumnya?




Hukum Jual Beli Duit Syiling Dan Duit Kertas Lama
Soalan

saya ada duit syiling lama tahun 1960 keatas kemudian duit tersebut saya jual pada harga yang lebih tinggi dari nilai asalnya.kemudian hasil duit tersebut saya gunakan untuk peribadi dan menyimpan dalam akaun bank.dan pada perkiraan saya duit tersebut masih laku pada waktu sekarang.persoalan saya apakah hukum saya menjual duit tersebut?dan bagaimana pula jika saya membeli atau menjual duit kertas lama?adakah hukumnya sama seperti menjual duit syiling yang masih laku?
Jawapan

Waalaikumusalam,

Hukum seseorang berniaga duit syiling lama itu adalah harus/boleh.Keharusan ini berdasarkan syarat berikut:

1.Kedua-dua mereka bersetuju (penjual dan pembeli) dengan harga yang ditawarkan oleh penjual/pemilik duit.

2.Pembeli bersetuju dengan tawaran harga daripada pemilik syiling tersebut.

Begitu juga kaedah dan hukumnya harus apabila anda menjual wang kertas lama kepada pembeli dengan syarat masing-masing bersetuju/reda.Wallahu a'lam.


dah boleh start cari syiling2 ni ...hehe

5 comments :

komeng