Our social:

Latest Post

Tuesday, December 31, 2013

program 2014

2013 bakal melabuhkan tirainya... welcome 2014... 2013 so, apa program tahun 2014...aku ni...ntahla...belum tau lagi...ekeke

hope tahun depan akan menjadi tahun yang gemilang bagi korang eh...yang belum bertemu jodoh semoga bertemu jodoh... dimurahkan rezeki...diberi kelapangan dan di beri ujian2 yang simple2...sebab klu tak diberi ujian takut pulak kita akan lupa diri...ntahla...

hidup untuk makan atau makan untuk hidup...korang fikirlah sendiri eh... aku ni tanya je lebih...jawapan nya tak tentu..bergantung kepada keadaan...ekeke

untung orang penang tahun ni ada ceramah bersama UAI... melaka ni apa program pun aku tak tau...ada dato' ramli sarip kot sebab km aku minat dia...ermmmmm

aku duk rumah nak kemas rumah jek...

Saturday, December 28, 2013

Kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream Dikesan Ada Racun

peringatan bukan sahaja untuk pengguna malah pada pembekal / penjual jugak... btw aku tak guna pun ...saje nak mengingatkan pada kawan2...huhu apa2 hal boleh call no yang diberi untuk sebarang pertanyaan...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream yang dikesan mempunyai racun berjadual asid azelaik.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A. Rahman berkata produk yang dikilangkan di Taiwan itu diuji serta dikesan mengandungi racun yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Katanya, produk yang mengandungi asid azelaik, perlu berdaftar dengan PihakBerkuasa Kawalan Dadah, yang bertujuan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagimerawat masalah jerawat dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesionalkesihatan.

"Penggunaan asid tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, kegatalan, kesan kemerahan, kulit mengelupas dan perubahan warna kulit," katanya.

Beliau berkata, syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu diarah memberhentikan penjualan atau pembekalan dengan serta-merta dan memanggilbalik kesemua stok produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

"Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta merta," katanya.

Eisah berkata, pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau berkata syarikat yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 dan hukuman bagi kedua-dua individu ataupun syarikat akan meningkat jika didapati mengulangi kesalahan sama.

Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik, dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, di talian 03-8835532/5533/5537. - BERNAMA

Friday, December 27, 2013

be positif

Aku baca apa yang orang tulis pasal sorang prof tu yang bagi tips camana nak menghadapi kesan kenaikan harga barang...dan aku baca apa yang prof tu cakap...aku ada tengok video prof tu cakap tapi aku tengok je, aku tak dengar pun sebab aku tau apa pakar motivasi nak cakap. Tak de apa pun yang salah apa yang dia cakap...cuma mungkin tak sesuai untuk dipakai oleh semua orang...be positive...

banyak dah aku pergi kelas motivasi ni dan aku dapati bukan susah pun nak jadi pakar motivasi,,, sebab dorang ni macam ahli politik jugak, yang penting pandai cakap, muka mau tebal. nasihatkan orang bukan susah pun... be positif...

dan sangat penting untuk kita ingat, kalau benda tu tak kita rasa,,, tak payahlah nak sibuk2 hal orang,.... orang nak makan ke,,, orang dah makan ke...lantak pi ,,, yang penting kita dah makan... tengok orang lapar...makan sikit...makan pun catu-catu... biarkan...mungkin sedang berdiet...itulah pendapat sesetengah orang...jaga diri sendiri dan keluarga...bila kita bangkang apa2...orang tu tanya...ko susah ke?kenapa ko nak sibuk2...? camtulah...orang lain...biarkan je... be positif...nak positif camanapun aku tak tau...

suruh orang buat 2 3 keje macam dia kut... yelah... orang lainkan pemalas...bawak teksi waktu malam... keje lain waktu siang...2 keje jugak tapi income tak samalah macam dia...arghhh... lantak pi la...cakap jela...belajar malas...kenalah usaha lebih... be positif...

kurangkan bil....pakai lilin...tutup astro... mana ada astro...apa nak tutup? ooo...tak payah tengok tv... cakap macam kita ni gila tengok tv ke hape...?aku rasa budak2 je tengok tv ni...dulu2 ada jugak nak tengok berita...tapi sekarang ada ke orang nak tengok berita.... be positif...

ntahlah... marilah kita be positif...

Friday, December 13, 2013

Etika makan cara Rasulullah S.A.W

ambil dari status facebook Ustaz Zaharuddin, simpan untuk peringatan diri sendiri

Baru sudah berforum perdana sebentar tadi. Antara pengisian saya ETIKA MAKAN CARA RASULULLAH S.A.W..

1. Makanan mesti halal.
2. Makan apabila perlu dan lapar.
3. Berniat apabila makan.
4. Baca Basmallah.
5. Makan makanan yang paling hampir terlebih dahulu.

Saturday, December 7, 2013

Tazkirah : 10 simptom dosa

Peringatan untuk diri sendiri....

1. Ilmu agama susah difahami, diingat dan dihayati

· ilmu ialah cahaya yang Allah pancarkan ke dalam hati. Maksiat pula akan memadamkannya. Maksiat merosakkan akal dan intelek. Apabila seseorang sudah merasakan enaknya maksiat, mindanya asyik memikirkannya.

2. Terasa diri semakin liar dan liat untuk mendekati Allah

· Imbas sejenak. Adakah solat dirasakan sebagai keperluan atau kewajipan semata-mata? Jika solat, yang wajib-wajib sahaja. Berpuasa pun tunggu Ramadan tahun depan. Ada sahaja kesibukan yang menghalang untuk ke masjid biarpun hanya beberapa langkah dari rumah.

· Sama ada maksiat dan ketaatan kedua-duanya makanan jiwa. Apabila jiwa sudah kekenyangan dengan makanan buruk maksiat, mustahil ia mampu lagi menyuap makanan berzat ibadat.

3. Merasa diri tidak dihormati dan dilayan dengan sepatutnya