Our social:

Latest Post

Wednesday, July 31, 2013

Samak dan Sertu



garis panduan sertu klik link bawah ni

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/garis-panduan/garis-panduan-sertu

kat situ ada citer pasal takrif seru, Tafsiran, Hikmah, Spesifikasi atau jenis tanah, Spesifikasi atau jenis air, Pengecualian, Cara Melakukan Sertu Mengikut Syarak, Cara Sertu Premis Dan Barang Gunaan Dengan Menggunakan Tanah dan macam-macam lagilah siap dengan gambar2nya sekali.

aku tak boleh nak cut and paste sebab sebab dia dah bagi amaran tak boleh kecuali dengan kebenaran bertulis..so aku bagi address jela eh..... maklumlah ilmu dia...hak dia la kot.....:)

untuk perbezaan samak dan seru bolehlah korang googlekan lagi..... kat CG ada bincang bende ni

kenapa mende ni hot?
sebab video tu laaa....

Senarai syarikat-syarikat tak diiktiraf BNM



PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGGUNA:
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Sila ambil perhatian bahawa senarai ini bukan senarai sepenuhnya. Senarai ini hanya bertujuan sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk rujukan orang ramai.

Pihak PDRM dan BNM sentiasa bekerjasama dalam memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat bagi memerangi "Jenayah Kewangan". Jangan Menjadi Mangsa..!!


Untuk melihat paparan yang lebih jelas, klik pada pautan di bawah.

http://www.bnm.gov.my/documents/2013/220713_FCA_bm.pdf


Sumber: BNMTELELINK

Sunday, July 21, 2013

tips untuk megelakkan terbeli insurance secara telefon

ishhh...bulan puasa ni...sakit perut aku gelak...

Lelaki Iran 108 tahun menjadi bapa untuk kali ke-11


klik gambar untuk sumber


perghh... hebat ni...cuma kawan aku kata sian kat baby tu...tak tau la aku sebab apa dia kesian kat baby tu...lepas ni mesti ada jual produk kelakian yang berasal dari iran...tuk ni jadi dutanya... biasa la...sbb orang kita kan suka mende2 camni...huhu

Seorang lelaki tua di utara Iran telah mengejutkan semua orang dengan menjadi bapa sekali lagi pada usia 108,


Anak kesebelas centenarian itu, perempuan, dilahirkan sedangkan anak pertama beliau sudah berusia 80 tahun.

Beliau mempunyai lebih daripada seratus anak, cucu, cicit dan piut miut.

Kerja keras, pemakanan yang baik, kebahagiaan dan mempunyai fikiran yang bebas tekanan adalah rahsia untuk kesihatan dan kehidupan yang panjang, kata beliau.

Lelaki itu berkata pada masa ini beliau tidak menggunakan sebarang ubat.

Isteri pertama dan kedua beliau masing-masing telah memberikan beliau sembilan dan dua orang anak .

NN / NN

terjemahan secara bebas oleh aku...kehkehkeh

Thursday, July 18, 2013

Peranan air

article ni panjang tapi worth reading...aku jumpa ni masa cari punca2 penyakit buah pinggang,,,kenapa aku cari? sebab aku nak cari betul ke minum air selain air ro boleh menyebabkan penyakit buah pinggang...errrr... if know what i mean sapa yang ckp camni...huhu baca dan fikir sendiri....


Peranan air dalam gaya hidup aktif
Oleh: MARY EASAW-JOHN

AIR memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan badan kita
sentiasa terhidrat - tidak kontang atau kering.

Dengan gaya hidup yang kian mendesak, kebanyakan daripada kita tidak pernah
lupa untuk makan. Sebaliknya, kita sering mengabaikan pengambilan air
sehinggalah menyebabkan penyahhidratan berlaku.

Selagi dahi tidak berpeluh dan mulut tidak menjadi kering, kita mungkin
tidak banyak memikirkan tentang cecair atau bendalir ini.

Mewujudkan pelan cecair sebagaimana pelan pemakanan sihat adalah penting
dalam kehidupan seharian kita.

Pengambilan cecair boleh berubah-ubah dari air putih atau air masak, jus
buah-buahan atau sayur-sayuran, minuman isotonik, susu serta buah-buahan dan
sayur-sayuran yang sarat mengandungi air.

Berapa banyak airkah yang dikatakan mencukupi?

Monday, July 15, 2013

video jihad di Syria

Sunday, July 14, 2013

Video kucing makan suratkhabar

Sedih tengok kucing ni tapi mengkut ceritanya, ia dah diambil oleh orang yang prihatin...


7 Khasiat Kurma

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Quran sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ (Surah al-Mukminah : ayat 19)

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.“ Sabda Rasulullah SAW.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5 peratus, serat 8.0 peratus manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63 peratus majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4 peratus sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1. Paling cepat diproses dan diserap, sekali gus memberikan tenaga segera.
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2. Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu, kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3. Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Kurma amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,” (Surah Maryam : ayat 25)

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5. Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah RA, “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6. Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ia direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7. Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

http://detikislam.blogspot.com



Sekian, Wassalam.



Membina Fikrah Benar



Ust M Nazim B Ariffin

Saturday, July 13, 2013

Sentuhan Ramadhan: 3 Tingkatan Puasa

1. Puasa Umum

Puasa kebanyakan umat yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan berjimak.

2. Puasa Istimewa (Khusus)

Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada makan, minum dan keinginan berjimak.



3. Puasa paling Istimewa (Khusus al-Khusus)

Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan dengan puasa hati. Inilah kedudukan yang paling tinggi dan merupakan puasa para nabi dan rasul.

Sekian, Wassalam.



Membina Fikrah Benar



Ust M Nazim B Ariffin

forward dr email tempat keje,,,thank ustaz

Friday, July 12, 2013

Tak sahur , boleh ke?

Dulu2 masa sekolah dulu, kalau hari sabtu atau time cuti sekolah,,, kalau boleh sebelum tido dah sahur sebab taknak bangun kul 5...hishhh... teruk kan...sekarang ni,,, cubalah buat....keh3 sahur tu penting... tapikan... tahun lepas...ada satu youtube tu... penonton kat rumah kol mufti ni...dia tanya sah ke puasa tanpa sahur dan berbuka?

n3 aku tahun lepas

Puasa dan Imsak Menurut Sunnah



Thursday, July 11, 2013

Mehdi Hasan | Islam Is A Peaceful Religion | Oxford Union


saje nak simpan

Wednesday, July 10, 2013

Sentuhan Ramadhan 1434H

Selamat berpuasa yer


Takrif Puasa

Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.





Dalil Pensyariatan

Firman Allah:

(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan furqan (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu (Al-Baqarah: 185)



Sabda Nabi SAW

Islam dibina atas lima perkara: Mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad SAW adalah Utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan. (Bukhari dan Muslim)



Ijmak

Umat Islam telah bersepakat atas wajibnya puasa Ramadhan lantaran ia salah satu daripada Rukun Islam dan termaklum kewajipannya dalam agama.



Hikmah Berpuasa

1. Ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah.

2. Semua golongan samada kaya dan miskin terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat Islam.

3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir ketenangan jiwa dan ketaqwaan.

4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.

5. Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintui-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dirantai.



Membina Fikrah Benar



Ust M Nazim B Ariffin

kongsi dr email tmpt keje...

Tuesday, July 9, 2013

terlepas [Nuffnang Blogbuster] Campaign - Switch 2 U

seme dpt ke mende ni?hehe daah lama tak bukak email la...

Dear Blogger,

Please accept our sincerest apologies for the error in the previous Blogbuster email.

We are pleased to inform you that you have been selected to participate in a Blogbuster campaign based on your survey preference to run Expandable ads. If you wish to be excluded from future Blogbuster campaigns, kindly leave a message at our helpdesk

The details of this campaign are as follows:

Campaign Name:
Switch 2 U Blogbuster

Video Submission Deadline:
2nd July 2013

Campaign Period:
9th July 2013 – 29th July 2013

lg satu kempen tarikh tutup 8 july...lps ni kena selalu bukak email la ek...nyosal den... mahal jugak tu dia bayo...kan?

nuffnang sila jemput saya lagi...saya akan rajin2 bukak email pasni...

Monday, July 8, 2013

tema Peringatan Hari Polis ke-206

Selamat hari polis....

Komuniti Sejahtera Komitmen Kami

SUNGAI BULOH, 8 Julai – “Komuniti Sejahtera Komitmen Kami” sebagai tema sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan seluruh penduduk, dalam konteks yang lebih luas, tema yang sama juga terpakai dalam pengurusan kesihatan masyarakat”, ujar Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara berucap di Majlis Lawatan Ke Hospital Sungai Buloh Sempena Peringatan Hari Polis Ke-206, hari ini.


Sunday, July 7, 2013

penapis air ro yang terbaik?

Ini adalah sambungan dari entry tips memilih penapis air terbaik
punyalah lama aku nak sambung...ekeke sebenarnya aku sambung sebab ada yang buat demo kat aku dan aku pun cari lah apa jadahnya test tu.. aku jumpa test tu dan...ehem

ok..camni...korang tentu pernah di demokan oleh penjual penapis air...ala yang pakai elektrolite tu,,,,macam dalam gambar


klik gambar untuk penerangan dalam BI dan lebih terperinci. Aku terangkan ikut bahasa kampung je ni.

ikut penerangan mamat ni...thanks mamat, hehe dia kata memanglah elektrolite tu akan keluar dari air yang ditest...kat rumah kita yang takde penapis air RO tu...kat dia memang takde kuar apa2 sebab dia air RO.... apa air RO tu? reververse osmosis le... tau le...tapi ape? maksudnya air ro ni memang kosong, takde pape kandungan mineral dalam dia sedangkan dalam air2 yang lain tu memang ada mineral ntah apa nama dia...korang baca blog tu,...keh3 so,,, dalam air memang ada kandungan mineral yang tak merbaHAYA KEPADA BADAN KITA..SO DONT WORRY...

jadi, apa tindakan anda2 semua,,, tindakannya kalau ada duit...sukati korang lah nak beli penapis harga ribu2 tu....aku pakai yang ratus2 je...ekeke ada kawan aku...lagi sempoi...beli yg puluh2 tu je... dah cukup dah .dia kata...
kalau takde duit,,,tak payah le susah payah semata2 kalau takut tengok demo tu,,,, yang coklat2 tu...bukan coklat atau apa2...itu adalah mineral yang dirembeskan oleh tindakbalas kimia....mineral dalam air yg tak merbahaya dalam badan.

untuk penerangan dalam BM yang lebih sedap bahasanya, boleh klik sini

hehe...siap ada gaduh2 pasal fakta...ntahlah....aku lebih sokong fakta oleh blog tu...

ps/ korang perasan tak...hampir semua penjual penapis air..akan citer pasal penyakit buah pinggang...


untuk keburukan minum air RO boleh baca kat sini, kalau nak lawan hujah, bolehlah berhujah dengan dia ek...dengan aku...aku ni malas sikit...ekeke nanti korang tulis2 panjang2,,,aku buat dunno jek sebab malas ...kat ctu komen seme pedas2 so...baca dan fikir sendiri sudahlah ek...

so, camana?aku dah sertakan sekali...pro and kon tentang kebaikan keburukan penapis air yang ada.. yang ro dan bukan ro dan korang juga boleh gaduh2 tentang fakta yang korang tau kat blog2 yang aku bagi tu...yang paling best baca komen tentang produk elken dan coway...mana satu yang terbaik? kalau nak tau... boleh tanya sendiri penjual nya...ekkeke

Tuesday, July 2, 2013

gambar: Jadual buka puasa seluruh negeri Melaka

boleh print yang ini untuk jadual berbuka negeri Melaka,

Monday, July 1, 2013

tempat suhu paling panas

Baca kat cnn website, satu daerah kat california telah mencapai suhu setinggi 128 F bersamaan dengan 53.33 C...perghhh panas sangat tu,,,kalau kat sini suhu 30 lbh pun dah panas...bayangkan le kalau 50 lebih... tapi kalau ikut google, suhu paling panas yang pernah direkodkan adalah 134 F atau 56.6 C dan daerah tu dinamakan sebagai Death Valley.

boleh baca kat sini tentang death valley