Our social:

Latest Post

Friday, June 28, 2013

World's First Three-Parent Baby May Be British

Tak tau aku nak translate camna...tapi lebih kurang citer dia, baby dari 3 dna...maknanya campuran lagi satu dna ibu akan dicampurkan... tak taula aku ini nak kita anggap sebagai kemajuan atau apa....ini masih lagi diperingkat kajian dan belum diluluskan lagi tapi kadang2 dorang ni mana ada etika...atas nama kesihatan dan kemajuan...dorang pedulik apa...harap2 tak la sampai ke tahap ini ek...walaupun kata mereka ini adalah untuk penyakit apa ntah tak diturunkan dari ibu ke anak...tapi implikasi dari segi agama dan moral patut diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan...

Tuesday, June 25, 2013

Video: Sumpahan Firaun?patung berputar sendiri?

korang tengok sendiri la ek...aku no komen tapi dari komen2 kat youtube tu ada yang kata sebab gegaran dari orang ramai tapi ada jugak yang kata masa takde orang pun dia bergerak berpusing tapi aku paling suka sorang tu komen kata dia gerak sebab silau...kah3

kadang2 ada yang lebih penting lagi untuk kita fikir2kan...jerebu yang melanda sekarang ni contohnya...baru sikit tu...ermmm...mana nak lari ek...

Monday, June 24, 2013

Hukum Memakai Tangkal

Menggantungkan tangkal di badan untuk dijadikan sebagai penghadang daripada gangguan makhluk halus atau untuk menyembuhkan diri daripada sesuatu penyakit boleh dibahagikan kepada dua bahagian ;

Pertama, menggunakan tangkal yang mempunyai bahan seperti tulang binatang atau kayu yang dikatakan berhikmah, atau seumpamanya, para ulama tidak ada khilaf untuk mengharamkannya, kerana ia boleh menjerumuskan seseorang itu kelembah syirik.

Sabda Rasulullah saw,






من علق ودعة فلا ودع الله له ومن علق تميمة فلا تمم الله له

Maksudnya : “ Barangsiapa yang menggantungkan manik-manik (tangkal) maka Allah tidak akan menjaganya. Barangsiapa yang menggantungkan tamimah (tangkal) maka Allah tidak akan menyempurnakan sesuatu untuknya”. (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Kedua, adapun menggantungkan tangkal yang bahannya adalah ayat-ayat Al-Quran, maka dalam hal ini para ulama berbeza pendapat. Satu golongan mengatakan hukumnya adalah haram dan satu lagi golongan menyatakan harus.

Antara golongan ulama yang menyatakan haram ialah Ibnu Abbas, Huzaifah, Abdullah bin Mas’ud, sebahagian ulama Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal (salah satu riwayat daripadanya). Mereka berpandukan kepada maksud umum hadis di atas tadi, yang menyebut dengan jelas bahawa Nabi saw melarang umatnya menggunakan tangkal. Tidak kiralah sama ada bahan yang digunakannya itu daripada Al-Quran atau bukan daripada Al-Quran.

Hujah mereka, menggantungkan tangkal pada badan, boleh menyebabkan diri seseorang hilang penggantungan (tawakal) kepada Allah SWT. Sedangkan tawakal yang sebenar seseorang hamba hanyalah kepada Allah SWT sahaja, tidak boleh lain daripada itu.

Perbuatan menggantung tangkal yang terdapat ayat-ayat Al-Quran juga boleh membawa kepada penghinaan terhadap ayat-ayat suci Al-Quran. Apatah lagi jika ia di bawa masuk ke dalam tandas atau sipemakainya terlibat dengan pekerjaan yang bercanggah dengan syariat seperti pekerjaan maksiat dan sebagainya.

Manakala golongan ulama yang berpendapat hukum memakai tangkal yang bahannya adalah daripada ayat-ayat Al-Quran itu adalah harus, didokong oleh Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘As, Abu Jaafar al Baqir dan Imam Ahmad bin Hanbal (salah satu riwayat daripadanya). Hujah mereka, sahabat Rasulullah saw pernah berbuat demikian untuk anak-anak mereka yang belum menghafaz Al-Quran.

Menurut Prof Dato’ Dr. Haron Din, walaupun terdapat perbezaan pandangan ulama tentang hal ini, akan tetapi perubahan zaman boleh membawa kepada perubahan hukum. Jika dirujuk kepada zaman sekarang, akidah umat Islam sedang terancam, umat Islam tidak begitu kuat bergantung kepada Allah, iman mereka begitu rapuh, mereka tidak lagi memperdulikan halal dan haram, apa yang mereka mahu ialah kenikmatan hidup yang sementara di dunia, tanpa memperdulikan untung nasib di akhirat.

Ditambah pula dengan suburnya gejala maksiat, syirik dan kufur kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, jika penggantungan ummah kepada tangkal, tidak dibendung atau dicegah dengan sejelas-jelasnya ia akan mendorong masyarakat terjerumus kepada kerosakkan akidah.

Kesimpulannya, pendapat yang sahih, keharusan memakai tangkal yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebenarnya adalah di awal permulaan Islam. Apabila keimanan para sahabat sudah kuat tertanam dalam diri, maka Rasulullah saw melarang sama sekali memakai tangkal walaupun menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Hikmahnya ialah untuk mencegah daripada keburukkan yang lebih besar, memelihara kesucian Al-Quran dan seterusnya untuk membulatkan keyakinan bahawa hanya Allah SWT sahaja yang mampu melindungi manusia daripada segala-galanya.

kongsi dari fb

Friday, June 21, 2013

tindakan dan kesan semasa jerebu

sebarkan....kongsi dari fb

Thursday, June 20, 2013

poster kontroversi: budak makan najis


ini iklan kat oversea, iklan ni biasanya tujuan dia baik tapi kalau tak beretika camni...tapi kan,,,,entahlah...mungkin dia nak mengingatkan secara sungguh2...
eh!aku tak tau nak komen apa...ekeke tapi aku tak setuju la...sebab aku rasa geli pulak tengok gambar tu...

sumber

Wednesday, June 19, 2013

Selangor, Melaka, Johor Diwarta Kawasan Larangan Pembakaran Terbuka

kalau dah diberi amaran means kita kena juga amik langkah2 yang lain...contohnya banyakkan minum air masak dan kurangkan aktiviti luar rumah...

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Rabu mengisytiharkan seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuatkuasa serta merta.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan berkata larangan mengikut Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 itu, berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun, katanya, larangan berkenaan tidak melibatkan pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar.

"Mereka yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Halimah berkata kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Ketiga-tiga negeri tersebut sedang menghadapi masalah jerebu ekoran kebakaran hutan di negara jiran.

Halimah meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menghubungi JAS di talian 03-88891972 atau 1-800-88-2727 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 03-88880336, jika mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan mereka.

-- BERNAMA

Pengendali Laman Web Jiwang.Org Ditahan Di Kelantan

Pengendali Laman Web Jiwang.Org Ditahan Di Kelantan

Oleh JOSEPH SIPALAN

PUTRAJAYA: Sebuah laman web perkongsian muzik yang beroperasi secara haram di Kubang Kerian, Kelantan berjaya dilumpuhkan dengan penahanan pengendali laman web popular, jiwang.org.

Sebuah pasukan yang diketuai bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) melakukan serbuan ke atas rumah suspek pada 11 Jun lalu, dalam operasi membanteras muzik cetak rompak di negara ini.

Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata, suspek dipercayai memperoleh ratusan ribu ringgit menerusi langganan dan penjualan ruang iklan di laman web tersebut yang kebanyakannya melibatkan muzik tempatan.

"Kami merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dalam serbuan itu dan suspek diberikan jaminan polis di Kubang Kerian," kata Roslan kepada pemberita di sini.

sumber

perghhhh.....

Bacaan index pencemaran udara

AIR POLLUTANT INDEX

kat mana nak tengok index ni? musim2jerebu ni semua boleh update are masing2 di sini dia akan update 3 kali sehari....

Tuesday, June 18, 2013

Saturday, June 15, 2013

tip berjimat untuk majlis perkahwinan


sumber


jimat sikit nak upah penanggah ...dia ni sorang pun dah cukup....keh3

Candy Crush The Movie (Official Trailer)

keh3,,, serius???


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa 2013 Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M.




tengok kat fb dh ada yang update pasal mende so...cam biasa...aku kongsi...hehe

Jadual Tersebut Boleh Di Muat-Turun (Download) Dengan Klik "Link" Mengikut Negeri Masing-Masing Seperti Yang Tertera Dibawah "Zon" Kawasan Anda...

Sumber - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Negeri MELAKA

Keseluruhan Negeri MELAKA

Link : https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GdGJGbzNQUklOVnM/edit

Negeri JOHOR

link: https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GTUlfbFpQWnpsSWs/edit

Zon 1 : Pulau Aur & Pulau Pemanggil



Thursday, June 13, 2013

GEMPAR!!! gambar ombak besar di Padang KoTa, Pulau Pinang?




Aku harap jangan le eh...klu betul2 jadi harap orang2 sana berhati-hati eh...tak sanggup nak baca kisah2 sedih...tajuk kat bawah ni tulis gempak2 camni...ntahlah...tak tau aku kenapa...

GEMPAR!!! ADAKAH TSUNAMI BAKAL BERLAKU?
(Ombak Setinggi 3.5 Meter Membadai Padang KoTa, Pulau Pinang)

Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.

celebrity2 penyokong Liverpool

n3 ni just nak suka2 je eh...betul atau tidak,,, bukan perkara yang penting pun...kikiki

credit to Liverpool Fans Forum

Celebrities supporting Liverpool FC

1)Caroline Wozniacki - Danish Pro Tennis Player.
2)Angelina Jolie - American Actress.
3)Samuel L Jackson - American Actor and Film Producer.
4)Pope John Paul II - Polish Pope (deceased).
5)Liam Neeson - Irish Actor.
6)Daniel Craig - English Actor and Film Producer.
7)Mike Myers - Canadian Actor and Comedian
8)LeBron James - American Pro Basketball Player and Businessman.
9)Sheamus - Irish Pro Wrestler.
10)Kim Cattrall - English Actress.
11)Nelson Mandela - Former South African President.
12) Dr. Dre - American Record Producer, Rapper and Actor.
13)Sven Goran Eriksson - Swedish Football Manager.
14)Billy-Bob Thornton - American Actor and Musician.
15)Melanie C - English Singer-songwriter and Actress.
16)Clive Owen - English Actor.
17)Graeme Smith - South African Pro Cricketer.
18)Stephen Graham - English Actor.
19)Theo Walcott - English, plays for Arsenal.
20)Cameron Mooney - Australian Football Superstar.
21)Robbie Keane - Irish, plays for West Ham United.

Wednesday, June 12, 2013

Adab ketika Bersin





kongsi dr fb.

Monday, June 10, 2013

logo baru petronas


tengok mcm sama jek...tp mungkin kaler dia ada mcm effect kilat2 kot...ntahla...tak jauh beza pun pd pandangan mata aku la... korang?

PETRONAS INTRODUCES REFRESHED CORPORATE LOGO

PETRONAS today introduced a refreshed version of its corporate logo at the 2013 Asia Oil and Gas Conference (AOGC 2013).

A renewed ‘look and feel’ has been incorporated to the original PETRONAS’ oil drop logo to reflect the visual expression of PETRONAS’ Group Positioning, reimagining energy.

The refreshed logo is part of a group-wide exercise to further strengthen the visual potential of PETRONAS’ corporate icon by making it more contemporary while building on the existing equity and legacy of the PETRONAS brand.

In essence, the refreshed logo symbolises the growth and progression of the PETRONAS brand.

Pengalaman Safwan Anang siri 5

Realiti seorang banduan di Penjara Sg Buloh - Siri 5

Akhirnya dapat juga baring sekejap merehatkan tulang empat kerat yang betul-betul cukup letih setelah seharian melalui macam-macam perkara. Sambil-sambil baring aku masih menyambung cerita bersama dengan Jai. Macam-macam soalan jugak yang dia tanya mengenai perkembangan keputusan PRU baru-baru ni. Maklumlah semua banduan ni mana sumber maklumat selama duk dalam penjara. Kalau ada pun biasanya hanya Cikgu-cikgu yang duk bercerita kepada diorang. Tu pun belum tentu sahih ataupun tidak. Sumber biasa Utusan, Rtm dan Tv3 jelah. Panjanglah perbualan mengenai isu blackout malam tu. Tapi agaknya selang dalam setengah jam macam tu datang cikgu menjengah kami berdua, “ Ni yang mana satu Safwan?” Tanya cikgu dengan nada tegas.

Aku terus bangun dari pembaringan sambil menjawab, “ Ya, saya cikgu.” Jai pun turut bangun berdiri serentak waktu tu. “ Ya cikgu, ada apa?” Spontan Jai dengan nada slumber bersahaja. “ Ni ha, sebab kau lah rupanya yang diorang duk berhimpun buat demonstrasi kat depan penjara Sg Buloh ni. Pasang lilin lah, buat khemah la…” Aku hanya diam tersengih. Aku tahu mereka buat tu semata-mata nak bersolidariti bersama aku. Dalam hati aku, ni kalau aku menjawab ni aku jugak yang kena. “ Ni, Safwan kau tahu ke tak ni?” Cikgu tanya aku lagi. Kali ni aku jawab, “ Tak, tak tahu pulak cikgu.” Ringkas aku jawab. “ Ish, sebab kau lah diorang duk buat macam ni. Kenapa sebenarnya kau nak masuk sangat penjara ni? Cuba kau cerita apa masalah kau ni..” Sergah cikgu lagi. Dalam kepala aku, ni mesti cikgu nak soal siasat aku. Dah macam soalan polis pulak yang dia tanya. Maklumlah sudah beberapa kali aku ditahan polis dan itulah antara soalan biasa dalam proses soal siasat.


Wednesday, June 5, 2013

Pengalaman Safwan Anang siri 4

Realiti seorang banduan di Penjara Sg Buloh - Siri 4

Selesai solat maghrib berjemaah, aku tersentak seorang diri. Ibarat mimpi dah jadi nyata. Selama ini aku pernah bercita-cita untuk masuk ke penjara. Hari ini aku dah jejakkan kaki sendiri dan akhirnya dapat juga beribadah dalam kamar besi yang cukup menakutkan bagi kebanyakkan orang. Tapi ini jalan yang aku pilih dan aku nekad. Jai mula menyapa aku. “ Kau dah makan belum ni? Aku menjawab, belum makan malam lagi. Jap, aku bagitahu cikgu..” Jai membantu ku dapatkan makan malam walaupun waktu makan malam dah tamat tempoh, iaitu pada pikul 5.30 petang dan biasanya sehingga maghrib shj. Tapi Jai berusaha dapatkan juga makan malam untukku, dan Cikgu yang bertugas untukku meminta banduan kerja untuk dapatkan makan malam buatku. *(banduan kerja ni adalah banduan yang bebas bergerak di luar kawasan sel tapi masih dalam kurungan penjara dan biasanya terdiri daripada mereka yang dah lama menetap di penjara. Dan banduan ni akan berebut-rebut nak jadi banduan kerja, tukang bagi makanan ke, tukang mop lantai ke, tukang ambil catatan ke dan macam2 kerja lagi.)

Pengalaman Safwan Anang siri 3


Realiti seorang banduan di Penjara Sg Buloh - Siri 3
oleh : Safwan Anang (31302770)

Aku dibawa ke bilik saringan seterusnya. Nah, di sinilah aku betul-betul teruji. Cikgu H (aku hanya sebut huruf depan shj) menyuruh aku duduk betul-betul berhadapan sebuah kerusi besi. Kerusi besi ni cukup unik. Hanya yang pernah masuk penjara Sg Buloh dia akan tahu. Ya, itulah kerusi yang setiap banduan tanpa seurat benang di badan akan duduk mencangkung sambil batuk (membatukkan) diri, “Ehek, eehek, eheek..” Di bahagian bawah kerusi tu pula disediakan satu camera perakam bertujuan melihat setiap (saya terpaksa cerita terus terang) lubang dubur banduan. Dan aku pula diletakkan betul-betul berhadapan setiap kali banduan duduk mencangkung!

Pengalaman Safwan Anang siri 2

siri 1

siri 3

siri 4

Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh - siri 2
oleh : Safwan Anang (31302770)

Masuk sahaja pintu Sg Buloh, kami semua di bawa ke kawasan “kuarantin”. Semua diminta memberitahu atau mengisytiharkan (declare) sekiranya ada membawa bersama telefon bimbit. Mujurlah aku tak bawa dan minta isteri simpan. Tiba-tiba salah sorang Cikgu menjerit kuat “ Bukak semua kasut dan selipar, buang tali pinggang dan keluarkan dompet! Aku cakap sekali saja, sapa lambat siap! Tak lama lepas 4 lima saat…Panggggggggg!!! Orang pertama ditampar selang dua baris dari aku kerana lambat bukak kasut !”. Kan aku dah cakap bukak kasut, bukak kasut la…yang duk terhegeh-hegeh tu kenapa…rupanya mamat tu bukan warganegara dan tak paham bahasa Melayu.

Cikgu dah cakap, sape suruh kau datang Malaysia, kau sampai Malaysia ikut undang-undang sini lah. Duduk diam-diam. Kami semua di periksa dengan teliti. Lepas sorang je kena, habis semua banduan dah kecut perut termasuk aku. Jantung mula berdegung kencang! Gedebuk lagi, yang ni pulak lambat bukak tali pinggang. Semua banduan baru seperti kami terlolong mata melihat lepas sorang-sorang kena. Cikgu melaung, siapa-siapa yang tak reti nak ikut arahan dia akan kena!

Pengalaman Safwan Anang siri 1

Selepas joebangla, aku rasa ini satu lagi cerita yang rare dari pengalaman sebenar....


Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh - siri 1
oleh : Safwan Anang (31302770)

Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang aku di Sg Buloh. Patutlah bila ditanya kepada bekas tahanan ISA, setiap hari dalam tahanan pasti ada cerita baru..sedangkan aku hanya berada di sana selama 3 hari 2 malam. Cabaran aku sebenarnya telah bermula sebaik sahaja mengambil keputusan supaya tidak dijamin…lawyer cuba pujuk, tapi aku nekad untuk teruskan niat protes…Sudah kali keempat aku ditahan, tapi belum pernah bermalam di lokap mahupun penjara.

Sunday, June 2, 2013

Harga rokok naik

Bermula besok (3 Jun), harga rokok Dunhill, Kent, Benson & Hedges akan naik kepada RM10.50 sekotak. Manakala harga rokok Peter Stuyvesant dan Pall Mall naik kepada RM9 sekotak dan Pall Mall Plain, Lucky Strike serta Rothmans International naik RM10.90 sekotak - British American Tobacco Malaysia (BAT)

sumber:http://mynewshub.my/?p=165670

berbaloi kah? hehe sib baik aku still e\bertahan lagi......ekeke

Saturday, June 1, 2013

tips bila kena tipu

jangan percaya dengan tajuk...blogger memang camni...kah3

ok...camana nak cerita?camni... aritu aku hantar tv untuk direpair... lepas 3 hari cina tu kol suruh amik tv... dia kata dah ok. aku pun amik...tanya apa masalah...dia kata ok jek... dah 2 hari dia test... takde masalah apa... tapi aku kena bayar rm30... service charge...sebelum tu masa aku hantar memang dia dah cakap... memang akan dicharge klu pun aku tak repair kat kedai dia sebab aku cakap kat dia, apa2 hal kol aku dulu kalau nak tukar apa2 part yang rosak... aku bukan apa...kalau part tu mahal buat pe aku nak repair, baik aku beli baru je... skrg tv pun dah murah,,, ye dak?tapi masa aku amik tu,,,dia kata tv aku tak rosak... ermmmm... geram je aku bila tv tak rosak kena bayar rm30. rasa macam tak patut dia charge aku camtu... terus rasa nak tulis dalam blog jangan hantar tv kat ctu... bila balik, aku pasang tv aku, memang ok... tapi aku cucuk cabel astro aku ke lubang yg lain pulak...so far ok jek... pastu bila rasa nak tulis dalam blog ,,,aku terfikir jugak memang tak patut dia charge aku tapi fikir2 balik,,, kalau dia tipu aku kata tukar sekian2 part charge aku seratus dua... lagilah aku kena tipu...atleast dia jujur jugaklah kan walaupun aku rasa rm30 tu agak mahal untuk just cek rosak ke tak tv aku tu....kan? patut aku cek dulu tv aku tu...tukar2 cabel ke...cucuk lubang lain dulu...sebab lubang yang lama tu tengok mcm dah berkarat... mungkin itu sebab musababnya... errr.... macam lucah pulak n3 aku ni... better stop now...kah3

tips nye apa bila kena tipu... tips nyer...muhasabah dan tengok dr segi +ve nyer...paling teruk tengok mungkin ada buat silap kat mana2...