Our social:

Latest Post

Tuesday, April 30, 2013

Video pelajar perempuan dibuli

kongsi dari fb...dan test embeded video dr fb

mulut kena sumbat stokin....nanti aku komen skrg hati tgh marah...nanti keluar ayat2 tak baik pulak...

tgk jela kat utube...aku delete sbb pelajar2 pembuli telah dihukum....semoga menjadi pengajaran pada yang lain

Saturday, April 27, 2013

Khasiat bendi

INFO RASA: KHASIAT KACANG BENDI
kongsi dr fb lagi...hik

aku tak suka sgt makan bendi ni...mcm tak best jek tp byk gak ek khasiat dia tu... tp kalau nak tau berkesan atau tak mesti le kena amalkan ...klu makan sesekali,,, tak jadi la kot,,, lagi satu mcm sayur2 ni senang kalau nak tanak sendiri...klu duk kampunglah...


Bendi adalah sejenis sayur yang popular dikalangan masyarakat Melayu dan India. Ia mudah didapati dan sangat sedap dicampur kedalam hidangan kari dan goreng bercili.Tahukah anda bendi banyak khasiatnya? Antara khasiat bendi ialah:


1. Berupaya menstabilkan kandungan gula dalam darah.
2. Ia dapat mencuci hati.
3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
4. Mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
5. Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
7. Mengurangkan risiko mendapat radang paru-paru dan sakit kerongkong.
8. Membantu meneutralkan asid dalam badan kerana bendi bersifat alkali.
9. Membantu mengurangkan masalah penghadaman.
10. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada bahagian sendi.#Karangkraf

Friday, April 26, 2013

petua rawat batu karang dalam kilang hempedu

amik dr fb Dr Hamid Arshat, boleh cuba le klu2 ada keluarga ke atau sapa2 yg ada batu karang ni,,, aku pernah ada dan skrg dah mcm ok tp org kata kalau dah pernah kena kemungkinan untuk jadik balik tu amat cerah so aku share sambil simpan untuk diri sendiri. thanks kepada Dr Hamid Arshat...

Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2
Hari ke6 jangan makan malam (dinner)
Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi
Pukul 8 malam ulang makan garam epsom
Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yg fresh (perah 3 biji lemon0. Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.
Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

Wednesday, April 24, 2013

RAMUAN UNTUK MEMBUKA URAT JANTUNG YANG TERSUMBAT

kongsi dr fb,,,tak taule berkesan ke tak tapi aku share sebab aku rasa tak salah kita cuba...petua ni kadang2 berkesan jugak,,,drpd ramuan2 tu aku rasa rasa dia ok kot kecuali bawang putih tu...rasa tak sedap kot...ekeke tapi mungkin bila dah campur dengan halia, lemon ngan epal tu,,,rasanya akan jadi sedap kot... sebab aku selalu jugak minum jus epal campur pegaga campur yogurt campur carrot... dan kadang2 mcm2 buah lagi aku masukkn... ok jek...sedap bangat...

PETUA YANG SUDAH TERBUKTI BERKESAN UNTUK JANTUNG ANDA....... BUAT SENDIRI KAT RUMAH....!!!
TIDAK KEPADA ANGIOGRAPHY, ANGIOPLASTY ATAU BYPASS!
Terapi Alamiah untuk membuka urat jantung yang tersumbat

Jus Lemon 01 cawan
Jus Halia 01 cawan
Jus Bawang Putih 01 cawan
Cuka Epal 01 cawan

klik link untuk khasiatnya secara solo...hehe

Kacau semua ramuan di atas dan masak dgn api yang perlahan selama lebih kurang 30 minit atau sehingga tinggal 2/3. Biarkan sejuk. Setelah sejuk campur 3 cawan madu asli (bukan yang dicampur dgn bahan2 lain spt Habbatus Sauda') dan simpan dalam botol kaca. Masa memasaknya pun kena guna bekas kaca.

Minum setiap pagi sebelum sarapan satu sudu makan secara istiqamah. InsyaAllah semua urat yang menyumbat pada urat jantung anda akan terbuka.

SELEPAS MINUM, LETAKKAN TANGAN KANAN ANDA KE DADA SAMBIL MEMBACA 'ALLAAHUMMA SOLLI 'ALAA QALBI SAIDINA MUHAMMAD' 10x

Amalkanlah... akan menjimatkan wang anda daripada pembedahan.

Tuesday, April 23, 2013

Gwiyomi bobo

Gwiyomi by Bobo TEASER!

top gila budak ni...belum keluar lagi video dia,,,baru teaser jek...dah beratus ribu org tengok...aku tak tengok pun...hahaha

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

kongsi dr fb...ada orang tak suka klu mende2 gini kita share...takut mende ni salah...takpela tu...aku tengok ni tak mudaratkan pun...so,,, best klu mandi sebelum subuh ni...airnya sejuk menikam2...perghhh..


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

p/s: silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya berkongsi ilmu kebaikan...insyaallah...

Friday, April 19, 2013

PRU 13: SENARAI PUSAT PENAMAAN CALON, PUSAT PENJUMLAHAN RASMI UNDI DAN PUSAT PENGIRAAN UNDI BERKELOMPOK

Ini SENARAI PUSAT PENAMAAN CALON, PUSAT PENJUMLAHAN RASMI UNDI DAN PUSAT PENGIRAAN UNDI BERKELOMPOK untuk semua negeri-negeri diMalaysia... tak larat aku nak kopi pes... pergi je terus ke link ini http://www.scribd.com/doc/136850312/Senarai-Pusat-Penamaan-Calon-PRU-13

nantikan gambar2 esok... kat tempat aku le...tempat korang amik sendirila eh... errr...klu aku rajin laa...

#PRU 13# GE13: BEBERAPA JALAN DI PULAU PINANG DAN MELAKA AKAN DITUTUP

Pulau Pinang, 18 April - Polis telah membuat persedian bagi menghadapi segala kemungkinan dan akan membuat pemeriksaan di kesemua 13 pusat penamaan calon di negeri ini.

Jurucakap unit pilihan raya Polis Kontinjen Pulau Pinang, ACP Roslee Chik berkata, seramai 2,000 pegawai dan anggota polis akan terlibat bagi memastikan penamaan calon berjalan lancar dan akan ditempatkan di sekitar kawasan penamaan calon terutama tempat panas.

Katanya, semua Ketua Polis Daerah di negeri ini juga telah diarahkan mengadakan pertemuan dengan parti-parti politik bagi memberikan penerangan berhubung proses hari penamaan calon.

"Polis akan menutup beberapa jalan masuk dan keluar ke semua pusat mengundi di negeri ini bagi memastikan kelicinan trafik di kawasan berkenaan bermula 7 pagi dan dijangka dibuka semula 11 pagi ," katanya kepada Bernama selepas meninjau
keadaan di Dewan Serbaguna Jawi iaitu pusat penamaan calon bagi Parlimen Nibong Tebal, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya membuka 13 pusat penamaan calon di negeri ini iaitu tujuh di Seberang Perai dan enam di sebelah pulau.

Di MELAKA, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Supt Rabuan Pit berkata polis akan memberi tumpuan di kawasan Bukit Katil, Melaka Tengah dan Rim di Jasin yang dianggap kawasan 'panas' sepanjang PRU13.

"Bukit Katil merupakan kawasan panas pada PRU kali ini kerana melibatkan pencalonan dua pemimpin yang mempunyai populariti di kalangan pengikut parti politik masing-masing," katanya pada sidang akhbar.

Parlimen Bukit Katil bakal menyaksikan pertembungan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Rabuan berkata langkah itu diambil bagi mengelak insiden kekecohan yang tercetus dalam dua ceramah politik melibatkan kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Mohd Ali sehingga mencederakan dua anggota
polis di Bukit Katil pada 7 Mac lepas berulang.

Katanya parti politik di negeri ini dilarang menggunakan rumah ibadat sepanjang tempoh berkempen bagi mengelak sebarang insiden yang boleh mencemarkan fungsi rumah ibadat.

Polis akan menempatkan anggota di kawasan rumah-rumah ibadat bagi memantau keadaan, katanya. - BERNAMA

Thursday, April 18, 2013

Bantahan terhadap corak kempen lucah



Bantahan terhadap corak kempen lucah dan penyebaran video seks yang dipelopori pihak tertentu. Ngo wanita menyatakan bantahan keras terhadap corak kempen sebegini. Ini bukanlah budaya negara kita.
Pertubuhan :

1) Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
2) Helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3) Biro HALUANITA, Pertubuhan Himpunan Lepasan 4) Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
5) Integrated Muslimah Associations and Networks Alliance (IMAANA)
6) Pertubuhan Nisa’ Malaysia (NISA’)
7) Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH)
8) Association of Women’s Initiative for 9) Research, Development & Advancement (WIRDA)
10) Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN)
11) Wadah Kecerdasan Umat Malaysia (WADAH)
12) Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
13) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14) IKRAM Siswa

Individu perseorangan :

1) Prof Dr. Muhaya Muhammad ( Pakar Motivasi & Personaliti TV)
2) Pn Wardina Safiyyah Fadhullah ( Pengacara dan Personaliti TV)
3) Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin ( Penulis Novel Dakwah & Penceramah)

Tuesday, April 16, 2013

PRU-13: Senarai penuh calon BN negeri Melaka

ok...senarai dah ada...bole kot nak semak2 pasni...


MELAKA 16 April - Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi negeri Melaka yang diumumkan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini hari ini.

P134 MASJID TANAH - Mas Emieyati Samsuddin (muka baharu)

N1. KUALA LINGGI - Datuk Ismail Othman (penyandang)

N2. Tanjung Bidara -Datuk Ab. Karim Sulaiman (penyandang)

N3. AYER LIMAU - Amirruddin Yusof (penyandang)

N4. LENDU - Sulaiman Md. Ali (muka baharu)

N5. TABOH NANING - Datuk Latipah Omar (penyandang)

P.135 ALOR GAJAH - Datuk Koh Nai Kwong (muka baharu)

N.6. REMBIA - Datuk Norpipah Abdol (penyandang)

N.7. GADEK - Datuk S. Mahadevan (muka baharu)

N.8. MACHAP - Datuk Lai Meng Chong (penyandang)

N.9. DURIAN TUNGGAL - Datuk Ab. Wahab Ab. Latip (penyandang)

N.10 ASAHAN - Datuk Abdul Ghaafar Atan (bertukar kerusi dari Gadek)

P.136 TANGGA BATU - Prof. Datuk Abu Bakar Mohd. Diah (muka baharu)

N.11 SUNGAI UDANG - Datuk Idris Haron (bertukar dari Parlimen Tangga Batu)

N.12 PANTAI KUNDOR - Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (penyandang)

N.13 PAYA RUMPUT - Sazali Md. Din (muka baharu)

N.14 KELEBANG - Lee Ban Hong (muka baharu)

P.137 BUKIT KATIL - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (bertukar dari Bukit Baru)

N. 15 BACHANG - Chua Lian Chye (muka baharu)

N. 16 AYER KEROH - Yong Fun Juan (muka baharu)

N. 17 BUKIT BARU - Karim Yaakob (muka baharu)

N. 18 - AYER MOLEK - Datuk Md. Yunos Husin (penyandang)

P 138 KOTA MELAKA - Dr. Yee Kok Wah (muka baharu)

N. 19 KESIDANG - Lim Eng Teck (muka baharu)

N. 20 KOTA LAKSAMANA - Datuk Chiw Tiang Chai (muka baharu)

N. 21 DUYONG - Datuk Gan Tian Loo (penyandang)

N. 22 BANDA HILIR - Ronald Gan Yong Hoe (muka baharu)

N. 23 TELOK MAS - Datuk Latiff Tamby Chik (penyandang)

P139 JASIN - Datuk Ahmad Hamzah (penyandang)

N. 24 BEMBAN - Ng Choon Koon (muka baharu)

N. 25 RIM - Datuk Ghazale Mohamad (bertukar dari Serkam)

N. 26 SERKAM - Zaidi Atan (muka baharu)

N. 27 MERLIMAU - Roslan Ahmad (penyandang)

N. 28 SUNGAI RAMBAI - Datuk Hasan Abdul Rahman (penyandang)

- UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130416/px_72/PRU-13-Senarai-penuh-calon-BN-negeri-Melaka#ixzz2Qbw1imte
© Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday, April 13, 2013

tips jika kereta anda ditenggelami banjir

kongsi fb lagi

Kepada pemilik kenderaan yang ditenggelami air, saya ingin mengucapkan takziah dan sini saya ada berikan sedikit tips semua tindakan selepas kenderaan ditenggelami air. Saya berharap Admin serta yang membacanya dapat kongsikan tips ini.

Tips Kereta Tenggelam Banjir Disini ada beberapa tips untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir . 1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen
bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki
kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem
elektronik injin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di
dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di
atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita
terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh
menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear
mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).

Wednesday, April 10, 2013

esok exam

study!study!

video ketua kelas kena belasah


Kesian kat budak ni...kena belasah ramai2...aku harap mende ni dah selesailah...dah dilapor pada pihak berkuasa...bole trauma budak yg kena belasah tu kan...apa perasaan keluarga dia kalau tengok video ni...ak tak taula video ni lama ke baru...ada sapa2 tau?

Monday, April 8, 2013

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN

Johor - 01, 21, 22, 23, 24

Kedah - 02, 25, 26, 27

Kelantan - 03, 28, 29

Melaka - 04, 30

Negeri Sembilan - 05, 31, 59

Pahang - 06, 32, 33

Pulau Pinang - 07, 34, 35

Perak - 08, 36, 37, 38, 39

Perlis - 09, 40

Selangor - 10, 41, 42, 43, 44

Terengganu - 11, 45, 46

Sabah - 12, 47, 48, 49

Sarawak - 13, 50, 51, 52, 53

Wilayah Persekutuan (KL) - 14, 54, 55, 56, 57

Wilayah Persekutuan (Labuan) - 15, 58

Wilayah Persekutuan (Putrajaya) - 16

Negeri Tidak Diketahui - 82

Sunday, April 7, 2013

internet broadband paling murah

sebelum ni aku guna skmm rm25 sebulan...line ok le...tapi rupanya yang jenis skmm ni boleh guna setahun jek,,,lepas setahun kena amik package lain... sebab package2 lain mahal...aku terpaksa guna lain...setakat aku aku survey termurah adalah dari umobile package u28 postpaid,,, rm28 untuk 1G... aku rasa ini adalah paling muarah...kalau korang ada yang lebih murah harap dapat bagitau aku...

aku pakai bila kat luar jek....pasal tu malas nak amik yang mahal2... kalau kat rumah aku guna streamyx... kalau luar ni pun jarang pakai jugak....maklumlah kedai2 makan pun banyak yg bagi wifi free...so,,,nak buat pe beli mahal2 punya...ye dak?

Saturday, April 6, 2013

macamana nak unlock modem celcom broadband

kadang2 ni la masalahnya bila dapat modem free,,, bila kita nak cuba guna provider lain tak boleh sebab modem free ni dah di lock,,, tapi jangan risau...boleh jek kita nak unlock kan modem ni...macam pelik je kan,,,modem kita dia nak lock tu apa ke hei nyer... so camana caranya? senang jek...korang pergi ke blog ni... download software untuk dapatkan keygen untuk unlockkan modem korang tu... ok sebelum tu antara mende penting yang korang kena tau adalah...

1) korang hanya diberi 10 cubaan shj untuk unlock so jangan buat silap...aku try sampai 5 kali semata2 sebab salah masukkan no imei modem aku tu...bahaya ok...cek betul2 no imei kat modem tu...
kalau 10 cubaan tu salah atau tak berjaya..,, modem korang akan diblock kan sampai bila2...ekeke

2) modem yang sesuai untuk diunblock guna software ni adalah modem jenis huawei... lain2 modem korang boleh cuba tanya owner blog yg aku tengok nampak peramah dan tau...ada org peramah tapi tak tau...yg tak tau tu contohnya mcm aku...ekeke

3) klu tengok dari tajuk n3 tu untuk celcom tapi sebenarnya boleh jek guna untuk lain2 provider, janji modem tu adalah dari jenis huawei. aku guna celcom sebab mmg aku try kat modem celcom aku...kenapa aku nak unlock kan modem aku? sebabnya adalah aku nak try guna umobile pulak,,,tadi test kawan aku punya umobile...mcm best jek...

4) blog wanzul ni yg tak bestnya adalah iklan kat blog dia tapi aku harap korang faham,,, yang penting dia tak mintak pun duit korang...yang penting software yang dia bagi terbukti berjaya...dan tak perlu keluar duit lagi untuk beli modem lain...

Thursday, April 4, 2013

tips untuk belajar

c&p dr fb...kongsi dan untuk simpanan sendiri...ingat nak ulas...tapi bizi arrr...

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'


Monday, April 1, 2013

hukum april fool