Our social:

Latest Post

Tuesday, March 26, 2013

Penyakit Hati Hancurkan Manusia




kongsi dr email...

Hari ini ramai yang sanggup berbelanja besar demi kesihatan, sebab kesihatan sangat berharga. Bila ada saja yang sakit, pasti ramai yang bersimpati. Semakin moden dan canggih dunia, semakin cepat kita dapat penyakit dan semakin cepat juga kita mengesan penularan sesuatu penyakit.
Pun begitu, semakin canggih dan prihatin manusia terhadap kesihatannya, manusia masih lupa memberi perhatian terhadap penyakit hati yang jauh lebih bahaya daripada penyakit fizikal. Penyakit hatilah yang akan merosakkan keharmonian rumah tangga. Mengganggu suami isteri orang, maka berlakulah kecurangan dan lupa tanggungjawab.
Tidak memberi nafkah akhirnya berkecai rumah tangga. Anak jadi tidak keruan dan hilang kasih sayang. Bila hati sudah berpenyakit maka akan hilang rasa takut kepada Allah, merosot serta comot integriti, tidak lagi rasa diperhati, depan orang alim tetapi di belakang menjadi “maling”. Itu sekadar contoh kesan akibat penyakit hati yang terlalu banyak keburukannya. Antara tanda penyakit hati tidak boleh dikesan sesiapa pun adalah:

1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan.
Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula. Contohnya melakukan solat bukan dengan “sengaja’ tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa.
Kalau buat pun tidak khusyuk dan ada kesungguhan. Mereka merasa berat untuk menjalankan ibadah sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah at-Taubah ayat 54).

2) Tidak tersentuh ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyu atau tunduk dari membaca al-Quran dan mendengarnya.
Sedangkan Allah memperingatkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut kepada ancaman-Ku.” (Surah Qaaf ayat 45).

3) Tidak tersentuh dengan ayat kauniyah
Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit, bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya. Nabi bersabda yang bermaksud: “Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan”.

4) Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala sesuatu diperhitung, dikira berasaskan dunia. Cinta, benci dan hubungan dengan sesama manusia hanya untuk urusan dunia saja seolah hidup hanya untuk dunia dan berakhir di dunia .

5) Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat
Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, banyak bergurau dan tertawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan maksiat.

6) Kemaksiatan berantai
Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya.

7) Meremehkan dosa kecil
Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa ke neraka. Seperkara lagi, kita perlu faham dosa besar bermula dengan dosa kecil, banjir besar bermula dari titis hujan.

8) Tidak peduli sumber makanan
Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga dengan syubhat, yang dia kira sedap dan enak, selera kena tinggi. Begitu juga dengan punca pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang pasti dapat banyak, hidup kaya raya. Rasuah, curi, seludup, ampu ke semua dibedal.

Itu antara beberapa tanda yang sempat dibicarakan dan harapnya ia dapat menambah maklumat kita semua. Maka perlu dirawat sebelum terlambat. Sebelum matahari terbit di sebelah barat atau nyawa sampai ke halkum.

Ust M Nazim B Ariffin

Monday, March 25, 2013

peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara

UK Education Fair 2013
Website:click here

30 Mar 13 - 31 Mar 13
01:00PM - 06:00PM
Hall 2, Kuala Lumpur Convention Centre
Kuala Lumpur



02 Apr 13 - 02 Apr 13
01:00PM - 06:00PM
Ballroom, G Hotel
Georgetown, Penang



04 Apr 13 - 04 Apr 13
01:00PM - 06:00PM
Ballroom, Hilton Kuching
Kuching

Sesiapa yang ada peluang belajar tu atau ada anak atau saudara yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara tu, boleh la usha2 kat education fare ni...aku dah expired dah tapi kalau mcm aku ni ...aku suka nak usha2 kalau2 ada peluang keje ke obersi...hik

Sunday, March 24, 2013

kesempatan vs kesempitan

sebenarnya word ambil kesempatan ni bukannya satu word yang teruk sangat sebab kadang2 memang kita perlu ambil kesempatan pun kan...

masa bila kita perlu ambil kesempatan? masa bila ambil kesempatan ni jadi tak baik? kesempatan vs kesempitan... macamana dengan ambil kesempatan didalam kesempitan diri sendiri? itu baikla kot...yang tak baik adalah bila ambil kesempatan diatas kesempitan org lain...tp ayat ni pun boleh buat pening jugak kan...macamana kalau kesempitan org lain tu adalah bermaksud kesempitan dari segi masa... contohnya...dia cuma ada 10 minit je untuk kita menerangkan kebaikan sesuatu tu... barulah bole kita kata mengambil kesempatan diatas kesempitan org lain ...dengan cara yang baik...

ok...aku dah pening...kah3

Saturday, March 23, 2013

Doa Agar Mudah Melahirkan Anak

khas untuk wanita yang sedang mengandung...semoga bermanfaat
kongsi dari fb


اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي
وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا
اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا
اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ
الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ

Maksudnya:
Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,
Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit, Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat, Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh. Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W. via - Fuyoo Media

Friday, March 22, 2013

Doa Nabi untuk elak mudah lupa

baca metro online...ternampak ni...sementelah aku pun pelupa...bagus jugak simpan...

Saya ada dua soalan, pertama membabitkan ibu saya yang mudah lupa. Apakah ada cara tertentu termasuk surah daripada al-Quran yang boleh diamalkan bagi membantu masalah dihadapi ibu saya ini?

Kemudian, soalan kedua berkaitan waktu Subuh. Saya keliru mengenai waktu akhir Subuh iaitu pada jam berapakah tamat waktu berkenaan?

Wawa,
Selangor


Bagi soalan pertama, antara cara yang boleh dilakukan supaya tidak mudah lupa ialah berdoa memohon kepada Allah SWT.


Rasulullah SAW pernah membaca doa ini apabila turun 10 ayat pertama surah al-Mukminun, iaitu: “Allahumma zidna wa la tanqusna wa akrimna wa-la tuhinna wa a’tina wa-la tahrimna wa aathirna wa-la tu’thir 'alayna wa-‘rdina wa ‘rda ‘anna.”

Ia bermaksud: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami dan jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami dan jangan kami dihina. Berilah buat kami dan jangan ditahannya dan pilihlah kami dan jangan Engkau biarkan serta redailah kami dan redailah pula usaha kami.” (Ibnu Kathir, III: 237)

Doa ini digalakkan untuk dibaca sewaktu mendapat ilmu atau ketika cuba mengingatkan sesuatu ilmu sama ada yang susah atau senang.

Ia adalah doa supaya kita tidak lupa dan sentiasa ingat apa yang dipelajari demi mendapat manfaat.

Dengan itu anda boleh mengajar ibu anda doa berkenaan agar dia sentiasa ingat dan tidak mudah lupa di samping mendapat kelebihan lain sebagaimana dijanjikan Allah.

Mengenai soalan kedua iaitu berkaitan akhir waktu Subuh, ia sama dengan waktu naik matahari (bahasa Arabnya, shuruq atau syuruk).

Waktu solat boleh dirujuk kepada kalendar solat yang disusun berdasarkan kiraan bulan Islam atau menerusi Internet seperti http://www.waktusolat.net/ndx.php?mod=wsolat&dtarikh=25-Feb-2013&area=sgr03.

Malah kebanyakan kalendar ada waktu solat yang boleh didapati secara percuma mahupun dibeli.

Akhbar utama juga menyertakan waktu solat harian yang boleh dijadikan panduan.

Thursday, March 21, 2013

Daun betik ubat denggi ?

entahlah....tapi bole cuba kan...ada yang cakap...sup ketam pun bole jugak...



Wednesday, March 20, 2013

Maher Zain - This Worldly Life (Dunya) | Official Lyrics video

Ni lagu / single baru Maher zain kot...bolelah tahan...tapi tengoklah lirik dia tu....




How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We've all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn't put me here in vain
I know I'll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it's taking me back to You

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they'll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

Tuesday, March 19, 2013

Jadual Matta Fair 2013

Sesiapa yang terlepas kl punya, boleh usha kat tempat-tempat lain pulak,,, yang pasti jangan ketinggalan... jum cuti!!!

State Date

JOHOR 8 - 10 MARCH 2013 @ EXPO DANGA CITY MALL, JOHOR BHARU
5 - 7 JULY 2013 @ BATU PAHAT MALL, BATU PAHAT
12 - 14 JULY 2013 @ EXPO DANGA CITY MALL, JOHOR BHARU

KEDAH 26 - 28 APRIL 2013 @ VILLAGE MALL, SG PETANI

KELANTAN 25 - 27 APRIL 2013 @ KOTA BHARU MALL, KOTA BHARU

KUALA LUMPUR 6 - 8 SEPT 2013 @ PWTC, KUALA LUMPUR

MELAKA 23 - 25 AUGUST 2013 @ MITC, MELAKA

NEGERI SEMBILAN 7 - 9 JUNE 2013 @ MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN

PAHANG 13 - 15 SEPT 2013 @ KUANTAN PARADE, KUANTAN

PERAK 15 - 17 MARCH 2013 @ STADIUM INDERA MULIA, IPOH
6 - 8 SEPT 2013 @ STADIUM INDERA MULIA, IPOH

PENANG 19 - 21 APRIL 2013 @ PENANG INTERNATIONAL SPORTS ARENA (PISA), PENANG

SELANGOR 26 - 28 APRIL 2013 @ SACC, SHAH ALAM
Website: www.smitf.com.my

SABAH 5 - 7 JULY 2013 @ SURIA SABAH SHOPPING MALL, KOTA KINABALU

sumber

Saturday, March 16, 2013

video Samsung Galaxy s4

perghhh....

tak mampu looo

Friday, March 15, 2013

Apa Itu Konvensyen Geneva?

Konvensyen Geneva mengandungi empat perjanjian yang dibuat di Geneva, Switzerland, yang menetapkan piawai bagi undang-undang antarabangsa berkaitan kemanusiaan. Empat perjanjian ini menjadi dasar kepada undang-undang kemanusiaan di seluruh dunia.

Perjanjian ini berkenaan layanan kepada orang yang cedera, orang awam, mangsa nahas kapal dan tahanan perang. Ia tidak melibatkan penggunaan senjata dalam perang yang berada dalam ruang lingkup Konvensyen Hague 1899 dan 1907 dan Protokol Geneva berkenaan penggunaan senjata gas dan biologi tahun 1925.

Konvensyen Geneva dibuat hasil daripada usaha Henri Dunant yang mendapat mendapat ilham daripada kekejaman yang disaksikannya dalam Pertempuran Solferino tahun 1859. Pada tahun 1977 dan 2005, terdapat tiga pindaan berasingan dalam Konvensyen Geneva.

Penerimaan Konvensyen Pertama diikuti dengan penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah pada tahun 1863.

Konvensyen 1 & 2

Thursday, March 14, 2013

doa untuk anak menghadapi peperiksaan

kongsi dari fb lagi,,,,untuk simpanan aku...huhuhu yang nak amik pekse tu jangan le asik baca doa ni jek... kena le baca buku jugak...ekeke

Wednesday, March 13, 2013

Rahsia orang yang gagal



kalau kita rasa kita gagal, cuba tengok kalau2 ada dalam list ni,,, kalau ada...boleh lah pakat2 ubah strategi...

kongsi dr fb jek ni...

ps
saje jek schedulekan 13/3/13 1313hrs

Tuesday, March 12, 2013

Merancang Zuriat Soleh




sekadar kongsi dr email or fb

Monday, March 11, 2013

Carta Perencanaan anak Soleh



sekadar kongsi dr email or fb