Our social:

Latest Post

Thursday, February 28, 2013

Pengakuan Afdlin Shauki dengan isu video Salih yakob dengan nabil



Aku amik dr fb boikot 2 pelawak yang buat video tak lawak tu,kalau nak tengok korang carilah sendiri. yang ini aku siarkan sebab aku suka dengan cara menjawab yang aku rasa matang.... camni barulah dewasa...

Sunday, February 24, 2013

komen aku dengan kes Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

bagi aku la eh... aku rasa kalau dorang hentam dato' je mungkin dato boleh terima... hentamlah camana pun tapi bila ianya melibatkan anak2... aduh...perit dia makan dalam, sapa yang ada anak mungkin faham,,, pasal tu bila korang tengok, ada orang yang anak dia buat salah pun dia tetap akan bela anak dia...sebab apa? sebab anak ...kalau nak hentam...hentam aku...jangan anak2 aku...aku rasa itu adalah perkara normal untuk setiap parents. mungkin yang belum ada anak takan faham selagi belum merasa ada anak sendiri... lain okay perasaannya...so, berhati2 lah bila nak mengaibkan anak orang,,,,sebab kita pun akan ada anak jugak.....

Saturday, February 23, 2013

motivasi ke motibasi? bah 1

Bila sebut motivasi je mesti semua tau,,,biasa pelajar atau pekerja memang kadang2 kena attend mende2 camni. Aku pernah dan aku rasa aku tak suka kot sebab...nanti aku citer. Aku nak tulis mende ni minggu lepas tapi bila kes dato fadzilah tu meletup terus aku tak jadi,,,,tapi masa aku nak tulis tu, aku survey2 le fb motivator2 top kat negara kita dan aku dapati apa yang aku fikirkan tu tak jauh lari dari apa yang sedang berlaku sekarang ni...tengok tajuk n3... aku tak tau pendapat korang tapi kebanyakan program motivasi ni sebenarnya pengisian adalah lebih kurang sama.... ada hepi2 momen, dan ada momen yang nangis2 tu... samada program tu dibuat oleh ustaz atau yang bukan islam, momen2 ni memang ada...bila momen nak nangis2 tu, memang akan dimalapkan lampu...lagu2 sentimental yang slow2 akan berkumandang, moderator akan cakap slow2... dan ...kita pun menangis mengenangkan apa yang dah kita buat dan tak buat...

ok, tak kisahlah tu, but korang perasan tak bila momen nangis tu, akan ada grup yang asik pandang kiri dan kanan nak tengok sapa kawan2 dia yang nangis... ok fine... grup aku la tu...but bila program tamat, apa jadi pada dorang? maksud aku,,, yang menangis tu? ok, tak payah jawab, korang pergi dan kalau korang yg menangis tu, apa jadi pada korang? berubah? aku tak tau la berapa persen yang berubah tapi aku rasa tak ramai, sebab? aku tak rasa kalau setakat program 3 hari 2 malam boleh mengubah seseorang... errr...maksud aku, atas kehendak Allah swt le kan...tp dari sekeliling aku,,, errr...aku rasa tak ramai..statistik tepat memang takde tapi kalau setakat pergi sebab dipaksa,,,aku tak rasa akan berbekas... kalau balik tu mungkin dalam 2 3 hari akan jadi pendiam...masuk hari ke 4 duk tanya sapa nampak daktu menangis...lepas tu duk perati berubah ke tak dak tu...

lagi best, biasa kalau geng2 bawah,geng2 kuli yg pergi, errr...geng2 aku le tu yang kuli2 ni,,, akan gelak2 kata patut bos pergi program camni... kita ni dah ok dah,,, yang tak ok...bos!kah3...

ok la...aku sebenarnya nak tanya... ini adalah dari permerhatian aku, program2 ni jarang boleh buat orang berubah sebab apa?padahal pengisian program sangat up to date...kalau company kaya...dapat motivator taraf celebrity...adakah sebab dorang tak ikhlas ...semata2 sebab duit buat program...atau apa...adakah sebab dipaksa pergi menyebabkan seseorang tu tak dapat terima... orang kata apa tu...tak dapat absorb?
bagi aku satu je sebabnya....

bersambung....

Friday, February 22, 2013

Penjelasan Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

ingat malas nak siarkan tapi lepaskan jugaklah...ni penjelasan berkenaan video youtube dia dan gambar2 yang mengaibkan anak2 dia tu...

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.

Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.

Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus



SEBARKAN UNTUK KEBAIKAN MUSLIM!
Cara Mengenal Bulu Khinzir (babi) Yang Di Jadikan Berus...

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Thursday, February 21, 2013

Penjelasan Muhammad Syakir anak Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah



Ini aku amik dr fb Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, so aku rasa kalau ada yg sebarkan gambar tu patut jugaklah sebarkan penjelasan anak dia...orang yang empunya diri, ,,,


Muhammad Syakir Assalamualaikum wbt. Saya sebagai anak beliau dan juga gambar saya dipaparkan dalam blog yang mengutuk kami, anak-anak beliau. Ingin saya membuat sedikit penjelasan. Gambar saya yang berpelukan itu adalah dengan isteri saya, sewaktu sudahpun berkahwin. Harap maklum dan tidak menimbul fitnah. Gambar gadis dan rakan-rakannya itu pula saya mengaku itu gambar kakak saya, diambil sekitar 7 tahun lepas, yang telahpun dijadikan isu 7 tahun lepas, dan dia telah minta maaf, insaf dan mengalihkan gambar-gambar original daripada MySpace, 7 tahun lepas. Tiada sebab mengapa kita perlu ungkit-ungkit sehingga sekarang, walhal yang membuat kesalahan itu berusaha untuk bertaubat. Diminta hentikan tohmahan ke atas kami kerana kesalahan lama. Allah memang bayar cash, tetapi manusia tidak perlu menambah hukuman. Terima kasih.
Sunday at 3:00pm · Like · 38

Tuesday, February 19, 2013

PEMBANTU RUMAH DERA BAYI DIPENJARA 20 TAHUN.

Kuantan, 19 Feb - Mahkamah Seksyen di sini hari ini menjatuhkan
hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu. Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah. "Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya. Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit
Setongkol di sini. Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua. Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang. Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba. Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut". Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. - BERNAMA

Friday, February 15, 2013

Asal usul 'Gangnam Style'?

On Oct 21, Psy tweeted a photo with the caption, "#AncientOriginOfHorseDance -1000 years ago in KOREA lololol."

In the photo, you can see carvings which are from a Buddhist Temple in Korea. You can see a man who looks like he is riding a horse, which looks similar to the 'horse riding' dance of "Gangnam Style."

Some of the expressions of the figures look like what Psy does on stage when he performs "Gangnam Style."
http://www.kpopstarz.com/articles/16131/20121022/the-origin-of-gangnam-

The origins of the South Korean viral YouTube hit "Gangnam Style" has been revealed in Psy's blog and ... it's Buddhist influenced!

Some say the carvings is a depiction of the ancient story of Joo Rim Hoon, a hero of a Korean folklore who crushed the demon of ignorance beneath his calloused feet.

Now, there are millions of people who have now watched the Gangnam style video. It's been said the song mocks the Gangnam lifestyle which is the excessive pursuit of image, good looks, success and affluence.

ada perbincangan kat link bawah ni

http://www.dorjeshugden.com/forum/index.php?topic=2761.0

dah lama,...tahun lepas dah dibincangkan...

Thursday, February 14, 2013

Talian Rakyat: Hentikan derita adik Mimie

KLANG: Keletahnya sama seperti rakan-rakan seusianya. Bermain, bergurau malah bergaduh sesama abang-abangnya, tampak biasa di mata ramai orang.

Di sebalik kelincahan dan keriangannya, anak kecil 6 tahun itu menanggung penderitaan dan kesakitan yang hanya dia tahu dan menghadapinya.

Nur Soffiea Shamimie, disahkan mengidap penyakit Idiophatic thrombocytopenic purpura's (ITP Chronic) atau kurang darah kuning sejak dua tahun lalu.

Keluarganya mula mengesan kesakitannya apabila dia mengalami demam, yang kemudiannya berlarutan beberapa hari.

Ketika mendapatkan rawatan di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang, ibu bapanya mendapati dua kesan lebam di kakinya.


baca lagi

Sehubungan itu, orang ramai yang simpati dan prihatin dengan nasib Mimie, bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun ibu bapa Mimie 06190003801207 (CIMB) atas nama Nor Zalinda Ramli atau 06190003800204 (CIMB) atas nama Mohamad Nasseri Nasron.

14 Feb: Gerakan Hari Menutup Aurat Sedunia

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia ingin menarik perhatian umum berkenaan pelancaran kempen Gerakan Menutup Aurat (Gemar) yang kini telah masuk tahun kedua.

“Gemar merupakan satu usaha kreatif untuk memberi pendedahan dan kefahaman masyarakat berkenaan isu-isu eksploitasi wanita dan lelaki melalui kempen penutupan aurat yang sempurna,” ujar Setiausaha Gemar Malaysia, Hikmah Sahimi dalam satu kenyataan.

Katanya, eksploitasi tubuh sebagai sebuah komoditi komersial jarang disedari oleh masyarakat kerana eksploitasi itu dijelmakan dalam bentuk fesyen atau ‘trend’ tanpa masyarakat sedar tubuh mereka sebenarnya telah dieksploitasi demi keperluan meterialistik.

Tambahnya, terdapat juga tanggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam, tidak kurang juga yang mengatakan penetapan menutup aurat ke atas wanita Muslim adalah bentuk penindasan kaum lelaki ke atas wanita.

Sebagai contoh, ujarnya isu yang pernah ditimbulkan oleh salah satu pertubuhan wanita di Malaysia yang mengatakan bahawa wanita mempunyai hak dan kebebasan untuk menentukan cara mereka berpakaian.

“Dalam hal ini, kami berpandangan bahawa dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik mutlak individu.

“Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain,” tegasnya.

Katanya, komuniti yang berpakaian sopan adalah hak yang perlu dinikmati masyarakat, sementara persoalan-persoalan lain berkenaan aurat telah juga Gemar sediakan jawapannya di laman ‘facebook’ Gemar Malaysia’.

Justeru, katanya diharapkan ia dapat menjadi rujukan umum bagi mereka yang memerlukannya.

Tambahnya, tarikh 14 Februari pula dipilih sempena sambutan hari kekasih dan ia diharapkan dapat menjadi satu sambutan alternatif kepada keghairahan sambutan tersebut.

Jelasnya, Gemar Malaysia turut menegaskan, sambutan Hari Kekasih oleh warga muslim pada hari ini, tidak lebih dari sekadar eksploitasi komersial untuk melariskan produk-produk cinta, mengambil kesempatan diatas kejalihan dan pendek akal masyarakat.

Katanya, kempen Gemar telah dimulakan di peringkat nasional dan antarabangsa sejak pertengahan Januari.

Kata beliau, di peringkat nasional dan Pulau Pinang khususnya, satu garis panduan mudah telah dipromosiakan di laman ‘facebook’ Gemar Malaysia.

“Melalui garis panduan ini, sesiapa sahaja yang mempunyai kesedaran tentang kempen aurat ini boleh memulakan usaha dakwah mereka di komuniti masing-masing dengan mudah dan secara rasmi, mereka adalah sebahagian daripada 1,500 penyokong Gemar setakat ini,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, katanya hal ini menyatakan bahawa anda tidak berseorangan dalam memperjuangkan isu kewajipan menutup aurat.

Beliau berkata, kempen Gemar Malaysia telah disambut oleh komuniti-komuniti di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Di peringkat antarabangsa, kempen ini dijalankan secara aktif oleh rakan NGO-NGO Indonesia di samping sokongan oleh komuniti muslim Nusantara di Mesir, Perancis dan Hong Kong,” jelasnya lagi.

Katanya, acara kemuncak kempen itu akan diadakan di Pulau Pinang pada 14 Februari iaitu aktiviti turun lapangan untuk temu seru komuniti di sekitar Bayan Baru dan Kepala Batas dan Karnival Gemar di Masjid At-Taqwa, Bertam Indah pada 17 Feb yang akan menampilkan selebriti bertudung Diana Amir sebagai tetamu.

Selain itu, ujarnya penyokong-penyokong Gemar Malaysia di komuniti yang lain juga, merancang aktiviti mereka tersendiri.

Sumber

Tuesday, February 12, 2013

senyuman itu untuk aku

Ntah kenapa aku kena balik cepat, langkah kaki laju-laju. Aku kena cepat. takut tak sempat hendak selisih dengan abang aku. Aku hendak tengok dia senyum tengok adik dia ni. aku sekolah pagi, dia sekolah petang. kalau lambat nanti tak sempat nak jumpa. pagi tadi masa pergi sekolah tak sempat nak bergurau, bergomol, dia tidur lagi. Aku memang rapat dengan abang aku yang sorang ni. Selalu gaduh!

Akhirnya dapat jugak jumpa. selisih kat bawah bukit kat british counsil lama kat Bukit Aman tu. Dia senyum. Aku senyum. Adik beradik la katakan... aku darjah lima, dia form 1.

Petang tu, dekat2 maghrib ada sorang pakcik datang rumah bagitau abang aku accident.

malam tu, pakcik tu datang lagi bagitau abang aku dah takde....

arghhh...klu citer mende ni mesti aku sedih....ntahla...semiggu dua sebelum dia meninggal asyik nak sebut innalillah....baru dapat sebut ayat tu asyik nak ulang2....

aku nak tulis pjg tp aku tak bole...asyik teringat senyuman dia...

Al-fatihah untuk arwah abang aku... Mohd Roslee

Monday, February 11, 2013

kehilangan sahabat

Sedekahkan Al fatihah buat sahabat ku Chaon,,,,Semoga rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah...

innalillahiwainnailaihirojiun..dari Dia kita datang, kepada DIA kita kembali.

Al-Fatihah

Takziah kepada isterinya kech dan keluarga semoga sabar dan tabah menghadapi ujian ini,,,,

Friday, February 8, 2013

kenapa perlu minum secara duduk?


kongsi maklumat

Thursday, February 7, 2013

BEKAS KONSTABEL DIANUGERAH DOKTOR PERSURATAN

kongsi daripada fb.

Bekas seorang Konstabel, Usman Awang, telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya, pada 1 Ogos 1983. Inilah pertama kali bekas seorang Konstabel dianugerah ijazah sedemikian. Dr. Usman Awang, yang lebih dikenali oleh kawan-kawan dalam pasukan sebagai Tongkat Warrant, adalah seorang penyair dan sasterawan Negara yang ulung.

Beliau pernah bertugas sebagai Konstabel di Melaka sejak memasuki Pasukan Polis awal tahun 1946. Setelah tamat latihan di Polis Depot Johor Bahru, selama Sembilan bulan lebih, beliau ditugaskan di Bandar Melaka. Di Melaka, beliau pernah bertugas di Cawangan Trafik Tugas Bit dan selepas diisytiharkan Undang-undang Darurat 1948, beliau bertugas dalam Jungle Squad selama setahun.

Minat dan bakat beliau sebagai seorang penulis, mulai tumbuh ketika bertugas di Melaka. Terutama ketika bergaul dengan teman-teman seperti Alimin dan lain-lain yang mempunyai banyak buku bacaan. Sebenarnya mengikut Tongkat Warrant, minat membaca telah ada dalam dirinya sejak di bangku sekolah lagi dan minat itu diteruskan dalam Pasukan dengan menulis puisi, cerpen dan sebagainya.

Wednesday, February 6, 2013

Kucing terpanjang di dunia mati


kucing pun ada cancer ek...cantik kucing ni...

Stewie, the World's Longest Cat, Dies in Nevada

Stewie the Cat, the longest domestic cat in the world at more than 4 feet long from nose to tail, has died.

Stewie was surrounded by family when he succumbed to a yearlong battle with cancer Monday evening at his Reno home, owner Robin Hendrickson said Tuesday. He was 8.

Guinness World Records declared Stewie the record-holder in August 2010, measuring 48.5 inches from the tip of his nose to the tip of his tail.

Hundreds of fans flooded Stewie's Facebook site with memories and condolences Tuesday. The Maine Coon cat was a certified therapy animal that frequently visited a Reno senior center and helped promote animal welfare awareness with the Nevada Humane Society.

"Stewie was always very social and loved meeting new people," Hendrickson said. "He has touched many lives, and for that I am grateful." lagi



Monday, February 4, 2013

terdelete komen

sorry le weh...aku terdelete komen sapa ntah...biasa klu komen pjg2 ni komen spam so aku delete jek tp bila dah tekan delete tu...terbaca ada tulis melayu...yg sempat aku baca sebelum dia hilang ...

kan ke...

adoi...sorry weh...

misi april to may

april atau may ni penentu samada blog aku ni akan terus disponsor oleh surf7 atau ditamatkan terus perkhidmatannya...tapi sebelum ianya berlaku, aku cuba lah tunjukkan blog aku ni bole terus bernafas,,,,so kalau tiba-tiba korang tengok ada update yang mengarut tu, harap maaf eh...

hari ni dah tercepat sampai kat tempat keje sebab kat depan sekolah tadi tak jammed. pelik jugak kan...tapi mungkin sebab adik2 darjah satu dah tak berteman lagi...ekeke agaklah...

ok, jumpa lagi, citer pasal politik nak?

update macam apa je kan...kah3