Our social:

Saturday, December 7, 2013

Tazkirah : 10 simptom dosa

Peringatan untuk diri sendiri....

1. Ilmu agama susah difahami, diingat dan dihayati

· ilmu ialah cahaya yang Allah pancarkan ke dalam hati. Maksiat pula akan memadamkannya. Maksiat merosakkan akal dan intelek. Apabila seseorang sudah merasakan enaknya maksiat, mindanya asyik memikirkannya.

2. Terasa diri semakin liar dan liat untuk mendekati Allah

· Imbas sejenak. Adakah solat dirasakan sebagai keperluan atau kewajipan semata-mata? Jika solat, yang wajib-wajib sahaja. Berpuasa pun tunggu Ramadan tahun depan. Ada sahaja kesibukan yang menghalang untuk ke masjid biarpun hanya beberapa langkah dari rumah.

· Sama ada maksiat dan ketaatan kedua-duanya makanan jiwa. Apabila jiwa sudah kekenyangan dengan makanan buruk maksiat, mustahil ia mampu lagi menyuap makanan berzat ibadat.

3. Merasa diri tidak dihormati dan dilayan dengan sepatutnya



· Maksiat hanya menatijahkan kehinaan, kerana kemuliaan dan penghormatan hak Allah. Firman Allah : "Sesungguhnya yang inginkan izzah, maka kepunyaan Allah sahaja izzah kesemuanya. " (Surah Fatir 35:10)

· Kita boleh rasa sikap orang disekeliling terhadap kita. Mungkin ada ketikanya kita merasakan kebanyakan orang bersikap kasar atau acuh tidak acuh dengan kita. Seorang ulama salaf berkata: "Apabila terlanjur melakukan suatu maksiat kepada Allah, aku dapat lihat kesannya pada kelakuan haiwan tunggangan dan isteri terhadapku.

4./ Urusan peribadi dirasakan rumit

· Ada utusan yang sudah biasa kita lakukan. Entah kenapa pada hari itu dirasakan sangat sulit sekali. Tiada tempat letak kereta, kaunter pula satu sahaja dibuka, perlu beratur panjang ditambah pula dua tiga kali orang memotong barisan dan tiba giliran kita petugas kaunter melayan dengan kasar

5. Resah gelisah dan lemah semangat

· Hari seperti biasa tetapi hati berasa resah gelisah tanpa ketahuan punca. Kita tahu ada kerja menanti tetapi tercari-cari semangat untuk memulakannya.

6. Semakin berani buat maksiat lagi

· maksiat melahirkan maksiat yang lain. Pertama kali melakukannya hati memang tidak tenteram, namun setelah beberapa kali dilakukan maksiat mula dirasakan biasa-biasa sahaja. Sedangkan semakin maksiat mengecil pada mata hamba, semakin ia membesar di sisi Allah.

7. Bertangguh taubat dan istighfar

· Kita sedar pada hari ini ada suatu kesalahan yang kita lakukan. sengaja melewatkan solat, meningi suara terhadap suami atau berkasar dengan isteri. Namun istighfar kita macam pada hari-hari biasa sahaja, tidak bertambah.

8. Merasa remeh perkara berkaitan agama.

· Duit simpanan ada. Orang berbicara tentang Makkah dan Madinah tidak teruja. Sebaliknye hati berbunga-bunga melihat tiket penerbangan murah ke Seoul dan Tokyo.

9. Tidak terfikir tentang masa depan akhirat

· Sejak muda, kita sangat merancang soal kewangan dan masa depan. Setiap duit yang keluar dari poket dicongak-congak sama ada menjadi pelaburan atau perbelanjaan semata-mata.

10. Tidak malu orang tahu kita bermaksiat

· Ini simptom yang menunjukkan barah dosa dalam hati sudah peringkat kritikal. Kita sudah tidak segan kalau orang tahu kita tidak solat, keluar makan dengan bukan muhrim, bermain nombor ekor dan sebagainya. Biarlah orang tahu.

Sama-samalah kita scan diri kita. Sama-sama perbaiki diri. InsyaAllah

4 comments :

komeng