Our social:

Thursday, August 29, 2013

KDN dedah senarai 49 pertubuhan haram




PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengisytiharkan 49 pertubuhan tidak sah termasuk kongsi gelap di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam tindakan kerajaan memerangi jenayah dan keganasan dalam negara.

Pertubuhan kongsi gelap ini menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, peras ugut, terbabit daam pergaduhan dan bunuh.

Senarai itu dikeluarkan hari ini oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi pada satu sidang media sebentar tadi atas arahan menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan pertubuhan terkemuka seperti Geng 04, Geng 08, Geng 36 dan Tiga Line yang merupakan salah satu pertubuhan di bawah Pekida.

” KDN dan agensi-agensinya iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran dan Pertubuhan Malaysia (ROS), dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan-kegiatan kongsi gelap dan jenis-jenis jenayah berat yang lain demi memastikan keselamatan orang awam,”

” Paling berbahaya Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata apai ketika melakukan jenayah,”katanya.

Antara implikasi yang lain, pewartaan ini juga bermakna bahawa semua aset yang dimiliki oleh pertubuhan ini akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi dan mereka yang didapati menggunakan nama-nama, simbol atau premis, atau mengenal pasti diri mereka sebagai ahli-ahli mana-mana 49 pertubuhan terbabit akan ditangkap.

Sementara itu, pihak Kementerian Dalam Negeri juga menyeru masyarakat supaya berkerjasama dalam usaha membanteras kongsi gelap.

” Saya menyeru agar masyarakat turut memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan untuk membanteras jenayah dan pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap yang bercanggah dengan undang-undang sedia ada,”katanya.

Daripada 40, 313, 28, 926 orang menyertai kongsi gelap India, 8,214 kongsi gelap cina, dan 1, 923 menyertai kongsi gelap melayu.

Manakala 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap Sabah dan Sarawak.

Antara pertubuhan haram yang telah disenaraikan ialah:



Geng 04 - Aktif di Kedah, P.Pinang, Johor, Kuala Lumpur.
Geng 08 – Kuala Lumpur/Selangor, Perak, P.Pinang, Johor, N. Sembilan, Melaka.
Double 7 – Seluruh Semenanjung Malaysia.
Tiga Line – Aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.
Geng 30 – Seluruh Semenanjung.
Geng 38 – Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang, Setapak dan Johor Bahru.
Geng 24 – Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, P.Pinang, Perak dan Johor.
Geng 18 – Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor.
Geng 36 – Aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, N. Sembilan, Selangor dan K. Lumpur.
Geng 21 – Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, N. Sembilan, Selangor, K. Lumpur.
Ang Soon Thong – Aktif di 4 kawasan sekitar K. Lumpur dan Selangor.
Wah Kee – Aktif di 7 kawasan sekitar K.Lumpur, Perak, Johor, Selangor.
Sio Sam Ong – Aktif di 4 kawasan sekitar K.Lumpur, Perak, Johor, P.Pinang dan Selangor
PNEH – Aktif di 3 kawasan sekitar KL, Johor dan Selangor.
Hong Hong San – Aktif di 2 kawasan sekitar K. Lumpur.
Hai San – Aktif di Perak
Sin Ang Bin – Aktif di K. Lumpur.
New Cell 20 – Aktif di Perak.
Jit It Hai – Aktif di Johor, K.Lumpur, Perak
Sio Koon Tong – Aktif di Johor.
Gee Lam Kor – Aktif di K. Lumpur.
Gee Ah Eng – Aktif di K. Lumpur.
Loh Kuan – Aktif di K. Lumpur.
Tiang Yee Tong – K. Lumpur.
Geng Leng Hor – K. Lumpur.
Geng 35 – Sangat aktif di 32 kawasan Utara Semenanjung Malaysia.
Geng 303 – Sangat Aktif di Selangor.
Geng Satu Hati – Sekitar Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air.
ATAP – Aktif di kawasan Kota Kinabalu, Sabah.
Hung Ann – Aktif di Tawau, Sabah.
Sui Yuk – Penampang, Sabah.
Otai – Aktif di Kota Kinabalu, Sabah.
Borneo Red EMP – Aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah.
Ah Ngau – Aktif di Kuching, Sarawak.
Batu Tiga – Aktif di Kuching, Sarawak.
Ah Feng – Aktif di Kuching, Sarawak.
Batu 10 – Aktif di Kuching, Sarawak.
Sibu Ti – Aktif di Kuching, Sarawak.
Ah Seng – Aktif di Sarikei, Sarawak.
Ah Chin – Aktif di Kuching, Sarawak.
Lee Lung – Aktif di Sibu, Sarawak.
Lo Han – Aktif di Kuching, Sarawak.
Sg Merah – Aktif di Sibu, Sarawak.
Sg Badut – Aktif di Sibu, Sarawak.
Ting Ching Lee – Aktif di Bintulu, Sarawak
Tua Cak Lee – Aktif di Sibu, Sarawak.
Teksi Station – Aktif di Miri, Sarawak.
Pintu Merah – Aktif di Miri, Sarawak.
Krokop – Aktif di Miri, Sarawak.

1 comment :

  1. banyoknyer.. xde tndkn ker spa byk gining.. isk3x

    ReplyDelete

komeng