Our social:

Monday, July 8, 2013

tema Peringatan Hari Polis ke-206

Selamat hari polis....

Komuniti Sejahtera Komitmen Kami

SUNGAI BULOH, 8 Julai – “Komuniti Sejahtera Komitmen Kami” sebagai tema sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan seluruh penduduk, dalam konteks yang lebih luas, tema yang sama juga terpakai dalam pengurusan kesihatan masyarakat”, ujar Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara berucap di Majlis Lawatan Ke Hospital Sungai Buloh Sempena Peringatan Hari Polis Ke-206, hari ini.






Program lawatan PDRM ke hospital merupakan program tahunan yang diadakan bersempena sambutan Peringatan Hari Polis disamping mengeratkan lagi tali silaturahim dan kerjasama (PDRM dengan pihak hospital) yang telah terjalin sekian lama.

Di dalam ucapan, Datuk Seri Mohd Bakri turut menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih bagi pihak seluruh warga PDRM kepada semua pakar, doktor, jururawat dan seluruh warga Hospital Sungai Buloh yang telah memberi perhatian dan merawat pesakit-pesakit daripada kalangan polis yang mendapatkan rawatan di hospital Sungai Buloh.

Majlis dihadiri oleh Dr. Khalid bin Ibrahim, Pengarah Hospital Sungai Buloh, Datin Seri Rohaya binti Dato` Hj Mohd Yassin, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Peringatan Hari Polis Ke-206, Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, Ketua-Ketua Jabatan Hospital Sungai Buloh, Ahli Jawatankuasa Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PDRM, Kakitangan Hospital Sungai Buloh dan Rakan Media

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng