Our social:

Wednesday, May 22, 2013

panduan memberi nama anak

~~ LIMA MARTABAT NAMA YANG MULIA DI SISI ISLAM ~~

Para ulama ada menggariskan panduan dalam memberikan nama yang terbaik buat anak-anak. Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid menyatakan bahawa dalam memilih nama anak yang terbaik, terdapat lima martabat seperti susunan berikut:

Martabat 1

==> Rasulullah ada bersabda maksudnya: "Sebaik-baik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman." (Riwayat Muslim)

Martabat 2

==> Semua nama yang dinisbahkan kepada nama-nama Allah yang mulia seperti Abdul Aziz, Abdul Rahim, Abdul Salam dan lain-lain lagi. (tambahan dari admin: jika mahu letakkan nama anak dengan nama Allah, PASTIKAN DILETAKKAN DIDEPANNYA PERKATAAN ABDUL)

Martabat 3

==> Tidak syak lagi bahawa nama yang terbaik ialah nama nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Antara nama baginda juga ialah Ahmad.
Kemudian diikuti dengan nama nabi-nabi Ulu al-Azmi iaitu Ibrahim, Musa, Isa, dan Nuh. Kemudian diikuti dengan nama para nabi dan rasul yang lain.

Martabat 4

==> Mendahului senarai mereka ialah para sahabat nabi. Nama yang terbaik dalam kalangan mereka ialah para Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Kemudian sepuluh nama para sahabat yang dijanjikan Syurga. Termasuk juga dalam martabat ini ialah nama para isteri Rasulullah.
Termasuk dalam kumpulan ini juga, insan yang soleh dan solehah seperti yang termaktub dalam sejarah Islam yang agung seperti Solahuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fatih, Masyitah dan lain-lain lagi.

Martabat 5

==> Semua nama yang baik dan mengandungi makna yang baik boleh diletakkan pada anak. Jika memilih nama anak daripada jenis martabat yang kelima ini, rujuklah kepada nasihat dan panduan daripada ulama terlebih dahulu.

Rujuk tulisan Ustaz Salehuddin Abu Samah dalam Majalah Al-Ustaz (isu No.09), m/s: 88.

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng