Our social:

Saturday, April 13, 2013

tips jika kereta anda ditenggelami banjir

kongsi fb lagi

Kepada pemilik kenderaan yang ditenggelami air, saya ingin mengucapkan takziah dan sini saya ada berikan sedikit tips semua tindakan selepas kenderaan ditenggelami air. Saya berharap Admin serta yang membacanya dapat kongsikan tips ini.

Tips Kereta Tenggelam Banjir Disini ada beberapa tips untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir . 1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen
bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki
kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem
elektronik injin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di
dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di
atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita
terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh
menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear
mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).

Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita
mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik
yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak. 2. Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik. 3. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol.
Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin
tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa. 4. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah
susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang
tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini
perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak
kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).

NOTA: kos penyelenggaraan kenderaan mungkin tak sama apa yang tertera di atas, atas faktor-faktor tertentu seperti jenis pengeluaran, tempat servis, dan lain-lain.

TIPS THANKS TO Mohd Aliff Asyraf

More photos:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=576270225724967&set=a.254533367898656.68849.254423777909615&type=1&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=576356559049667&set=a.254533367898656.68849.254423777909615&type=1&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=576342619051061&set=a.254533367898656.68849.254423777909615&type=1&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=576302702388386&set=a.254533367898656.68849.254423777909615&type=1&theater

Find us on facebook
http://fb.com/kurazmotorsports

1 comment :

  1. yup, paling utama : Jangan cuba hidupkan kereta kalau banjir dah tahap naik hingga ke enjin/ekzos

    ReplyDelete

komeng