Our social:

Saturday, April 27, 2013

Khasiat bendi

INFO RASA: KHASIAT KACANG BENDI
kongsi dr fb lagi...hik

aku tak suka sgt makan bendi ni...mcm tak best jek tp byk gak ek khasiat dia tu... tp kalau nak tau berkesan atau tak mesti le kena amalkan ...klu makan sesekali,,, tak jadi la kot,,, lagi satu mcm sayur2 ni senang kalau nak tanak sendiri...klu duk kampunglah...


Bendi adalah sejenis sayur yang popular dikalangan masyarakat Melayu dan India. Ia mudah didapati dan sangat sedap dicampur kedalam hidangan kari dan goreng bercili.Tahukah anda bendi banyak khasiatnya? Antara khasiat bendi ialah:


1. Berupaya menstabilkan kandungan gula dalam darah.
2. Ia dapat mencuci hati.
3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
4. Mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
5. Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
7. Mengurangkan risiko mendapat radang paru-paru dan sakit kerongkong.
8. Membantu meneutralkan asid dalam badan kerana bendi bersifat alkali.
9. Membantu mengurangkan masalah penghadaman.
10. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada bahagian sendi.#Karangkraf

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng