Our social:

Friday, March 22, 2013

Doa Nabi untuk elak mudah lupa

baca metro online...ternampak ni...sementelah aku pun pelupa...bagus jugak simpan...

Saya ada dua soalan, pertama membabitkan ibu saya yang mudah lupa. Apakah ada cara tertentu termasuk surah daripada al-Quran yang boleh diamalkan bagi membantu masalah dihadapi ibu saya ini?

Kemudian, soalan kedua berkaitan waktu Subuh. Saya keliru mengenai waktu akhir Subuh iaitu pada jam berapakah tamat waktu berkenaan?

Wawa,
Selangor


Bagi soalan pertama, antara cara yang boleh dilakukan supaya tidak mudah lupa ialah berdoa memohon kepada Allah SWT.


Rasulullah SAW pernah membaca doa ini apabila turun 10 ayat pertama surah al-Mukminun, iaitu: “Allahumma zidna wa la tanqusna wa akrimna wa-la tuhinna wa a’tina wa-la tahrimna wa aathirna wa-la tu’thir 'alayna wa-‘rdina wa ‘rda ‘anna.”

Ia bermaksud: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami dan jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami dan jangan kami dihina. Berilah buat kami dan jangan ditahannya dan pilihlah kami dan jangan Engkau biarkan serta redailah kami dan redailah pula usaha kami.” (Ibnu Kathir, III: 237)

Doa ini digalakkan untuk dibaca sewaktu mendapat ilmu atau ketika cuba mengingatkan sesuatu ilmu sama ada yang susah atau senang.

Ia adalah doa supaya kita tidak lupa dan sentiasa ingat apa yang dipelajari demi mendapat manfaat.

Dengan itu anda boleh mengajar ibu anda doa berkenaan agar dia sentiasa ingat dan tidak mudah lupa di samping mendapat kelebihan lain sebagaimana dijanjikan Allah.

Mengenai soalan kedua iaitu berkaitan akhir waktu Subuh, ia sama dengan waktu naik matahari (bahasa Arabnya, shuruq atau syuruk).

Waktu solat boleh dirujuk kepada kalendar solat yang disusun berdasarkan kiraan bulan Islam atau menerusi Internet seperti http://www.waktusolat.net/ndx.php?mod=wsolat&dtarikh=25-Feb-2013&area=sgr03.

Malah kebanyakan kalendar ada waktu solat yang boleh didapati secara percuma mahupun dibeli.

Akhbar utama juga menyertakan waktu solat harian yang boleh dijadikan panduan.

6 comments :

  1. doa dalam bm susah sikit nak baca, apa pun tq sudi kongsi

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt.

    alhamdulillah....tambah satu lagi doa. yang selalu kakCT amalkan ialah bacaan seperti dalam sujud sahwi...mambawa maksud; Maha Suci Allah yang tidak mengantuk dan tidak lupe surah lazim Al-Insyira'

    Allahu'alam

    ReplyDelete
  3. sepatutnya semasa usia masih muda hafal doa-doa seperti ini. bila dah tua, nak hafal ada sikit problem. segmen cpu di kepala IM ni dah banyak korup..

    ReplyDelete
  4. @S..U..D..@..I..S

    tula...tp tak jumpa yg arab punya... klu yg BM ni takut tersalah baca pulak kan...so...mungkin bole berdoa maksud dlm bm je dulu sblm dapat yg arab punya..

    ReplyDelete

komeng