Our social:

Tuesday, February 12, 2013

senyuman itu untuk aku

Ntah kenapa aku kena balik cepat, langkah kaki laju-laju. Aku kena cepat. takut tak sempat hendak selisih dengan abang aku. Aku hendak tengok dia senyum tengok adik dia ni. aku sekolah pagi, dia sekolah petang. kalau lambat nanti tak sempat nak jumpa. pagi tadi masa pergi sekolah tak sempat nak bergurau, bergomol, dia tidur lagi. Aku memang rapat dengan abang aku yang sorang ni. Selalu gaduh!

Akhirnya dapat jugak jumpa. selisih kat bawah bukit kat british counsil lama kat Bukit Aman tu. Dia senyum. Aku senyum. Adik beradik la katakan... aku darjah lima, dia form 1.

Petang tu, dekat2 maghrib ada sorang pakcik datang rumah bagitau abang aku accident.

malam tu, pakcik tu datang lagi bagitau abang aku dah takde....

arghhh...klu citer mende ni mesti aku sedih....ntahla...semiggu dua sebelum dia meninggal asyik nak sebut innalillah....baru dapat sebut ayat tu asyik nak ulang2....

aku nak tulis pjg tp aku tak bole...asyik teringat senyuman dia...

Al-fatihah untuk arwah abang aku... Mohd Roslee

2 comments :

  1. Al Fatihah!

    Semalam IM sempat sembang dengan mak IM tentang adik IM yang tak sempat IM tatap wajahnya... Nurainun.

    Teringat adik IM itu bila membaca entri in...

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah. Tiada yang lebih baik kecuali kembali kepada Allah.

    ReplyDelete

komeng