Our social:

Thursday, February 21, 2013

Penjelasan Muhammad Syakir anak Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah



Ini aku amik dr fb Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, so aku rasa kalau ada yg sebarkan gambar tu patut jugaklah sebarkan penjelasan anak dia...orang yang empunya diri, ,,,


Muhammad Syakir Assalamualaikum wbt. Saya sebagai anak beliau dan juga gambar saya dipaparkan dalam blog yang mengutuk kami, anak-anak beliau. Ingin saya membuat sedikit penjelasan. Gambar saya yang berpelukan itu adalah dengan isteri saya, sewaktu sudahpun berkahwin. Harap maklum dan tidak menimbul fitnah. Gambar gadis dan rakan-rakannya itu pula saya mengaku itu gambar kakak saya, diambil sekitar 7 tahun lepas, yang telahpun dijadikan isu 7 tahun lepas, dan dia telah minta maaf, insaf dan mengalihkan gambar-gambar original daripada MySpace, 7 tahun lepas. Tiada sebab mengapa kita perlu ungkit-ungkit sehingga sekarang, walhal yang membuat kesalahan itu berusaha untuk bertaubat. Diminta hentikan tohmahan ke atas kami kerana kesalahan lama. Allah memang bayar cash, tetapi manusia tidak perlu menambah hukuman. Terima kasih.
Sunday at 3:00pm · Like · 38

1 comment :

  1. pintu taubat tidak pernah ditutup, masoklah dan juga ia perlu diketuk...

    kita wajar sedar bahawa kita tidak nampak bersalah kerana Allah SWT masih lagi mahu menutup aib kita. wallahu'alam.

    ReplyDelete

komeng