Our social:

Latest Post

Wednesday, December 26, 2012

zikir dalam hati......


daripada duduk berangan fikir yang bukan2...

♥ سُبْحَانَ اللّهِ ♥ و الْحَمْدُللّهِ ♥ وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ♥ وَ اللّهُ اَكْبَرُ ♥ ♥ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ ♥ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ * سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ ♥

♥ سُبْحَانَ اللّهِ ♥ و الْحَمْدُللّهِ ♥ وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ♥ وَ اللّهُ اَكْبَرُ ♥ ♥ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ ♥ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ * سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ ♥

♥ سُبْحَانَ اللّهِ ♥ و الْحَمْدُللّهِ ♥ وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ♥ وَ اللّهُ اَكْبَرُ ♥ ♥ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ ♥ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ * سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ ♥

Tuesday, December 25, 2012

Buah-buahan sebagai agen kecantikan

teringat nak makan sengkuang,,,cari le ada ke khasiatnya...rupa2nya ada jugak khasiat sengkuang ni...

DENGAN kewujudan banyak produk kecantikan di pasaran, adakala kita terlupa pada amalan dulu kala menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai agen kecantikan.

Selain boleh dimakan, kandu�ngan nutrisi serta vitamin pada buah-buahan segar ini membantu menjadikan kulit lebih sihat, cantik dan berseri. Lebih penting sama ada dijadikan pembersih, penyental atau masker, kandu�ngannya benar-benar bersih tanpa campuran bahan kimia.

Menggunakan cara yang mudah, tanpa mengeluarkan belanja yang banyak sesiapa juga boleh melakukannya. Sama ada buah-buahan ini diletakkan pada wajah begitu saja atau dilenyek dijadikan masker, jika dilakukan secara berkala akan memberikan kesan menakjubkan pada kulit.

Wanita di negara maju pada zaman dulu juga percaya pada penggunaan bahan semula jadi yang boleh mencantikkan kulit. Wanita di Jepun misalnya meng�gunakan bulu daripada burung bulbul untuk membersih kulit. Mereka juga menjadikan bulu burung ini sebagai masker yang dicampur bersama air.

Monday, December 24, 2012

Nasihat Kubur

Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Dipersilakan untuk SHARE. Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua. :)

Friday, December 21, 2012

Kiamat

kongsi dr fb
untuk peringatan diri sendiri

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Thursday, December 20, 2012

setahun tak merokok

arini tahun 2011 aku last hisap rokok...tengahari to be exact...rokok dunhill ada 2 kotak...satu letak belakang tv, satu lagi letak kat luar...kat tingkap...bila2 bosan, boleh hisap rokok....punyala teruk pangai aku kan....dan pasal aku pikir aku dah teruk la tu aku terus stop...tarik brake terus...

dan hari ni 20 12 2012 setahun dah aku tak merokok...ok jek...Alhamdulillah...harap2 aku akan terus benti...

so,,,,sempena setahun benti ni rasa macam nak celebrate pekena sebatang la pulak....kah3

tak arrr...acah jek...

InsyaAllah dalam seminggu dua ni sebelum tahun baru aku akan berpindah ke kampung... harap2 orang kampung akan terima aku seadanya...

Tuesday, December 18, 2012

camana nak buang iklan nuffnang?

camana ek...aku taknak lah buang semua sbb aku suka tgk iklan2 ni cuma skrg ni ada iklan genting tu yg aku cuak tu...camana nak pilih disablekan iklan tu ek? kalau innity bole pilih iklan mana kita nak dgn yg kita taknak tp nuff ni bole pilih tak? sorry...aku tak tau...newbie la katakan...so...sampai iklan genting ni abis...aku buang dulu iklan nuff...

korang camana? takpe ke kita iklankan resort genting tuuuu?

Sunday, December 9, 2012

Pesan roh kepada Manusia

dari facebook ke blog...untuk peringatan diri sendiri

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat
dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Friday, December 7, 2012

buang nuffnangx

ada malware...siut jek...

Thursday, December 6, 2012

Rahsia perempuan yang lelaki perlu tau

aku tak tau le korang tau ke tak mende ni...tapi aku nak tulis jugak le...tau tak kenapa perempuan suka berwindow shopping? korang tau tak apa sebenarnya disebalik org2 perempuan yang berwindow shopping ni..?

kadang2 rasa bengang jugak kan kalau ikut...errr...isteri or gf korang jalan2 cari barang...kadang2 tu rasa mcm pelik mana dorang dapat tenaga lebih untuk jalan2 tu kan...jangan pelik sangat,,,,dorang dah berlatih sejak dari muda lagi... berjalan...bersenam....menengok baju2 dah jadi macam terapi untuk hilangkan stress dorang... ye betul...senaman sambil menghilangkan stress... walaupun secara tak disedari kita yg mengikut ni pulak yg lebih2 stress nya kan... so... kita kena ubah... kita pun kena jalan2 jugak ...kalau tak suka tengok baju...mungkin kita boleh tengok mende2 yang kita suka...contohnya....gadget2 ke...

jgn lg kita duk menunggu dikerusi...bukan saje kita stress malah mungkin mengurangkan lagi stamina kita...jalan sikit rehat...jalan sikt, cari kerusi... jangan ok...mulakan arini...berjalan dan tengok mende2 yg kita suka....tapi amaran eh... jgn tgk 'org' pulak...kah3

kalau ada anak kecil lagi bagus...main kejar2 dgn anak2 ....selain nampak kiut...ehek...ini jugak boleh dijadikan kita alasan nak berjoging dlm shopping mall...

ini adalah sebagai menyokong kempen berjalan kaki 10,000 langkah sehari...amacam?