Our social:

Latest Post

Tuesday, July 31, 2012

Masihkah ada Ramadan episode 2

tengok separuh jugak...aku rasa citer ni bukan semata-mata kisah cinta...aku rasa citer ni kisah kasih sayang....tapi aku tetap rasa citer ni best.. dah adadah episode 2 untuk di download...tp besau sgtlah file dia...kecik kan sikit tak bole ke...mkv or rmvb pun dah ok dah...hehe

kat sini weh

dia tulis episode 1 tapi epi 2 pun dah update kat situ....

ps...outttt

video UFO di sunway vs layang-layang berapi

ntahkan betul atau tak....cuba tengok video lagi satu tu...lelayang pun mcm ufo jugakkan...ekeke



Sunday, July 29, 2012

video dan lirik janji ditepati lagu tema hari kemerdekaan 2012

Aku tak dengar lagi lagu ni tapi dari lirik dia tu mcm takde kena mengena dengan hari Merdeka pun...ada pulak yang kata melodi lagu ni diciplak...korang dengarlah sendiri ye...aku dah takut ni...hik




uncleseekers version 2

perghhh...uncleseekers ada blog baru... aku tak tau la kenapa aku tulis entry ni... keh3 tapi ksdang2 aku baca jugak blog dia... dia kalau sekali tulis panjang ya amat... aku baca jela... cuma kadang2 dia kuat mengarut jugaklah...keh3 tapi kadang2 terpegun jugak dengan info dia tu...ntah betul atau tidak... baca jela...keh3

dulu aku suka baca pasal joebangla tapi sejak dia dah jadi cikgu kalau aku tak salah le... joe pun suka tulis panjang2... aku je tak bole nak tulis panjang2... sebab aku cepat boring dengan hasil penulisan aku...

so, sekarang korang dah tau kan...aku suka blog yang suka tulis panjang2 ni... ramai kan... korang tau la korang tu sapa... korang la...sapa lagi...suka sangat bebel panjang2 kan...takpe... aku suka baca... huhu

Friday, July 27, 2012

Serik atau syoknya bercinta?

Dua nasib yang berlainan...kalau direstui mcm perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun) ok la jugak ek...ini siap tikam2 oo....mcm tak percaya la kan bila budak2 dah berani main tikam2 camni...bila fikir2 balik... ada kewajaran nya jugak parents syafiq dan yana ni kahwinkan anak2 dorang....dengan zaman sekarang yg macam2, aku rasa ramai parents yang kalau boleh pun nak anak2 dorang cepat2 kahwin..untunglah kalau dapat menantu yang baik2...tu pun nak kena fikir jugak kan...ntahlah... susah nak cakap mende ni... semoga rumahtangga syafiq dan yana akan berkekalan hingga ke akhir hayat



Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – “Saya serik untuk bercinta ketika masih bersekolah dan ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran.”

Pengakuan tersebut diluahkan oleh Syafina Erina Azni, 15, yang cedera parah selepas ditikam sebanyak tiga kali oleh bekas kekasihnya yang juga merupakan rakan sekolahnya dalam kejadian di Flat 213 Sentul Utama, Taman Datuk Senu di sini pada 20 Julai lalu.

Menurut pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul itu, kejadian itu hampir meragut nyawanya.

Katanya, sebelum kejadian itu, dia pernah dipukul sebanyak tiga kali oleh suspek.

Mengimbau semula kejadian pada pukul 4 petang itu, Syafina Erina memberitahu, bekas teman lelaki seusianya itu seorang yang panas baran dan cemburu buta hinggakan dia langsung tidak dibenarkan bercakap dengan mana-mana lelaki.

Waktu sesuai dibuka pasar Ramadhan?

agak2 korangla kan, waktu yang paling sesuai untuk dibuka pasar Ramadan ni pukul berapa?

Hari tu aku off, so, dalam kul 2 lebih aku keluar rumah pergi ke bank...ok lagi... aku balik lbh kurang kul 3... lalu kat tempat pasar Ramadhan tu dah start dah peniaga2 bukak stall dorang... yang best tu. stall air batu yang start bukak dulu... aku rasa cam tak sesuai jela... bukak stall jual air untuk orang berbuka pukul 3 petang... aku tau la, mungkin alasan dorang, bukan untuk orang islam je beli tapi untuk non muslim jugak...but kena ingat... ini pasar Ramadhan der... so,,, orang aspect diaorang jual untuk orang yang berpuasa... bukan untuk yang tak berpuasa...so, apake jadahnya bukak kul 3... tapi ini pendapat aku je... mcm yang selalu aku cakap... pendapat aku tak semestinya betul...so...aku mohon maaf dengan ketidakbijakan aku berfikir mcm peniaga2 tu eh...

aku tak dengki...masing2 punya rezeki la kan...aku cuma rasa pelik je...dorang jual untuk siapa sebenarnya kul 3 tu?

aku rasa kul 5 lbh adalah waktu plg sesuai untuk bukak stall air batu...korang?

cuba korang baca petikan dr sinar harian ni...

Thursday, July 26, 2012

bina rumah sendiri: bumbung



Sekarang tengah progress buat bumbung... ini mungkin gambar terakhir le aku tunjuk...segan arrr...hehe

ok..pemilihan kerangka bumbung ni sebenarnya agak susah jugak nak pilih antara kerangka besi dgn kerangka kayu,,,,masing2 ada pro n kon dia... tapi akhirnya aku pilih kerangka kayu sebab konsep rumah aku ni...walaupun mula2 aku pilih besi...so, sebab aku dah pilih kerngka kayu, aku kena fikirkan maintenance dia le pulak,maknanya aku kena buat jadual panggil pest control atau aku yang akan buat sendiri, tengoklah nanti...belum fikir lagi cuma aku kena get ready jek...
sekarang tgh dok fikir mana aku nak korek ongkosnya sajo...pening ni weh...tak semudah yang disangka...dengan budget yg agak lari sikit ni aku kena hadap jugaklah... mana2 yang aku boleh tangguh aku akan tangguh,,,yg penting rumah aku kena siapkan jugak ...jgn sampai tukang buat rumah ni larik pulak...hehe
rumah aku ni simple je bentuknya...tapi aku suka... cukuplah untuk aku...nnt dah siap...InsyaAllah... datanglah eh...klu sudi la...huhu

gambar ni aku ambil semalam...pakai hp jek...patutnya aku sebelum update pasal bumbung, aku kena citer pasal ikat batu tp aku bizi ...so..skip citer ikat batu kita terus ke citer pasang bumbung ni, apakah step seterusnya... letrik, paip air, siling... nnt aku update lg...

Wednesday, July 25, 2012

kadar pembayaran zakat fidyah

eh!bulan2 puasa ni kita citer pasal puasa jela eh...hehe korang tau tak ada websites yang boleh mengira kadar zakat fidyah untuk korang yang dah tertinggal untuk membayar puasa? aku tau, bukannya sengaja tapi sebab melewatkan ganti by the time nak buat... keuzuran pulak kan...huhu. oklah jum tengok kalkulator untuk mengira fidyah yang perlu korang bayar untuk setiap hari yang dah korang tinggalkan disini

Kaedah Pengiraan
Kalkulator ini akan mengira fidyah berdasarkan tahun puasa yang ditinggalkan.
Jika tahun berlainan, tekan butang Reset untuk pengiraan tahun tersebut.
Anda boleh mencetak maklumat untuk setiap tahun dengan klik butang Cetak.
Bahagian A adalah untuk maklumat puasa yang telah digantikan sahaja.
Bahagian B adalah untuk maklumat puasa yang belum digantikan sahaja.
Bahagian C adalah untuk maklumat fidyah yang sepatutnya dibayar.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi PPZ di 03-92895757.

setakat ni aku tak jumpa lagi yang bayar melalui sms, aku rasa mende2 camni kalau korang jumpa orang2 yang layak terima zakat... bayar je kat dorang...

Tuesday, July 24, 2012

Masihkah ada ramadan?



Sinopsis: Masihkah Ada Ramadan? astro prima. mengisahkan bagaimana Rahman memahami mengapa isterinya, Aminah sedih setiap kali datangnya bulan Ramadan. Harapan Aminah adalah untuk anak mereka pulang. Rahman menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku pada anak-anaknya.

citer ni bestla weh. walaupun aku tengok sekerat je citer ni tapi aku rasa citer ni kena dengan aku. Suasana kampung tu yang aku suka tu... takdelah kisah cinta kisah anak2 orang kaya yang serabut kepala hotak bila tengok.

tapi citer ni ada jugak yang tak bestnya, contoh: macam cliche sangat dengan boy tu ada barah otak...buat le sakit lain ke kan....tapi yang paling tak best adalah citer ni bersambung pulak... sakit hati je tengok...kah3

syyyyy....nak download kat sini

Bayar zakat melalui khidmat SMS Maxis

Kalau ikut metro tahun lepas ni, hanya beberapa negeri je yang boleh, untuk tahun ini, tak taula aku, sebab bagi aku lebih baik jumpa amil yang diberi tauliah... macam tak best pulak takde salam2 ni kan...dgn lafaz akad bayar zakat lagi...

Lafaz Akad Zakat Fitrah
1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili ...... pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

so, korang camana? nak bayar ikut sms ke? aku tetap nak jumpa amil...huhu

Monday, July 23, 2012

Berbuka dengan siapa?

Biasanya tiap2 tahun kalau 1st day puasa aku akan berbuka dikampung dengan parents ngan adik beradik aku yang ada di kampung dan yang balik untuk berbuka di kampung... tapi tahun ni kebetulan aku keje malam... sahur dan berbuka kat tempat kerja... nak buat camana... insyaAllah malam ni barulah berpeluang berbuka dengan parents... yela...kalau hari weekday tu... susah sikit la nak balik kampung walaupun dekat...dengan anak aku yang sekolah petang...tak terkejar aku... nanti rumah aku dah siap insyAllah akan ada sokmo kat kampung....

tapi aku ni...mcm yang pernah aku citer...jarang beli kat bazar, sebab taksedap sgt tapi klu balik kg tu... aku beli jugaklah..kuih2...nak suruh aku buat kuih memang boleh...aku kalau buat jemput2 dengan lempeng memang terbaik...kalau korang makan memang asik nak makan jela...tak bole stop...pasal tu aku aku malas nak buat... alasan aku ok tak?

so, korang berbuka dengan sapa? buka dgn family la yang terbaik, kan...

Saturday, July 21, 2012

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM) [SIJIL MASIH SAH]

bila bulan Ramadhan ni, semua company sibuk buat majlis berbuka puasa..tapi kita sebagai pengguna mestilah semak dulu samada tempat yang dorang sponsor tu halal ke tidak?jangan ingat nak makan free jek...huhu
untuk semak senarai hotel yang telah mendapat sijil halal boleh semak di sini

atau kalau nak tau secara cepat boleh sms,

HALAL<>SEMAK<>NOMBOR PENDAFTARAN SYARIKAT(ROC)

CONTOH:

HALAL SEMAK 12345X
HANTAR KE 15888

kalau tak tau no pendaftaran syarikat, sampai je tempat makan tu, tengok kat lesen perniagaan dorang, kalau tak jumpa, terus tanya manager dorang no pendaftaran tu...huhu nak yakin makan yang halal kenalah usaha sikit beb...

kalau ikut kosmo terdapat 359 hotel, 453 premis diberi sijil halal Jakim, aku cuba carik kat websites halal tu tapi tak jumpa pulak...yang ada adalah secara umum, tak larat aku nak tulis, ekeke korang cek sendiri naaa...

aku buka kat rumah ngan tempat keje jek...takde sapa nak sponsor pun...

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M

boleh rujuk sini

untuk negeri Melaka...

Friday, July 20, 2012

ayat2 tentang sabar


kongsi dari email.... selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak... semoga semua menyambutnya dengan ceria....

peringatan untuk diri sendiri je ni...

Kita selalu bertanya pelbagai hal tetapi ingatlah Al-Quran punya segala jawapannya untuk segala kehidupan dan kejadian di alam semesta ini.. Renungkanlah.



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB

Thursday, July 19, 2012

Video cubaan culik budak perempuan 10 tahun

Walaupun kejadian berlaku di Philadelphia, tapi sebab kat negara kita pun kejadian begini ada berlaku, dan aku rasa modus operandi dia tetap sama... pengajarannya janganlah dibiarkan anak2 kita berjalan camni tanpa pengawasan...tapi klu kat tempat kita depan sekolah pun dorang berani...tak taula aku nak cakap camana... berdoa jela kan...

Niat puasa sebulan

ini untuk yang lupa termasuk aku...hehe
niat puasa sebulan ramai yang lupa...ye dak? ni haa...simpan...

Pembuat dan Pembekal Peralatan Perkahwinan

lepas raya nanti mesti ramai yang mengelabah nak cari pembekal majlis perkahwinan kan...so... pihak ida manan ni pembuat dan pembekal...so,,,,senang citer... harga memang terbaik... boleh kenen2 mintak diskaun lagi...perghhh...

Ida Manan Enterprise : Pembekal Pelamin

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Pertamanya, Ida Manan Enterprise adalah pembuat dan pembekal peralatan perkahwinan seperti Pelamin, Stage, Backdrop, Candle Stand, Flower Stand, Kerusi Pengantin, Kerawang, Rose (Getah Eva)dan berbagai lg keperluan majlis perkahwinan.

Wednesday, July 18, 2012

Peringatan di bulan Ramadhan

sanggup buat fitnah semata-mata sebab traffic? sanggupkah anda?

macam2 cara nak tarik traffic...aku pun tak tau apa tujuan traffic tu, rasanya membuat fitnah bukanlah cara yang terbaik...matlamat tak menghalalkan cara ye der...

kalau tulis yang baik2, traffic riburiban, ramai yang dapat manfaat dari hasil tulisan kita tu, alhamdulillah.. tapi kalau ramai yang terpedaya dengan cerita rekaan karut marut kita tu? lebih2 lagi kalau ianya adalah cerita fitnah? camana?

ok, lagi 3 hari kita dah mula berpuasa... tak sabar rasanya eh...tapi puasa dulu2 tak sama dengan puasa sekarang ni ek... yela...bukan raya dulu2 je lain... puasa pun sama... dulu2 mana de pasar ramadhan...eh...ke kat tempat aku je takde....ekeke dulu2 mak kita petang2 dengan masak nasi sama lauk-pauk, kadang2 ada gak kuih mueh... sekarang semua main beli je kan... tapi rasanya aku dah bape tahun kebelakangan ni, jarang beli apa2 kat pasar Ramadhan sebab... korang pun tahu kan... bukannya sedap pun dorang buat.... elok2 kita beli sebab terpedaya dengan rupa kuih tu... hari pertama tak sedap...korang tunggulah hari ketiga keempat...kadang2 kuih basi pun sanggup dorang jual...especially yang jenbis jual setahun sekali...uang jenis muncul time bulan Ramadhan...


patut bulan puasa kumpul sebanyak mungkin puasa tapi jadi dpt dosa pulak sebab maki2.... kadang2 mulut ni bukan boleh stop2 bila dah start bercakap... tapi bukanlah maki yang teruk2.... just cakap penjual tu bodoh je... tu je tahap makian aku...kah3 errr...tu cerita kat blog...klu kat luar...mcm2 jugak yg keluar...ha3

okla...aku out dulu...nak buat revision jap....kah3

btw aku tak beli baju raya lagi...ha3

eh!tajuk entry mcm takde kena mengena jek...

Friday, July 13, 2012

mael lambung the movie



takdela best sgt citer ni...tapi aku pelik kenapa bole ada full movie kat youtube sedangkan kat Astro first takde...pastu kenapa yg versi mkv atau rmvb takde...knp dorg upload yang mp4 ni...tp gambar bole tahan la... bolela tgk klu ada masa sgt... aku tgk sejap je pastu tido lg baik...haha saltu aku simpan kat sini, mana tau tiba2 ada masa ke nak tgk...tp kdg2 bukannya lama sgt pun mende ni...kang tiba2 je dah takde ...klu dah takde tu...jgnlah rasa keciwa sgt sbb tak best sgt pun citer ni...huhu

Wednesday, July 11, 2012

sah ke puasa tanpa sahur dan berbuka?



sah ke puasa tanpa sahur dan berbuka?

ini peringatan untuk kita...

share dr facebook...

Tuesday, July 10, 2012

nak tulis tajuk pun tak tau...haha

Apa mende nak update ni...hehe aku bizi skrg ni...projek rumah aku lagi nak handle...assignment baru hantar aritu...so skrg nak kena start bt prepration nak exam 28hb nnt...belasah je la...subjek yg susah bg aku adalah statistik...basic je pun tp sbb maklumlah dah tua baru nak belajau...so penerimaan tu agak susahle...

so, apa cerita eh...aku tgk kat bloglist pun ramai gak yg tak update...maklumlah... kebanyakan kat bloglist aku adalah asalnya student...skrg seme dah kije...so faham2 jela..bila dah kije...mana ada masa nak layan blog...lainlah klu masa mula2 buat blog dah keje...so...mungkin takde masalah masa....

aku pun jarang gak layan blog...kdg2 tu bukak jugak tapi takdelah update mcm dulu2... just baca2 blog orang jek...cuma skrg jarang le aku jalan2 ke blog yg baru2... bukan sebab apa...aku tak tau nak start kat mana... ada gak aku tengok nama blog baru tapi tengok mcm dah lama je cara dia tulis blog tu...hehe kdg2 rasa mcm nak syak kawan2 lama jek...ekeke

tapikan...blog2 baru aku baca mmg bestla...tak mcm blog aku ni...dr dulu sampai skrg takde perubahan...haha... nak buat camana... ni je tahap kemampuan aku... belajar tak tinggi camnilah...keh3

klu setakat ni je aku tulis...camana aku nak publish...
tp aku publish jugak sbgai contoh...knp aku tak menulis lagi...kdg2 rasa nak main seo tp skrg dah malas dah...okla...nak tido...mengantuk sgt ni...selsema....

Friday, July 6, 2012

solat sunat qabliyah dan ba'diyah

video uncleseekers kena tahan polis



ok...klu uncle malu kena tangkap.. aku pun takan siarkan video ni tp sebab dia mcm ok je..aku siarkn...sbnrnya mungkin bg sesetngah org, tak penting mende ni.... takpela klu itu yg korang rasa...mungkin sbb kehidupan korang dah selesa mcm kebykan org lain....hidup aku pun selesa jugak... tapi one day korang akan terasa jugak... hidup kita ni semata2 sebab keselesaan kita ke? sebab kita dah selesa kononnya... so... tak pyh le fikir kan org lain... maklumlah...negara dah aman buat pe nak fikir lain lg... ye dak?

klu fikir camtu.... aku tak tau la knp perlu bayar zakat?sedekah tu semua...bukan itu sbgai peringakatan kat kita ke....bahawa selesa kita dtg jugak dgn tanggungjawab? so... fikirla sendiri ye...