Our social:

Latest Post

Friday, March 30, 2012

Video: perempuan curi cpu!jangan tiru!!



sila report kat uploader video ni klu ternampak perempuan dalam video.Aku tak taulah dia dah buat report polis ke tak...tapi ni katanya dari cctv kedai komputer dia.

schedule post

Thursday, March 29, 2012

Photoshoot wedding

Sabtu ni, aku and ipar and biras and anak buah akan ramai2 tunjuk skil...ekeke
nak kongsi dengan korang aku seganlah...bukan segan kat korang tapi segan kat pengantin...yelah...nak siarkan gambar orang kat blog kenalah mintak kebenaran empunya diri....

aku sebenarnya nak update benda lain tadi tapi bila fikir2 rasa malas pulak...bukan apa, aku ni bukannya boleh tulis sebarang2 topik, kang tulis pasal cinta kang...kata aku bercinta pulak... tulis pasal putus cinta kata aku pulak yg sedang alami... susah nak tulis apa2 topik... padahal dulu2 aku tulis apa topik pun ramai tak kisah...

pasal tula aku jarang nak update skrg ni...(alasan)hehe

eh!mana pergi kawan2 blogger yang dulu2 ek... ramai dah hilang,,,,,yela...kebanyakan blogger ni aktif masa belajar,,,bila dah kerja, semua busy tak sempat nak update blog. Lain hal dgn yg dah kerja pastu jadi blogger...dorang memang dah pandai nak bahagi masa...ehek

tapi blogger yang paling aktif mestilah blogger surirumah...perghhhh

Wednesday, March 28, 2012

redha ajer...

Hidup ni camtulah...

kadang-kadang ketawa
kadang-kadang menangis

kadang-kadang senyum
kadang-kadang monyok

kadang-kadang untung
kadang-kadang rugi

kadang-kadang gembira
kadang-kadang sedih

kadang-kadang jumpa
kadang-kadang hilang... waaaaa

redha jela...

kadang2 kalau kita fikir2kan...

hidup jadi tak best kalau tak redha...

tak gitu?

untuk baca konsep redha dalam Islam sila ke sini

ps/ peringatan untuk aku yg selalu leka....

Friday, March 23, 2012

Pertandingan BIG FLIGHT anjuran MAS

ok... ini ada peluang baik untuk para pembuat video pendek...yang rajin dan kreatif dan yang sering mendakwa paling unik... MAS sedang menganjurkan pertandingan BIG FLIGHT. Buat video pendek pastu hantar sebelum 22 April 2012. Butiran lanjut sila tengok video tentang competition ni , kalau tak faham jugak... sila terus ke sini Kalau lah aku ni pandai buat video, memang aku masuk...manalah tau...ada rezeki nak ke LOndon naik airbus... perghhhh...



Berita tentang pertandingan big flight ni keluar kat Bernama.


lagu tema taknak merokok

hehe aku tak tau pun ada lagu tema...tapi best jugaklah lagu ni sambil dengar sambil nyanyi sebab ada lirik disertakan dalam video ni...aku pun baru tau semalam bila ada keyword yang masuk cari lirik lagu katakan taknak ni...

Lagu Tema Kempen "Tak Nak Merokok" Peringkat Nasional

Thursday, March 22, 2012

projek 100 bloggers

Aku nak masuk....agak2 bole dapat tak?tengok syarat2 diatu...macam layak je tapi sebenarnya ada satu lagi syarat...mestilah blog yang bermutu...hehe yang tu aku kalah tapi aku masuk jugaklah.....manalah tau...layak ke...

Masa mula2 aku tengok kat bloglist aku ingatkan mende ni dia cari blogger untuk jadi penulis jemputan ke, rupa2nya dia nak cari blogger dan nak beri peluang pengiklanan pada mana2 blogger yang berjaya... adoi...dia nak seratus orang dan dia dah dapat 60 orang. Boleh rujuk sini dan sini.

kalau terpilih, semangatlah sikit nak update2 blog... kalau tak... camni jela..


1. Traffik sehari kira-kira 500 uv
2. Setiap post mempunyai 5-10 komen
3. Bukan blog copy paste, politik atau menyentuh isu-isu sensitif.
4. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
5. Blog update sekurang-kurangnya 4 kali seminggu
6. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
7. Sanggup beri komitmen untuk projek ini.
8. Lebih di utamakan kepada blog yang mempunyai niche : kekeluargaan, remaja perempuan (personal), remaja lelaki (personal), teknologi, keusahawanan, makanan

eh...penat aku tulis...last2 tak jadi masuk sebab borang dia tu suruh citer perihal blog anda...aku sendiri pun tak tau apake jadah nye blog aku ni wujud,.,.,,,wakaka aku promote jela untuk dia...haha

tapi aku daftar jugaklah...berani sahut cabaran...

Monday, March 19, 2012

Liverpool terus mara

Menang 2-1 dengan Stoke malam tadi terus ke semi final untuk melawan...errr...Everton aku rasa...pastu terus ke final...di stadium Wembley...lawan sapa2 pun tak kisah...
so...total cup tahun ni...2

tu yg ramai jeles terutama sekali Manu... pelik

ok...cukup dulu pasal bola...

Sunday, March 18, 2012

Gambar suspek bunuh Dirang


Saturday, March 17, 2012

lawak bola minggu ini

Mancini lepas MC tewas dan tersingkir...

"kami amat jeles dgn united..."

"dorang tewas maka kami pun nak tewas jugak...." wakaka

sama betul perangai dorang ni eh...alasan tak bole blah...

Friday, March 16, 2012

Amah dapat gaji minimum?

Tak tau nak update apa..aku update ni jela....kalau dah gaji camtu untuk satu kije je... aku rasa baik dak2 kita je keje....hantar budak/baby g rumah pengasuh pun baru 250-300 sebulan..apa ke jadah nak tanggung lagi maid bayar sampai 7oo? mcm tak logik pulak benda ni...ini pendapat aku la weh...camana dgn pendapat korang?

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 15 Mac - Amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.

Thursday, March 15, 2012

jawapan Hilal Asyraf pada Tun M

Ini bukan bicara politik.Aku simpan untuk bacaan aku sebab aku rasa benda ni bagus untuk bacaan aku.Sangat panjang.aku pun baru baca separuh.sebab nak fahamkan betul2, senang nanti kalau soalan yang sama ditanya kat aku oleh anak2 ke , bolelah aku terangkan serba sedikit yang aku faham....betul lah cakap orang..kalau hal agama ni tanyalah kat yang berbidang agama....

hari ke 85: katakan taknak

aku agak2 je dah 85 hari.,..malas nak kira...anyway hari tu aku hisap rokok dalam mimpi... gelabah jugak aku masa bangun tido tu...puas aku fikir... betul2 ke mimpi... akhirnya aku amik keputusan aku hanya bermimpi sebab aku mmg takde rokok pun...heeee

ok...tips untuk berhenti merokok

1. semangat...niat....tu yg paling utama...
2. setiap hari...kira dah berapa hari dah tak merokok sampai korang lupa dah hari ke berapa korang tak berasap mcm aku ni...heee penting ni bagi aku sebab untuk mengingatkan diri sendiri bahawa korang sebenarnya sedang dalam proses untuk stop smoking.
3. kadang2 memang rasa rindu sangat nak hisap rokok terutama lepas makan tapi pecayalah cakap aku... itu hanyalah mainan perasaan...ekeke apa yang aku buat adalah... pergi ketempat yang dilarang merokok...kalau kat rumah...aku pergi layan baby aku...kalau takde baby...mungkin korang boleh cuba main game...just untuk lupakan stim nak hisap rokok tu je...janganlah main game yg susah2.. main je game senang2 contohnya mcm game x construction.dan lagi...jadikan kawasan dalam rumah adalah zone kawasan larangan merokok!!
4.baru 85 hari der... nanti aku tambah lagi kalau dah sampai 100 hari... InsyaAllah....

Friday, March 9, 2012

lagu best di youtube

lagu ni??bestttt sgt.



malas nak bagi klip yg betul sbb sexy sgt....amik ni je...ada lirik bole nyanyi dan nangis sama2 sebab assignment tak siap!hahaha

ps...skrg ni sibuk arr...takde masa nak tulis pjg2...tgh edit video bedey twins...nnt aku buat untuk versi blog untuk publish kat blog..errr....kalau rajin arrr

Thursday, March 8, 2012

Happy birthday my twins.....

Monday, March 5, 2012

macamana nak bantu rakyat Syria?



sebar2kan....spread to the world....video ni sedih sangat...aku kongsi dulu...line teruk sangat .,,..aku tengok sangkut2...kalaulah ada translator...walaupun tak faham apa yg dia cakap tapi aku rasa dari video ni kita tau penderitaan rakyat Syria...apa yang sebenarnya berlaku disana?

Friday, March 2, 2012

Basikal pertama



Tiba2 aku rasa terharu pulak biras aku...pak andak dorang la tu ... belikan basikal tu sebagai hadiah harijadi... sebenarnya harijadi twins tu on 8th Mac ni tapi tak kisahlah tu...awal seminggu....dan sebenarnya jugak,makdak dorang jugak adalah babysitter twins aku tu.....

Marissa dah pandai jalan dah...wasim je agak malas...ntah malas sapala dia ikut tu...ekeke

okla...aku chow dulu...mcm blog mak mak pulak ada gambar baby...ekeke
gambar blur sbb amik pakai hp je...

Windows 8 Consumer Preview

Maklumat lanjut tentang Windows 8 dan cara-cara memuat turun Consumer Preview boleh didapati di http://preview.windows.com atau http://windowsteamblog.com

aku tak bole nak donlod arrr.aku takut..ekeke tunggu versi yg ehem ehem....korang?

Thursday, March 1, 2012

hari ke 71: katakan taknak

Aku tak tau le tepat ke tak 71 hari tapi kalau tak salah...since 20th or 21st december 2011 aku dah stop....penting ke aku kira....bagi aku sangat penting... sebab? kerana? eh sebab ke kerana? kerana nampak mcm skema .....ekeke ok serius....penting sebab setiap kali aku rasa nak sedut eh hisap balik....bile teringat baru je berapa hari aku benti....terus tak jadi sedut eh hisap........sedut ke hisap? lain macam je nak sebut hisap dan sedut ni kan kan kan....InsyaAllah..tunggu 100 hari baru aku citer cabaran2 dan tip2 untuk benti......