Our social:

Latest Post

Tuesday, January 31, 2012

kod gitar Terukir Di Bintang yuna

ni haa chord guitar lagu yuna Terukir Di Bintang.errr...camnilah lbh kurang...ekeke aku pun tak tau sgt nak nyanyi lagu ni...hahha

E F#M
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
F#m B A E
Tapi sayangkan mu capai bintang dari langit untukmu
E F#M
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
F#m B A E
Ku hanya mampu jadi milikmu asalkan kau bahagia


Am E
Hati ini bukan milikku lagi
Am
Seribu tahun pun akan ku
B
nanti... kan... kamu

E F#M
Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
F#m B A E
Terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Monday, January 30, 2012

Bahaya kolesterol dan ubat petua mengurangkan kolesterol

Kalau nak tau bahaya kolesterol, boleh baca disini

Kalau nak tau petua petua atau ubat2 untuk mengurangkan kolesterol... cara cepat atau lambat, ini aku ada kumpul dari satu forum, boleh rujuk sini

Resepi kurangkan kolestrol dari kawan aku berbangsa Cina... juga bermanfaat untuk membersihkan saluran darah... mengelakkan darah tinggi dan stroke... mengurangkan kandungan kolestrol...


Bahan-bahannya

Pertandingan Poster Dakwah de Facebook



Klik gambar untuk ke facebook ustazah pilihan firuz

Anjuran Ustazah Pilihan Firuz, sapa yang ada bakat tu bolehla join... aku tengok jela...

tapi aku sapot budak ni

Saturday, January 28, 2012

Kenapa aku jadi blogger



klik gambar untuk join contest kenapa aku jadi blogger


alkisah, masa aku gi jalan-jalan, aku terjumpa satu contest di blog www.munawwarahhusna.blogspot.com,
Kenapa aku jadi blogger? aku pun terfikir juga.. kenapa aku jadi blogger...

Aku jadi blogger kerana...

Friday, January 27, 2012

Video bukti Barcelona pasukan penipu

FC Barcelona - Cheaters, Liers, Actors ?? ALL true *for FCB Supporters

korang tengoklah sendiri...aku tengok mcm betul je diaorang berlakun....sib baik pasukan aku....the reds tak camtu....

Thursday, January 26, 2012

Video dan lirik Jamal Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu



baca lirik dia weh......baca dengan hati.....


CELCOM PREPAID SKMM BROADBAND PACK

Aku dah beli...hikhik.... dah pakai....huhu....dan sangat puas hati....
kalau area Melaka, aku boleh tolong dapatkan....COD rm 50 dan kalau area kl pun boleh....
kalau korang nak lah...mende ni prepaid dan yang paling penting...ianya...murah dan laju....

Tak tau amende ni?aku kopi pes kat satu forum...

Tuesday, January 24, 2012

The Big Year

Semalam tengok movie big year, boleh tahan la citer ni...aku tau tak ramai yang minat citer macam ni tapi aku suka je... sebab...banyak tempat2 menarik yang dia tunjukkan... the movie is about bird watching atau 'birding'. Genre komidi tapi takla kelakar sangat walaupun pelakun dia adalah pelakun komedi antara yang paling top... jack black...steve martin dan owen wilson... top le tu kan...bagi aku laa...

Selain dari lokasi, aku suka dgn jalan citer dia...tentang mcmana keghairahan lelaki untuk mencapai cita2nya... atau pun untuk mencapai apa yang dia nak capai...ok la...bukan lelaki je macam tu... pompuan pun camtu jugaklah...hehe bagi aku...citer2 macam ni kadang2 boleh meransang semangat kita... erkkkk,

Saturday, January 21, 2012

orang muda dan politik.....lalang



video terbaru matlutfi...hehe aku tak kenal pun dia cuma terjumpa kat satu forum politik....kata dorang bagus video ni....citer tentang orang muda dan politik....
tajuk dia pun best.... LALANG....aku belum tengok lagi...maklum kat kl...pakai prepaid malas nak tengok utube...hikhik nanti aku tengok baru bole komen....

ps...esok nak pergi UM...nak beli prepaid broadband skmm kat budak ctu....

Friday, January 20, 2012

hari ke30: katakan taknak

Berhenti merokok cara 'cold turkey'.
Apa mende ni?nilah cara benti yang paling ganas...konon...haha ini adalah cara berhenti merokok secara mengejut...maknanya...bila je dah bertekad taknak merokok...kalau masa tu tgh hisap...terus buang rokok tu dan ckp... aku nak benti dah...nilah cara aku...

hari tu terbaca kat hospital tentang berhenti cara camni...tak berapa elok sebenarnya...boleh menyebabkan beberapa simpton2 ketagihan jugaklah...susah arr aku nak citer...ada kebenaran jugaklah artikel yang aku baca tu tapi nak buat macamana....cara mcm tu yang paling berkesan...

ala...baru 30hari je pun...no big deal la...bila2 masa bule hisap balik..hhaha but as for today...keinginan tu ada tapi takdelah sampai menggigil2...ekeke just bila teringat je, cepat2 fikir mende lain je...


terbaca kat satu forum.


kalau mengandung jangan tengok video ni

aku serius ni...

Thursday, January 19, 2012

Prepaid broadband yang paling murah

ada sapa2 tau prepaid broadband yang paling murah tak? Sekarang ni aku guna prepaid hotlink...hot ticket...RM20 untuk 7 hari 1.5G.Memeng le mahal if compare kalau aku guna postpaid...tapi line ni aku guna just for if go outstation aje...alang2 dah ada smartphone...kene le ada line ...huhu kalau kat rumah aku lbh selesa guna streamyx je... laju dan tak menyusahkan...cuma kadang2 jela dia lembab nak mam....but still ok sebab aku kadang2 rajin gak download...haha

Aku ada tanya kat kedai pasal celcom apa tadi eh...celcom instanet kot... murah dari yang aku hambik ni...dan aku tengok P1 lagi murah kot tapi masalahnya kat tempat aku P1 memang takde line so bolehla tolak ketepi je option tu...sebab no yang aku dah beli ni maxis so aku stick je dulu dengan hotlink hot ticket prepaid internet ni...nanti kalau line dia lembab aku test celcom instanet pulak...tapi rasanya tak mungkin aku akan guna postpaid internet sebab kat rumah dah guna streamyx...so takan nak membazir pulak kan...lagipun kat luar pun dah banyak kedai ada wifi free...

so...minggu depan cuti CNY, takde plan apa2 ke?aku g kl jela....jalan2 sebelum masa sibuk aku bermula.....

Petronas CNY Fotografi Contest



Klik gambar terus ke FB petronas untuk join pertandingan fotografi anjuran Petronas dengan tajuk reimagining energy.......tang tajuk yg aku kalah tu...ekeke

tarikh tutup 11 feb kalau tak salah aku....so..sempat lagi tuu



iklan Tahun Baru Cina Petronas tak best?

tak best dan tak faham......korang tgklah.....tapi yang ni tak tengok pun takpe...ekeke
kalau tengok komen2 kat youtube pun kebanyakannya rindu dgn iklan yang dulu2...



aku pun tertengok iklan kat atas ni.....klu tidak aku pun tak ingin nak tengok...haha
tapi kat mana ntah aku tengok Petronas ada buat kontes fotografi.so.apa lagi jum join...nanti jap aku cuba cari maklumatnya....

Kejam!!Camel fight

errr...laga unta????

Wednesday, January 18, 2012

Tiredness

n3 poyo aku tu memang betuk2 testing/....sebab ada orang update from their mobile pastu ada pulak tulis update from android la....aku pun testle update guna mobile kwn aku nd tada.....takde pun....ekeke

actually dah malas dah nak update...just minat mewmbaca je skrg ni...just wannabe silent reader je skrg....so no more comment from me.....lagipun my comment pun bukannya really komen pun kan...hahha

officially dah register as a student....so mightbe notmuch time to blog...ingat nak buat blog baru...about all the notes...mana tau bole jual ke kan...hehe but tak pasti how to do it...nak scan yg tulis by hand or just retype ...emmmmm ingat nak scan nmpk mcm bestje kan....tengok la nanti....tapi klu buat pun maybe just for my reading jela...

lately...suka baca blog korang...especiaLLY yg tulis pjg2 and yg tulis BI...perghhh.
suka tengok blog gambar2 jugak....errr.i mean fotografi....

kibod laptop aku ni byk yg dah terbongkang so malas dah nak repair......sbrg kesalahn bahasa or whatsoever....salahkan kibod....

video selepas kebakaran dipadamkan






KUALA LUMPUR: Sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan berhampiran KL Sentral, Kuala Lumpur terbakar kira-kira pukul 3.50 pagi Rabu, mengakibatkan jalan masuk ke KL Sentral dan Jalan Brickfield ditutup kepada lalu lintas.

Kebakaran bermula di tingkat atas bangunan berkenaan dan asap kebakaran boleh dilihat dalam jarak beberapa kilometer

Penolong Pengarah Bahagian Bomba Jabatan Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada 3.53 pagi mengenai kebakaran tersebut dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

"Api bermula di tingkat ke-30 daripada bangunan 33 tingkat yang dijangka siap penghujung tahun ini.

"Kami mendapati sistem pencegah kebakaran yang dipasang gagal berfungsi," katanya.

Kira-kira 10 jentera bomba dan 72 anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran itu.

Polis turut memantau keadaan di tempat kejadian bagi memastikan lalu lintas menuju ke KL Sentral dan Jalan Brickfield terkawal.

Selepas kebakaran berjaya dipadamkan, hanya Jalan Tun Sambanthan ditutup untuk lalu lintas.

Sumber dari polis memberitahu, laluan tersebut akan ditutup sehingga tengah hari ini.

Terdahulu, satu Twitter mengenai kebakaran sebuah bangunan dalam pembinaan berhampiran KL Sentral diterima.

"Bangunan baru dekat KL Sentral sedang terbakar," tweet Adam Tuan Mukriz @ATM2U.

"Saya boleh melihat sebuah bangunan sedang terbakar di KL Sentral dari luar rumah," kata tweet dari Jonathan Mah @jonmah.

Sunday, January 15, 2012

poyo la ko

Testing poyo...

Saturday, January 14, 2012

Chong Wei mara ke final kalahkan Chen Long

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei tundukkan pemain China, Chen Long 21-18,17-21, 21-13 pada separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil sebentar tadi.

Chong Wei akan bertemu pemain Jepun, Kenichi Tago pada final, esok.

Friday, January 13, 2012

hari ke 24 :katakan taknak

wow..sampai jgk hari ke 24 ni...ekeke cabarannya,,,,er...takdelemencabarsgt.....butang space dah rosak...kene korek...malamtadi.....terus takdemoodnaktulis lagi.....marissa pulak punya kije...mmg budak2suka cungkil2 eh keybod....korang camana?

Video hm:Rumah Wardina dipecah masuk



facebook wardina
untuk tau cerita sebenar

Wardina: Thank you Allah

Ini dari facebook Wardina...syukur beliau dan family selamat.,.

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Thursday, January 12, 2012

pesanan untuk wanita



dengar lah...

Piala Carling: Liverpool vs Man City


foto Getty Images

Keputusannya Liverpool menang 1-o jaringan Steven Gerrard

ENGLAND: Gol sepakan penalti Steven Gerrard memberi kelebihan kepada Liverpool dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala Carling ke atas Manchester City.

Liverpool yang pernah memenangi trofi berkenaan sebanyak tujuh kali, mencerahkan peluang mereka untuk memenangi trofi pertama mereka dalam tempoh enam tahun, kini menjadi pilihan untuk ke perlawanan akhir kerana dijadualkan bertemu Crystal Palace atau Cardiff selepas ini.

Video youtube Obama Nyanyi lagu Lady Gaga Born This way

Takde apa2 nak update layan lagu ni....perghhh...

Wednesday, January 11, 2012

bekerja sambil belajar atau belajar sambil bekerja?

Aku ni bekerja...kemudian aku pun pelajar jugak...maknanya aku ni bekerja sambil belajar la kan....contoh je ni...belum lagi...hikhik sebab byk yg kena fikir sebelum buat mende ni....tapi ada cakap...klu asik nak fikir je bilanye nak bertindak...so...bertindak dulu kemudian adjust le kat mana2 yang patut...take the celen pes...ok aku terima dan rasanya mende ni mukan sesuatu yg pelik...ramai yang buat... tapi

Anak anak Dato Seri Anwar Ibrahim....



uikkkk....anak anak DSAI, mmg best klu ada anak2 yang ramai ek....

Tuesday, January 10, 2012

Beli secara online?

Aku tak pernah beli secara online ni....bayar bil secara online pun baru bulan lepas aku try....mmg senang dan memudahkan...tak perlu beratur lagi kat pejabat pos atau bank untuk bayar bil..... so aku rasa nak test le sekali beli barang secara online pulak....tapi bila aku baca citer ni terus tak jadi nak buat...beli kat kedai lagi senang kot......korang macamana?pernah beli ke secara on9.....

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Friday, January 6, 2012

Renungan: Tanda Hati Sudah Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil

Pengajaran daripadanya:

Wednesday, January 4, 2012

yang tak best hari pertama persekolahan.....

jalan jammed....tensionnya aku......kat tempat aku ni.... sepangjang jalan nak g kije kan...ada bape sekolah aku kena tempoh.....jap aku kira.....1....2.....3.....4......5...6....

6 sekolah.....tension tak?sejak cuti sekolah hari tu...pegi keje lambat sikit pun masih sempat......dah bukak sekolah ni, kena le aku keluar awal ckit....

kat depan sekolah kenalah bawak slow2....tak bole laju2...kan

kadang2 tengok mak bapak bawak anak naik motor tak pakai helmet...kadang2 naik sampai 3 4 orang rasa simpati jugak..tapi nak buat camana, kan..

oklah.....takde apa nak citer.tulis pendek2 sudah....patutnya arini tepek gambau je....

Tuesday, January 3, 2012

tips berhenti merokok




lain orang lain caranya...aku takde tips dan tak berani nak bagi tips sebab aku pun baru 14 hari katakan taknak.....sebelum berhenti hari tu aku ada jugak baca2 tips untuk berhenti ni tapi bila dah 14 hari ni...aku rasa byk tips yang diberi tu tak bole pakai sangat...nanti kalau aku dah berjaya lepasi angka 30 hari.insyaAllah aku komen satu2 tapi tak bole le ckp lebih2 sebab baru 30 hari...ada orang dah 3 tahun pun bole start balik.....tapi sampai hari keberapa baru bole cakap ek.....cakap yang kita dah katakan taknak?atleast bila tulis cenggini.....peringatan untuk diri sendiri jugak kan....

tip 1

kalau tulis dah hari keberapa ni rasa mcm semangat bertambah...sayang jekan klu nak pecahkan....

ps:klu aku dah takcakap pasal mende ni...makna rekod dah pecah....ekeke harap2 tak la eh...aja2 fighting!!!

RENUNGAN: Khusyuk dalam Solat

foward dr email....untuk peringatan aku...

IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya. Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap.

Video youtube Ceramah Ustaz Azhar Idrus feat Zizan



Ceramah Ustaz Azhar Idrus feat Zizan sempena Kempen Anti Zina (Ambang tahun Baru 2012) ni sejam lebih...aku belum dengar tengok abis lagi...saje nak simpan bila free nnt boleh tengok..kalau nak tengok yang ustaz Azhar Idrus main gitar tu bole klik terus tengok kat youtube...lagi satu klu nak dengar clear kena pasang speaker ataupun pakai earphone.. selamat mendengar eh.....best sessi soal jawab Ustaz ni....

Biodata ringkas Ustaz Azhar Idrus

Monday, January 2, 2012

Cbox sebagai alternative kepada shoutmix

kalau tak letak chatbox ni rasa mcm tak best la kan...so sekarang sebagai pengganti shoutmix...aku cuba guna cbox sebagaimana yg dicadangkan oleh wachak....
cbox ni ok jugak cuma dia tak live je....kena refresh sendiri...tu jela... lain2 aku rasa sama je kot....

ps....button r kat keyboard aku ni dah rosak.kena tekan kuat2...adeh... wasim dah korek2 button tu....button titik pun sama...

Video kemalangan kereta treler di Manjong Perak



MANJUNG: Mayat enam remaja belasan tahun bertaburan di sepanjang 30 meter jalan raya apabila kenderaan Honda Stream yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, semua mangsa baru pulang meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan.

Difahamkan ketika kejadian, seramai 10 orang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan sebelum bertembung sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG yang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan.

cuba guna shoutbox untuk ganti shoutmix

nampak macam senang tapi masalahnya tak bole nak control....kalau ada msg yang kita nak delete pun....tak boleh kot....yelah...yang ni tak perlu nak register.... cuma copy paste code html je.... so aku rasa aku just nak test untuk 1 2 hari ni je dulu pastu mungkin aku tukar yang register punya....tapi free...hikhik

Sekarang ni agak busy...terpaksa tukar template lain sebab yang yus buat tu dah siap auto read more...aku tak suka sangat sebab entry aku biasanya pendek2 je so mcm tak adil le nak suruh orang tekan read more tu....sorry ye yus....

okeyla...masa untuk tido.....hahaha eh nak tido apsal gelak pulak...ekek

Sunday, January 1, 2012

hari ke 12 : katakan taknak

masih bertahan lagi...hehe