Our social:

Friday, July 27, 2012

Serik atau syoknya bercinta?

Dua nasib yang berlainan...kalau direstui mcm perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun) ok la jugak ek...ini siap tikam2 oo....mcm tak percaya la kan bila budak2 dah berani main tikam2 camni...bila fikir2 balik... ada kewajaran nya jugak parents syafiq dan yana ni kahwinkan anak2 dorang....dengan zaman sekarang yg macam2, aku rasa ramai parents yang kalau boleh pun nak anak2 dorang cepat2 kahwin..untunglah kalau dapat menantu yang baik2...tu pun nak kena fikir jugak kan...ntahlah... susah nak cakap mende ni... semoga rumahtangga syafiq dan yana akan berkekalan hingga ke akhir hayat



Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – “Saya serik untuk bercinta ketika masih bersekolah dan ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran.”

Pengakuan tersebut diluahkan oleh Syafina Erina Azni, 15, yang cedera parah selepas ditikam sebanyak tiga kali oleh bekas kekasihnya yang juga merupakan rakan sekolahnya dalam kejadian di Flat 213 Sentul Utama, Taman Datuk Senu di sini pada 20 Julai lalu.

Menurut pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul itu, kejadian itu hampir meragut nyawanya.

Katanya, sebelum kejadian itu, dia pernah dipukul sebanyak tiga kali oleh suspek.

Mengimbau semula kejadian pada pukul 4 petang itu, Syafina Erina memberitahu, bekas teman lelaki seusianya itu seorang yang panas baran dan cemburu buta hinggakan dia langsung tidak dibenarkan bercakap dengan mana-mana lelaki.

3 comments :

  1. tak semua begitu. ada yang bercinta dari kecil dan kekal hingga tua.

    ReplyDelete
  2. banyak buruknya dari baik,,
    tapi kita nak juga,,
    salah sorang dia saya lah :P

    ReplyDelete

komeng