Our social:

Wednesday, May 9, 2012

Pinggan mangkuk Bone China, kanta ICL haram

Ini bukan untuk traffic...ini untuk simpanan aku...


PUTRAJAYA 7 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan pinggan mangkuk atau perhiasan daripada tulang babi atau Bone China adalah haram.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, biarpun tulang tersebut sudah bertukar rupa selepas diproses hingga menjadi abu ia masih dikategorikan sebagai najis berat.

Katanya, ia berdasarkan hukum syarak yang mengharamkan apa jua peralatan diperbuat daripada babi.

"Pada umumnya muzakarah berpandangan peralatan pinggan mangkuk yang dibuat daripada tulang babi walaupun sudah dihancurkan tidak dibenarkan.

"Pihak kami dimaklumkan sebanyak tujuh juta babi disembelih untuk tujuan ini. Biarpun sudah menjadi debu dan dibentuk seperti cawan hukumnya masih haram pada syarak," katanya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-99 di sini, semalam.

Beliau berkata, pihak muzakarah membenarkan sekiranya peralatan diperbuat daripada tulang haiwan yang halal dan disembelih mengikut hukum syarak.

"Jika tulang itu daripada haiwan halal contohnya lembu, maka ia dibenarkan dan tiada masalah dengan syarat ia disembelih mengikut syarak terlebih dahulu.

"Bagaimanapun, jika haiwan itu boleh dimakan dalam Islam tetapi tidak disembelih hukumnya haram. Perkara-perkara subahat kita patut elakkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, pihak muzakarah turut mengharamkan penggunaan kanta Implantable Collamer Lens (ICL) untuk bidang perubatan mata kerana mengandungi 0.3 peratus kolagen babi.

Katanya, melalui pengharaman ini keharusan menggunakan kanta tersebut sebelum ini terbatal.

"Muzakarah mendapati segi keperluan ia tidak sampai ke tahap mendesak seperti ubat jantung di mana mengikut sains jika tidak pakai membawa mudarat.

"Tetapi yang ini, kalau tak pakai, tak ada apa-apa dan pada masa sama, pesakit masih ada pilihan menggunakan cermin mata, kanta dan lain-lain," katanya.

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng