Our social:

Monday, May 21, 2012

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia Tawar 10 Peratus Markah Penilaian Kokurikulum

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Peserta pertandingan menulis surat 1Malaysia anjuran Pos Malaysia akan menerima 10 peratus daripada markah penilaian kokurikulum sekolah, kata Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Cik Siti Khadijah Mion.

Bercakap pada sidang akhbar Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia di sini Isnin, beliau berkata jawatankuasa pertandingan telah bersetuju dengan peratusan markah itu bagi menghargai penyertaan pelajar sekolah dalam program itu.

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia terbuka kepada semua pelajar di seluruh negara berusia 9 hingga 17 tahun bermula 1 April hingga 2012. Hadiah keseluruhan bernilai RM30,000 menanti pemenang dalam bentuk Sijil Simpanan Premium.

Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan itu menerusi laman web www.pos.com.my dan www.facebook.com/surat1malaysia atau di talian 03-2267 2206.

Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Pos Malaysia Datuk Rohaiza Hashim yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata pertandingan yang dimulakan pada tahun 2010 hingga 2014 itu merupakan sebahagian strategi Pos Malaysia memartabatkan penulisan surat dalam bahasa Melayu.



-- BERNAMA

AKU TAK AMENDE NI TAPI KLU IA BOLEH BUAT TAMBAH MARKAH...KENA LA AMIK KESEMPATAN...

2 comments :

  1. aiseh... tak sekolah lagi so tak dpt la nk join. hahaha...

    ReplyDelete
  2. bagus jugak tuk pelajar.. :)..

    pglm dpt, duit dpt (andai menang) dan markah pun dpt..

    ReplyDelete

komeng