Our social:

Friday, May 4, 2012

Gambar dan spesifikasi Samsung Galaxy S3





untuk gambar dan spec sila ke sini

tengok mmg mantap...tapi kalau s2 pun aku hanya mampu tengok , yang s3 ni apatah lagi...hehe sebenarnya bukan tak mampu beli cuma takde sebab yg munasabah untuk aku beli...tapi kawan aku kata... kalau tak mampu tu mengaku jela... haha ok la...aku mengaku...kah3

LONDON: Samsung Electronics hari ini mengumumkan telefon pintar terbaru pada majlis pelancarannya di London bagi mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai pengeluar telefon mudah alih terlaris di dunia.

Galaxy S3 menawarkan skrin bersaiz 4.8 inci (12.2 sentimeter) iaitu 22 peratus lebih besar daripada telefon pintar paling popular sebelum ini, Galaxy S2 yang membantu syarikat berkenaan memintas Nokia sebagai peneraju dunia.
Menurut Samsung, walaupun mempunyai skrin lebih besar namun saiznya tidak terlalu besar berbanding model sebelumnya kerana rangkanya lebih kecil.
Ciri baru lain yang diketengahkan adalah kamera pintar yang menggunakan teknologi pengecaman muka dan kawalan pengaktifan suara yang dipertingkatkan

Model baru itu juga menggunakan sistem operasi Android dan prestasinya dalam pasaran dilihat sebagai pendorong kepada kejayaan sistem berasaskan Linux itu. - AFP

4 comments :

  1. ok..aku berminat..
    katne ade yg free?
    hehehe...

    liverpool2... ermmm...

    ReplyDelete
  2. best jugak kalau dapt ni. entah bila la blh dpt satu. huhuhu...

    ReplyDelete
  3. sony ku masih berbakti wpun xda kamera pintar...hehe tengok je...la

    ReplyDelete
  4. keluar la samsung s18 pun, aku tetap dengan htc. =)

    htc lagi cool. serius.. =D

    ReplyDelete

komeng