Our social:

Friday, May 25, 2012

doa2 semasa berwuduk

Ketika Ambil Wuduk doakanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berdoalah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berdoalah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berdoalah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berdoalah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berdoalah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berdoaah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berdoalah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berdoalah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

jum kongsi2...

4 comments :

  1. terima kasih kongsi info ni.. sangat berguna..dan moga kita semua dapat manfaat bersama, insya Allah..

    ReplyDelete
  2. nenek yang sudah tua =)June 2, 2012 at 12:41 AM

    bagusssssnya kau share! aku ingat nak print la... hafal.. :)

    ReplyDelete

komeng