Our social:

Friday, April 20, 2012

Semak Keputusan Kemasukan Program Matrikulasi 25 April

Tahniah la kepada adik2 yang berjaya, dulu2 orang kata matrikulasi ni kalau masuk rugi, aku rasa tak jugak, rugi kalau gagal, kalau berjaya, memang untung, kalau gagal ni... kat mana mana pun rugi. kalau berjaya lulus, boleh buat degree terus, especially yg buat matrikulasi setahun tu. So, aku harap adik2 akan belajar sampai berjaya ye..

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya untuk mengikuti program matrikulasi bagi sesi 2011/2012 pada 25 April.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, kementerian itu berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup 10 Okt, 2011 boleh menyemak keputusan mereka di laman web KPM di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Pendaftaran pelajar untuk program matrikulasi akan diadakan pada 28 Mei ini dan pelajar yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di laman web KPM yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei.

-- BERNAMA

soalan2 lazim semak disini http://www.moe.gov.my/bmkpm/index.php/section-blog/96-pengambilan-pelajar

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :

Taipkan MOEMATNO. KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAT 920605051542

10 comments :

  1. pada yang dapat tu belajar la elok2 ye

    ReplyDelete
  2. teringat zaman lepas habis spm. dok tertunggu la dapat masuk ipt mana. hehehe...

    ReplyDelete
  3. huhu, bestnya kalau dapat sambung belajar..:)

    ReplyDelete
  4. Matriks kalu kena struggle la..
    Kalau main2 mmg bungkus la jwbnya..
    Rugi masa,duit n tenaga...

    ReplyDelete
  5. Senangnya zaman sekarang.. zaman dulu kena tunggu surat ler baru boleh tahu..

    ReplyDelete
  6. camne nk download surat tawaran dan surat perjanjian...boleh x kasik link...x tau cmne nk buat

    ReplyDelete
  7. camne nk download surat tawaran dan surat perjanjian...boleh x kasik link...x tau cmne nk buat

    ReplyDelete
  8. camne nk download surat tawaran dan surat perjanjian...boleh x kasik link...x tau cmne nk buat

    ReplyDelete
  9. @Anonymous

    semak kat sini

    http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

    ReplyDelete

komeng