Our social:

Wednesday, April 25, 2012

jum mohon Anugerah Merdeka

err...tapi ini untuk anak2 muda yang hebat..yang rasa diri dia hebat...dan yang boleh meyakinkan bukan kawan2 dia,,,,bukan keluarga dia...tapi jawatankuasa pemilihan...untuk meraih anugerah ini... untuk tahu lbh lanjut, sila baca ini. Yang best tu, nanti dia kena kongsi pengalaman dia kat blog dia sendiri ,,,maknanya dia kena jadi blogger... perghhh

KUALA LUMPUR: Golongan muda yang berpendapat mereka memiliki kaliber luar biasa dipelawa memohon 'Geran Anugerah Merdeka', yang diwujudkan untuk mengenal pasti dan mengiktiraf anak muda Malaysia yang menghayati semangat Merdeka dan mereka yang mempamerkan komitmen cemerlang serta memberi sumbangan penting kepada masyarakat.

Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata geran itu terbuka kepada rakyat Malaysia berumur antara 22 dan 35 tahun yang terlibat dalam disiplin pendidikan dan kemasyarakatan terpilih, alam sekitar serta kesihatan, sains dan teknologi.

Katanya maklumat terperinci tentang anugerah itu dan borang permohonan secara dalam talian boleh didapati melalui www.merdekaaward.my. Tarikh tutup permohonan ialah 30 Jun.

Mohammad Medan berkata proses pemilihan bagi penerima geran itu adalah ketat dan pemohon perlu melalui tiga proses pemilihan.


"Pertama, mereka perlu bersemuka dengan Sekretariat Anugerah Merdeka dan kemudian ditemuduga oleh tiga pengasasnya iaitu Petronas, Shell dan ExxonMobil sebelum membentangkan cadangan mereka di hadapan Pemegang Amanah Lembaga Anugerah Merdeka.


"Penerima geran ini akan mewakili Malaysia di luar negara dan kami mahu penerimanya merupakan seseorang yang memiliki kaliber luar biasa.

"Penerimanya juga akan terlibat dengan projek kerjasama jangka pendek (sehingga tiga bulan) di institusi antarabangsa yang diiktiraf," katanya kepada pemberita di sini.

Mohammad Medan berkata penerima geran itu perlu menyempurnakan penempatannya selama setahun iaitu tempoh geran itu diberi kepadanya.

"Dalam tempoh ini, dia perlu berkongsi pengalaman yang dilaluinya semasa tempoh penempatan itu dengan mengendalikan blog sendiri," katanya.

Program ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian Anugerah Merdeka Oktober tahun lepas dan bertujuan membentuk pemimpin muda Malaysia. - BERNAMA

3 comments :

  1. Nah..ini peluang tunjuk kehebatan..

    ReplyDelete
  2. Haaa betul jata Dinar di atas... jangan bercakap pandai di belakang sahaja... buktikan kejaguhanmu di gelanggang.

    ReplyDelete
  3. uhhhh...nak merdekakan diri dari rasa malas ni pun tak lulus2...geraf asyik ja naik turun...

    ReplyDelete

komeng