Our social:

Thursday, April 19, 2012

jangan ambil padang kami astro ria

untuk download, cari kat jiwang. Kat youtube tak jumpa pulak.... tak kisahlah tu.. aku bukannya nak bagi link untuk download ke hape....aku cuma nak cakap, cerita ni best.. bagi aku la...aku jarang tengok cerita melayu...bukan sebab apa...sebab sebenarnya aku jarang tengok tv..hehe aku tengok bola ngan wrestling je kadang2... sebab apa aku kata best? sebabnya adalah... aku sendiri membesar di flat...so aku nampak realiti cerita ni...aku tau apa perasaan bila padang diambil... sama sebijik mcm aku dulu... dari rumput...kami main bola atas tanah merah...dari tanah merah main kat parking keta... main kat court volleyball... semua pun aku dah rasa....

bukan tu je, realitinya budak2 tu mcm sama dgn aku ngan kawan2 dulu... ngan dak2 pompuan nyer tu... perghh...nostalgia betul le... skrg aku dah duk kampung so...bila tengok cerita tu... teringat kat kawan2 lama aku...kat manalah agaknya dorang sekarg eh...aku cuba carik jugak kat fb, tapi takde... yelah...tak semua orang aktif fb ni... ye dak... aku pun bukannya aktif sangat pun...dah tua...malas nak aktif mektif..haha

untuk baca sinopsis, sila klik baca lagi


Sinopsis: Drama Jangan Ambil Padang Kami mengisahkan Pada suatu pagi, Nik, 15, seorang budak lelaki sedang bersiap untuk bermain bola di padang. Dengan berpakaian lengkap persis seorang pemain bola sepak professional walaupun nampak seperti memakai baju pinjam – gelebeh dengan baju yang besar – tetapi mempunyai hati seorang bintang bola sepak terkenal.

Sedang dia melangkah dengan bola di tangan, tiba-tiba beliau dikejutkan dengan bunyi bising beberapa pekerja yang mahu memasang papan tanda besar yang mengatakan bahawa kawasan padang itu akan didirikan dengan sebuah rumah kedai empat tingkat yang mempunyai lebih dari satu blok. Beberapa lelaki yang lengkap dengan baju kontraktor, menghalaunya keluar dari padang itu. Nik yang memang sedikit lembab, tidak mahu berganjak dari padang itu. Dia menangis – salah seorang lelaki pekerja di situ, telah hilang sabar dan terus mengherdik Nik. Nik terus melarikan diri dan bertemu abangnya, Zain, 18.

Zain pergi ke padang itu dan baru dapat tahu yang satu-satunya padang bola-sepak di kawasan condo/apartment/flat kediaman mereka itu bakal didirikan dengan bangunan rumah kedai. Zain bukan sahaja marah akan hal adiknya yang diherdik, malah, sekarang ini perkara berkenaan menjadi lebih peribadi disebabkan padang itu. Zain dan Nik mula mengumpulkan rakan-rakannya – Labu, Murat, Juju, Maizatul dan Akmar untuk mula menyiasat. Mereka tujuh sahabat mula naik turun pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetahui apa yang sebenarnya dirancangkan untuk padang berkenaan. Seboleh mungkin mereka bernekad untuk mengetahui siapa yang berkuasa terhadap Tanah berkenaan.

Ini akan jadi satu pengembaraan di kalangan tujuh sahabat ini untuk “menyelamatkan” padang mereka. Sama ada mereka berjaya atau tidak bukan jadi materinya, tetapi yang penting ialah perjuangan dan pendirian.

4 comments :

  1. rase macam nak tgk jg cerite ni.sebab kt astro diorg promo gile2, iklan mcm cool je.

    ReplyDelete
  2. @Paragass

    citer ni mmg cool... cerita tentang 'kita'tentang org2 kebanyakan ..bukan apasal dunia korporat yg byk pembohong... serius...org korporat byk pembohong...tak caya?cuba campor dgn dorang...

    ReplyDelete
  3. singgah n follow sini

    afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. mcm best je....nnti nak tgk la...

    ReplyDelete

komeng