Our social:

Thursday, April 19, 2012

Dilarang guna nama samaran diinternet

Apa pendapat korang? Abislah nama aku...tak bole ke aku nak guna nama Mario ensem lagi...adoi...

Dewan Rakyat Lulus Dua Rang Undang-Undang

KUALA LUMPUR: Dua Rang Undang-Undang iaitu Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 diluluskan oleh persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.



Rang Undang-undang itu, termasuk pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang telah diluluskan semalam, adalah bagi melengkapi Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang turut diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 berkata penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak untuk melakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka. baca lagi disini

6 comments :

  1. kite bukan nk wt jenayah...so xpe la kot..hehe :)

    ReplyDelete
  2. susah la camni, kalau jenis name tu da popular dalam internet.. contoh mr mars.. nama betul en marsel..haha kan da lawak

    ReplyDelete
  3. alamak..bukannya buat jenayah...er, habis kena guna nama betul ke sekarang? hehehe

    ReplyDelete
  4. em.........
    kalau guna nama kat hujung dari asal nama kitapun tak leh ke...atau ambik nama tengah,,,,,
    tak pe kot.....

    ReplyDelete

komeng