Our social:

Friday, March 23, 2012

Pertandingan BIG FLIGHT anjuran MAS

ok... ini ada peluang baik untuk para pembuat video pendek...yang rajin dan kreatif dan yang sering mendakwa paling unik... MAS sedang menganjurkan pertandingan BIG FLIGHT. Buat video pendek pastu hantar sebelum 22 April 2012. Butiran lanjut sila tengok video tentang competition ni , kalau tak faham jugak... sila terus ke sini Kalau lah aku ni pandai buat video, memang aku masuk...manalah tau...ada rezeki nak ke LOndon naik airbus... perghhhh...



Berita tentang pertandingan big flight ni keluar kat Bernama.




Mas Lancar Pertandingan Big Flight

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Malaysia Airlines Jumaat melancarkan pertandingan "Big Flight" pada rangkaian jenama rasmi YouTubenya yang akan menyaksikan para pemenang diraikan dalam penerbangan pesawat A380 syarikat penerbangan itu.

Dalam satu kenyataan Jumaat, MAS berkata mereka yang berminat menyertai pertandingan itu perlu mengemukakan video pendek menjelang 22 April, sambil menyatakan sebab mereka unik dan boleh dipertimbangkan terbang di dalam pesawat A380 Malaysia Airlines.

Para peserta mestilah rakyat Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas dan mempunyai pasport yang sah.

Sebanyak 20 video yang disenarai pendek akan dipilih berdasarkan kreativiti, keaslian dan keseluruhan.

Video yang disenarai pendek kemudiannya akan dimuat naik ke dalam YouTube bagi diundi oleh orang ramai dan lapan yang terbaik akan memenangi tiket penerbangan itu.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Promosinya, Al-Ishsal Ishak berkata pertandingan itu adalah sebahagian daripada kempen "A380 Kebanggaan Negara" syarikat penerbangan itu yang dilancarkan awal bulan ini.

Butiran pertandingan dan video yang dikemukakan boleh didapati di http://www.youtube.com/MalaysiaAirlines.

Malaysia Airlines dijangka menerima pesawat pertama daripada enam pesawat A380 pada pertengahan Jun tahun ini.

Pesawat itu akan mempunyai 494 tempat duduk di dalam tiga kelas yang terdiri daripada lapan Kelas Pertama, 66 Kelas Perniagaan dan 420 Kelas Ekonomi.

Pesawat A380 itu akan terbang pada laluan Kuala Lumpur-London mulai Julai.



-- BERNAMA

p/s: test tulis entry promote barang...ekeke maklumlah nak jadi peserta projek 100 bloggers tu... nama aku macam berjaya je , tengok kat senarai tu dah ada tapi takde terima apa2 kol atau email dari broframe pun...aku anggap aku berjaya la ek...hikhik

6 comments :

  1. IM baru teringat nak belajar buat klip video...

    ReplyDelete
  2. Alamak.. ambo tak reti nak buat video... ambil gambar reti ler sikit2..heheh

    ReplyDelete
  3. @Berd

    berd!!!mana ko ilang???

    ReplyDelete
  4. @Nida

    drgambar2 bt video pun lawa gak...

    ReplyDelete

komeng