Our social:

Friday, March 16, 2012

Amah dapat gaji minimum?

Tak tau nak update apa..aku update ni jela....kalau dah gaji camtu untuk satu kije je... aku rasa baik dak2 kita je keje....hantar budak/baby g rumah pengasuh pun baru 250-300 sebulan..apa ke jadah nak tanggung lagi maid bayar sampai 7oo? mcm tak logik pulak benda ni...ini pendapat aku la weh...camana dgn pendapat korang?

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 15 Mac - Amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.



Ini bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka.

Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah .

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

2 comments :

komeng