Our social:

Thursday, February 9, 2012

video pekerja KFC tumbuk pelanggan

wow!hebat...sapa yang salah?pelanggan yg tak sabar yang salah atau pekerja KFC yang tak sabar sampai nak tumbuk orang? yang aku tau, orang yang tak sabar memang rugi...hehe tapi ada jugak orang yang tak sabar.,,,,untung...itu kita cerita lain kali...walaupun kat komen2 youtube tu nampak mcm dah jadi rasis...tp hakikatnya org yg ada kat situ yg tau citer sebenar...apa2pun... aku rasa tak sepatutnya ada tumbuk2 ni sebab once ko dah touch orang means ko dah salah...

salah satu komen yg ada kat situ

pls don't racist issue!!! i'm malayu, I was there that day, that chinese gay didn't say rude word "lanjiao" "cibai" ... dia tak pernah cakap "cibai punya melayu", tolong jangan main isu perkauman, ini adalah isu antara services & customer.


tapi pengomen tu maksudkan guy... bukan gay tu...ekeke apa pun aku agree la dgn komen tu... ini adalah isu service and customer...

pendapatan korang??





KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini.




Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.

Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.

Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam.

Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: “Kalau mau makan, buat sendiri lah.”

Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.

Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu.
-kosmo-

7 comments :

  1. Ni bukan KFC kat tepi i-City Shah Alam tu ke?

    ReplyDelete
  2. customer is not always right. :)

    ReplyDelete
  3. tak kira la salah siapa pun. dah kerja awak kena pandai2 la. bkn tumbuk org. bila dah rakam buruk nama kfc bkn nama dia pun.

    ReplyDelete
  4. sy sorang muallaf jd pd pandangan sy, dua2 pihak pn salah. x perlulah kita nk cover org tu juz sbbkan dia tu bangsa kita sndiri. kalo kita sanggup ketepikan identiti bangsa dan menilai dgn adil, inshaAllah tuhan akan bersama dgn kita.

    ReplyDelete
  5. sy sorang muallaf cina jd pd pandangan sy dua2 pihak pn salah. tak perlulah kita nk cover org tu juz sbbkan dia tu bangsa kita sndiri. sape2 yg sanggup ketepikan identiti bangsa dan menilai sesuatu perkara dgn adil inshaAllah tuhan akan bersama dgn kita.

    ReplyDelete

komeng