Our social:

Thursday, February 9, 2012

NGO wargakilang

dapat email dari kawan aku tadi...baca...rasa macam terharu sangat dengan geng NGO wargakilang ni... terus aku cari blog dia... korang bacalah sendiri... agak2 kalau ada sapa2 yang nak membantu...


Cara Memberi Sumbangan


Ada pembaca yang bertanya bagaimana caranya nak memberi sumbangan dalam aktiviti jln-jln masuk kampung kami ini. Sayugia dimaklumkan bahawa kami tidak menerima sebarang sumbangan dalam bentuk kewangan.

Modus operandi kami ialah sesiapa yg berminat nak buat kerja amal ini, dipersilakan ikut serta, bawa barang2 sumbangan masing-masing, bawa anak isteri sekali, sila tunggu kat mana-mana lokasi tempat berkumpul yang dinyatakan.

Di sini juga saya ingin jelaskan bahawa tujuan saya menulis kisah-kisah perjalanan kami ini, selain drpd ingin berkongsi cerita sebagai iktibar dan pengajaran buat semua; antara sebab utamanya ialah kami ingin mewujudkan kesedaran dan awareness di kalangan pembaca sekelian tentang wujudnya masyarakat dan insan marhain yang terpinggir seperti itu, dengan harapan mereka yang membaca siri-siri tulisan saya ini akan dapat melakukan perkara yang serupa di tempat mereka.

Sekian, sama-samalah kita membuat kerja amal utk agama, masyarakat dan negara.

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kpd org-org fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yg kamu lakukan" [Al-Baqarah ayat 271]

Mohd Monier Bin Mat Din,

moniermatdin@yahoo.com
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa/i Malaysia,
University of the Pacific, Stockton. California.
USA.

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng