Our social:

Thursday, February 2, 2012

Jemputan ke Klinik Sihat Labur

Orang2 Melaka yang ada kelapangan bolehlah join program ni...tarikh dia 3 - 6 Februari 2012 (10 pagi - 10malam)kalau nak tau pasal saham yg halal...pelaburan scam boleh datang dan tanya sendiri...kalau berminat bole tekan baca lagi, aku tolong war2kan aje...



Pihak DagangHalal adalah penganjur bersama karnival Kempen 1 Malaysia 1 Halal Melaka.



Berikut adalah butir karnival tersebut:



Lokasi : Ruang Letak Kereta Open University Malaysia

(Bersebelahan Majlis Agama Islam Melaka)



Tarikh : 3 - 6 Februari 2012 (10 pagi - 10malam)



Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan berunsur ilmiah, sesuai untuk pelajar IPTA dan IPTS.

Oleh itu, pihak kami ingin menjemput pelajar OUM untuk menghadiri ‘Klinik Sihat Labur’ yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.



‘Klinik Sihat Labur’ akan memberi pelbagai pendedahan kepada pelajar antaranya:

· Islamic Capital Market

· Produk pelaburan terkini yang mengikut syariah Islam

· Kes-kes penipuan di dalam pelaburan (scam)

· dan banyak lagi..



Terdapat 2 slot Klinik di mana setiap slot akan dilakukan selama 45 minit sahaja termasuk sesi soal jawab.

Tidak lupa juga, pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menyediakan cenderahati bagi peserta yang hadir.



Untuk makluman, dianggarkan 70,000 pengunjung akan hadir bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul serta perarakan Peringkat Negeri Melaka di sekitar Kempen 1 Malaysia 1 Halal kami. Turut menyertai kami adalah Mamee, Yakult, CCM, Babas,DiGi, Kosmo! dan banyak lagi. Perasmian akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri, Pengarah JAKIM, MAIM dan TYT Melaka.





Sekian, terima kasih.



Ahmad Bukhari Abu Bakar| DagangAsia Net Sdn Bhd (800536-A) | Sales & Marketing Assistant Manager

0 pompang pompang :

Post a Comment

komeng