Our social:

Wednesday, February 29, 2012

Cerita sebenar bayi dibedung

Update: apa pun...yng menjadi mangsa adalah baby2 tu....camana dia amik pengasuh? nak tau jugak...kenapa bekas pekerja dia buat camtu?apa pun alasan bekas pekerja dia...memang tak boleh dimaafkan...marah kat majikan , budak2 pulak jadi mangsa...

Johor Bahru: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.


Gambar: KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya. -hm

untuk video sila kesini

4 comments :

  1. tak boleh tgk video tu lm2. kesian kt bby2 tu. tp btl jgk. siapa yg blh rakam melainkan org2 dia org jgk.

    ReplyDelete
  2. hmm takyah jaga anak orang la kalau macam tu..ish~ kesian baby tak berslaah tu

    ReplyDelete
  3. rindu komen blog kau ni..hahahhaa.

    ehh kes ni....apedaaa..baby tu xsalah pon..xpsal je.aku ni yg jd babystitter ni,..klau tetibe nak marah..cepat2 lari cari punch beg ke hape ke...pecahkan pnggan ke..huheee...xyah la buat anak org cmtu..nt anak kita xtaw la pulak nasebnya camne.

    ReplyDelete
  4. sok sok dia orang pon akan ada anak gak. sendiri mau ingat.

    ReplyDelete

komeng