Our social:

Wednesday, February 15, 2012

AirAsia lancar jualan besar-besaran

Wah...tepanjat aku tengok Kosmo online...ada jualan murah...cepat2 tempah sekrg weh...pegi tak pegi belakang kira...yg penting rebut dulu tiket murah... aku nak pergi KK je pun...hehe tapi rasa mcm berminat dgn Australia ngan Korea tu tapi faham2 jela... takut last minit tak jadi dah rugi pulak... klu yg puluh2 ringgit tu ok la kot kalau tak jadi... ke camana?

untuk peringatan....

kawan aku try dari pukul 0000hrs sampai 0200hrs haramjadah tak dapat2...agaknya ramai yang tau so dorang cuba buking sampai lebam jari jemari....tak taula berapa org yg berjaya buking ek...tp kebanyakan yg murah2 tu weekdays...so korang kalau merancang nak booking kena tengok weekdays yer...kalau weekend mahal sikit...bila dah dapat tarikh baru on9 untuk booking...kang kalau terhegeh2 nak pilih tarikh...baru nak isi... terus dia end session... masa tu rasa nak hempuk2 lappy je...sib baik lappy orang...kalau lappy sendiri takpela kan...hahha lagi satu...kebanyakan yang murah2 tu adalah flight waktu malam...


KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia kini sedang menganjurkan Jualan Besar-Besaran di kesemua laluan AirAsia dan

AirAsia X dengan bayaran tambang keseluruhan sehala serendah RM19.

Promosi itu diadakan dari 15 Februari hingga 19 Februari dan tempoh perjalanan ialah dari 11 September, 2012 hingga 31 Januari, 2013, demikian menurut AirAsia di dalam kenyataan hari ini.

Tambang meliputi kesemua bayaran sehala dari RM19 ke destinasi domestik seperti Alor Setar, Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bahru manakala penerbangan ke destinasi di Sabah dan Sarawak termasuk Kuching, Bintulu, Sibu dan Miri sahaja bernilai RM29 sehala.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan, penumpang juga boleh terbang ke destinasi popular seperti Bali, Phuket, Singapura dan Bandaraya Ho Chi Minh pada harga dari RM49 dan ke tempat lain seperti Hanoi, Da Nang dan Siem Reap dari RM89.

Sebagai tambahan, tambang ke destinasi termasuk Guangzhou, Hong Kong, Macau, Guilin, Shenzhen dan Colombo ditetapkan dari RM139 sehala.

Sementara itu, AirAsia X menawarkan tambang serendah RM169 sehala ke Jepun (Osaka dan Tokyo) dan China (Hangzhou, Tianjin dan Chengdu) dan RM199 sehala ke Seoul, Taipei dan beberapa destinasi di Australia.

Bagi melengkapi tempahan penerbangan, AirAsiaGo akan turut menawarkan pakej hotel dari serendah RM89.

3 comments :

  1. hanya yang cepat dr yg cepat yang dapat

    ReplyDelete
  2. Kami sempat juga mem'booked' ke Medan satu keluarga..hehehe.

    ReplyDelete

komeng