Our social:

Tuesday, January 10, 2012

Beli secara online?

Aku tak pernah beli secara online ni....bayar bil secara online pun baru bulan lepas aku try....mmg senang dan memudahkan...tak perlu beratur lagi kat pejabat pos atau bank untuk bayar bil..... so aku rasa nak test le sekali beli barang secara online pulak....tapi bila aku baca citer ni terus tak jadi nak buat...beli kat kedai lagi senang kot......korang macamana?pernah beli ke secara on9.....

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.



Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.


“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.

“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.


Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.


Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.

“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.


“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.

Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.


“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).


Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.


“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.


Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.


Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.


“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.


Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.
SH

14 comments :

  1. wa dah lama bayar bil guna on9. x pernah ada masalah. Dulu pernah sekejap niaga dekat ebay. Meniaga atas angin. Supplier dekat cina. Berhenti sebab tak lalu nk bayar sewa tapak ... he33

    ReplyDelete
  2. @wachak

    uikkk chak..kn penah deal dgn supplier cina eh..ajarin gue dong.....

    ReplyDelete
  3. @Ieda AlHabsyi

    tula..sian kat dia ..sampai 3 dia nak beli tuuu

    ReplyDelete
  4. konon baru berangan nanti bila balik Malaysia nak mencuci mata di online shop... takut lak bila dah baca entri ni.

    Apa2pun kita kena siasat betul2 dulu sebelum buat tempahan.

    ReplyDelete
  5. ni kes tak buat siasatan betul2..lain kali kalau benda2 macam tu beli dengan pengedar sah..boleh je nak beli online tapi beli melalui laman web official dia..hish ambik la batu lesung tu buat sambal belacan

    ReplyDelete
  6. nak nama panjang ke nama pendek? :PJanuary 10, 2012 at 2:02 PM

    aku pernah gak beli on9...tapi..idak la ribu2..1ratus saja...erm..sebelum2 ni macam beli baju ke..barang2 aksesori ka...ok saja deal dgn org tu..boleh dipercayai...tapi, ada satu kes ni aku beli pendrive bentuk dslr tau..dua bijik sebab aku tak pernah nampak kat kedai2...so, aku pun beli...masa tu mmg duit dah terdesak..tp bajet nak beli gak buat bg hadiah kat member an..aku pun beli dua...satu aku punya, satu kawan tu..

    lepas tu, bila dah pesan..aku bank-in la duit secepat mungkin...tp...tunggu punya tunggu...dia kata dah post...tp aku tak dpt..aku mnx no parcel..dia bg..tp aku cek kat pos laju punya web, xdak data...aku geram la..tp tak sampai tengking,maki2 org tu...

    then dia kata...dia salah buh poskod...aku pun pelik???.. =.=" dia macam nak kencing aku ja..pastu...aku bg masa g...then dia kata, dah pos utk kali kedua...tp aku pelik..pasaipa tak dapat lagi...pastu dia kata...dia pun xtau kenapa...aku dah hangin la an...tp sabar lagi. aku mnx no parcel, dia kata...dia lupa amek... errrrrggghh! geram tau..

    pastu..dia kata, xpa..dia pos lain..dia kata, nikon tgl 1 ja..padahal aku order nikon 2...kalau dah pos, mesti barang tu dpt kat kita balik an wlpn salah alamat....aku pun pelik ar...aku malas cakap banyak..janji benda ada...canon, nikon pun jadi arr....

    nasib baik sampai...pastu..rasa macam serik gak la nak beli on9 wlpn barang murah je...tp..ada yg betul2 boleh dipercayai.. :)


    HOI..PANJANG GILAAAAAAA!maaf..hee

    ReplyDelete
  7. @Nida

    tula.kn tgk betul2 dulu sapa yg jual....

    ReplyDelete
  8. @nak nama panjang ke nama pendek? :P

    aku amik apa yg ko tulis ni sebagai n3 aku bole tak?hee
    sebab nak balas komen pun panjang jgk ni...

    ReplyDelete
  9. Errkk..memula baca macam lawak la plak kan..tapi lelama macam kesian la plak...@_@'

    ReplyDelete
  10. Kes terpencil tu...
    Perniagaan on9 dah jadi satu bentuk perniagaan yg diiktiraf...Aku pun ade kedai on9 dan selalu membeli barangan secara on9..Bab2 byr bil pun aku dh lama byr secara on9..jimat mase,duit dan tenaga..


    Cer ko kira berapa kali aku taip on9 dlm komen nih? ;p

    ReplyDelete
  11. @Cik SHiNJU

    byk jgk ko tulis on9 tu...ekeke

    aa.aa...kes terpencil tp kn hsti2 jugak...

    ReplyDelete

komeng