Kalau nak tau petua petua atau ubat2 untuk mengurangkan kolesterol... cara cepat atau lambat, ini aku ada kumpul dari satu forum, boleh rujuk sini
Resepi kurangkan kolestrol dari kawan aku berbangsa Cina... juga bermanfaat untuk membersihkan saluran darah... mengelakkan darah tinggi dan stroke... mengurangkan kandungan kolestrol...
Bahan-bahannya
1. 2 genggam cendawan hitam (Mok Yee) dibasuh dan direndam sehingga kembang, kemudian dihiris atau digunting
2. 10 biji kurma merah (red dates) dibasuh
3. 20 biji Kay Chee dibasuh
4. 1 inci halia dihiris
5. Bahan-bahan hendaklah diganti baru setiap hari untuk persediaan yg lain
Cara menyediakannya
1. Renih kesemua bahan-bahan di atas (dengan api kecil) di dalam periuk tanah selama 8 jam dengan 7 mangkuk air. Renih sehingga tinggal 1 mangkuk air sahaja. Sekiranya air berkurangan, sila tambah sedikit.
2. Tapis, ambil airnya dan diminum setiap pagi, 30 minit sebelum bersarapan.
3. Amalkan selama 14 hari
4. Elakkan makanan yg berlemak atau berminyak selama meminumnya, untuk mendapat khasiat yg terbaik.
5. Buatlah 1-2 tahun sekali
Cubalah... kita berusaha, Allah yang menentukan... insya'Allah bermanfaat.
Ada yang paling mudah ialah amalkan makan bawang putih,jadikan ulam ketika makan tengahari dan malam,sekurang2nyer 3 ulas sekali makan.
sebelum tido amalkan juga minum air halia ,rebus sendiri tanpa di tambah dgn gula atau susu.(mulakan dgn Fatihah dan selawat3x.InsyaAllah
Ubat paling baik ialah makan bawang putih. Dalam sehari makan satu labu.(lebih kurang 5 -6 ulas). Mula-mula rasa pedas macam nak termuntah tapi lepas 2 atau 3 kali dah biasa. kemudian tambah dos kepada 2 labu. Minggu ketiga jadikan dos tiga labu sebagai menu harian. Sure kolestrol hilang. Cuma satu je..badan bau busuk. Cara nak hilang bau badan busuk pakai minyak wangi Kijang kasturi. Sure hilang punya. selamat mencuba.
so...kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh ikut forum tu...bagi aku...selain dari makan mende2 tu, senaman pun kene buat jugak...makan kenalah pantang sikit, ye dak...?lupa nak cakap...tak semestinya orang yang kurus tu kolesterol dia rendah... kadang2 lagiii tinggi... aku? aku punya level cam biasa je...tak tinggi...tak rendah...hahha
4 comments
nak minum tu boleh tapi nak istiqomah tu yang payah
wah.. siap ada petua lagi tu. blh cuba kalau rajin. ngeee...
@S..U..D..@..I..S
tula...tp klu ikut budak tu buat sethn sekali je...
@anisalya
hehe...kena buat le klu dah terlebih...tp klu taknak buat yg ni....makan omega dgn garlic pill pun ok jugak kot...