Our social:

Latest Post

Wednesday, December 26, 2012

zikir dalam hati......


daripada duduk berangan fikir yang bukan2...

♥ سُبْحَانَ اللّهِ ♥ و الْحَمْدُللّهِ ♥ وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ♥ وَ اللّهُ اَكْبَرُ ♥ ♥ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ ♥ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ * سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ ♥

♥ سُبْحَانَ اللّهِ ♥ و الْحَمْدُللّهِ ♥ وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ♥ وَ اللّهُ اَكْبَرُ ♥ ♥ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ ♥ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ * سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ ♥

♥ سُبْحَانَ اللّهِ ♥ و الْحَمْدُللّهِ ♥ وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ♥ وَ اللّهُ اَكْبَرُ ♥ ♥ لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ ♥ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ * سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ ♥

Tuesday, December 25, 2012

Buah-buahan sebagai agen kecantikan

teringat nak makan sengkuang,,,cari le ada ke khasiatnya...rupa2nya ada jugak khasiat sengkuang ni...

DENGAN kewujudan banyak produk kecantikan di pasaran, adakala kita terlupa pada amalan dulu kala menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai agen kecantikan.

Selain boleh dimakan, kandu�ngan nutrisi serta vitamin pada buah-buahan segar ini membantu menjadikan kulit lebih sihat, cantik dan berseri. Lebih penting sama ada dijadikan pembersih, penyental atau masker, kandu�ngannya benar-benar bersih tanpa campuran bahan kimia.

Menggunakan cara yang mudah, tanpa mengeluarkan belanja yang banyak sesiapa juga boleh melakukannya. Sama ada buah-buahan ini diletakkan pada wajah begitu saja atau dilenyek dijadikan masker, jika dilakukan secara berkala akan memberikan kesan menakjubkan pada kulit.

Wanita di negara maju pada zaman dulu juga percaya pada penggunaan bahan semula jadi yang boleh mencantikkan kulit. Wanita di Jepun misalnya meng�gunakan bulu daripada burung bulbul untuk membersih kulit. Mereka juga menjadikan bulu burung ini sebagai masker yang dicampur bersama air.

Monday, December 24, 2012

Nasihat Kubur

Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Dipersilakan untuk SHARE. Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua. :)

Friday, December 21, 2012

Kiamat

kongsi dr fb
untuk peringatan diri sendiri

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Thursday, December 20, 2012

setahun tak merokok

arini tahun 2011 aku last hisap rokok...tengahari to be exact...rokok dunhill ada 2 kotak...satu letak belakang tv, satu lagi letak kat luar...kat tingkap...bila2 bosan, boleh hisap rokok....punyala teruk pangai aku kan....dan pasal aku pikir aku dah teruk la tu aku terus stop...tarik brake terus...

dan hari ni 20 12 2012 setahun dah aku tak merokok...ok jek...Alhamdulillah...harap2 aku akan terus benti...

so,,,,sempena setahun benti ni rasa macam nak celebrate pekena sebatang la pulak....kah3

tak arrr...acah jek...

InsyaAllah dalam seminggu dua ni sebelum tahun baru aku akan berpindah ke kampung... harap2 orang kampung akan terima aku seadanya...

Tuesday, December 18, 2012

camana nak buang iklan nuffnang?

camana ek...aku taknak lah buang semua sbb aku suka tgk iklan2 ni cuma skrg ni ada iklan genting tu yg aku cuak tu...camana nak pilih disablekan iklan tu ek? kalau innity bole pilih iklan mana kita nak dgn yg kita taknak tp nuff ni bole pilih tak? sorry...aku tak tau...newbie la katakan...so...sampai iklan genting ni abis...aku buang dulu iklan nuff...

korang camana? takpe ke kita iklankan resort genting tuuuu?

Sunday, December 9, 2012

Pesan roh kepada Manusia

dari facebook ke blog...untuk peringatan diri sendiri

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat
dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Friday, December 7, 2012

buang nuffnangx

ada malware...siut jek...

Thursday, December 6, 2012

Rahsia perempuan yang lelaki perlu tau

aku tak tau le korang tau ke tak mende ni...tapi aku nak tulis jugak le...tau tak kenapa perempuan suka berwindow shopping? korang tau tak apa sebenarnya disebalik org2 perempuan yang berwindow shopping ni..?

kadang2 rasa bengang jugak kan kalau ikut...errr...isteri or gf korang jalan2 cari barang...kadang2 tu rasa mcm pelik mana dorang dapat tenaga lebih untuk jalan2 tu kan...jangan pelik sangat,,,,dorang dah berlatih sejak dari muda lagi... berjalan...bersenam....menengok baju2 dah jadi macam terapi untuk hilangkan stress dorang... ye betul...senaman sambil menghilangkan stress... walaupun secara tak disedari kita yg mengikut ni pulak yg lebih2 stress nya kan... so... kita kena ubah... kita pun kena jalan2 jugak ...kalau tak suka tengok baju...mungkin kita boleh tengok mende2 yang kita suka...contohnya....gadget2 ke...

jgn lg kita duk menunggu dikerusi...bukan saje kita stress malah mungkin mengurangkan lagi stamina kita...jalan sikit rehat...jalan sikt, cari kerusi... jangan ok...mulakan arini...berjalan dan tengok mende2 yg kita suka....tapi amaran eh... jgn tgk 'org' pulak...kah3

kalau ada anak kecil lagi bagus...main kejar2 dgn anak2 ....selain nampak kiut...ehek...ini jugak boleh dijadikan kita alasan nak berjoging dlm shopping mall...

ini adalah sebagai menyokong kempen berjalan kaki 10,000 langkah sehari...amacam?

Wednesday, November 21, 2012

gempar: 3 minggu hilang

takdelah gempau sangat...aku je yg rasa gempak bila 3 mggu tak update blog..kui kui kui sebenarnya minggu ketama tu aku warded 4 hari pastu rehat pastu 4 hr g kl lawat ipar aku pulak sakit pastu balik sibuk nak siapkan assignment... ada 3... satu buat sendiri....satu copy paste kawan punya sebab soalan maths satu lagi mem aku tolong buatkan...so skrg baru boleh on9...

okla...nanti aku citer lg...nak update pasal bantuan ke gaza pulak eh...nnt aku cari maklumat...

Thursday, November 1, 2012

bagaimana jkr menetapkan kadar had laju?


Wednesday, October 31, 2012

bangun tengah malam, apa nak buat?


Tuesday, October 30, 2012

menulis dari hati

dah lama sebenarnya aku tak menulis dari hati,,,,,semenjak desktop aku rosak, pakai netbook ni rasa malas nak menulis...

eh!nak tulis apa ni...kah3

untung jugak sebenarnya bila blog dah takde pembaca...bole update ikut rasa...

alaaa...kalu manu boleh rasa bangga menang lawan 9 pemain,,,,takan aku tak bole tulis cenggini pulak....ada kena mengena la pulak eh...

esaimen tak buat lagi... ada 2 minggu lagi...

ok, lain kali tulis lagi...

Thursday, October 25, 2012

Cara topup celcom prepaid dari broadband modem

taip rec 14 digit no topup
hantar ke 2888


untuk simpanan aku, selalu terrrrlupa
kadang2 nak topup terpaksa guna handphone padahal boleh terus dari modem...
ini adalah untuk pengguna celcom prepaid termasuklah prepaid broadband skmm...

Tuesday, October 23, 2012

kenapa perlu makan duduk?

Kongsi dr email


kenapa tong gas meletop? & bagaimana nak check expiry

untuk simpanan aku


Monday, October 22, 2012

Best Exercises To Lose Belly Fat


MAKKAH in 1953

Saturday, October 20, 2012

aes detector

cuba download kat sini

just standby jek...ekeke ini bukan untuk kita bawak laju...tp korang tau la kan,,,mende ni dia letak bukan setakat kat highway jek,kat jalan kg pun ada....aku rasa yg byk kena saman adalah dijalan yg had laju dia 60 70 km/hr....

Friday, October 19, 2012

maksud sunat Ab'ad dan Sunat Hai'ah

untuk aku...

Sunat ab'ad dan sunat hai'at
Pengertian
· Sunat Ada’ad ialah amalan sunat dalam sunat yang jika ditinggalkan , tertinggal atau tidak dilakukan dikehendaki melakukan sujud sahwi .
· Sunat Hai’at ialah amalan sunat dalam solat yang jika ditinggalkan , tertinggal atau tidak dilakukan tidak dikehendaki melakukan sujud sahwi .

Perkara-Perkara Sunat Ab’ad
a. Membaca doa Qunut ketika solat Subuh
b. Membaca Tahiyyat awal
c. Membaca ( ) pada tahiyyat akhir .

Bacaan ketika sujud sahwi
► ( ) maksudnya : maha suci Allah tidak tidur dan tidak lupa
► Hendaklah dibaca tiga kali .

Perkara-Perkara Sunat Hai’at
a. Mengangkat kedua-kedua tangan ketika Takbiratul ihram
b. Mengangkat kedua-dua tangan ketika hendak rukuk, iktidal dan bangun dari tahiyyat awal
c. Meletakkan tangan kanan atas tangan kiri ketika berdiri membaca Fatihah dan surah
d. Membaca doa iftitah
e. Membaca amin selepas fatihah
f. Membaca ( sebelum membaca Fatihah
g. Membaca surah atau ayat Al Quran selepas membaca Fatihah pada rakaat pertama dan kedua
h. Menyaringkan bacaan Fatihah pada solat Isyak, maghrib dan subuh
i. Membaca Allahuakbar ketika rukuk, sujud dan bangun daripada sujud
j. Membaca ( ) ketika iktidal dan membaca ( ) ketika takbir sesudah rukuk
k. Membaca tasbih tiga kali ketika rukuk
l. Membaca tasbih tiga kali ketika sujud
m. Membaca ( ) ketika duduk antara dua sujud .
n. Duduk iftirash dan duduk tawarruk .

amik kat sini

soalan dr sini

Monday, October 15, 2012

senarai lokasi aes seluruh negeri


ini untuk negeri Melaka...untuk aku simpan dan peringatan untuk diri aku, untuk lain2 negeri boleh rujuk sini

Friday, October 12, 2012

Ustaz Azhar Idrus di Melaka

jum...


19 oktober
8 malam
Masjid Nurul Hidayah
near airport batu berendam


Tuesday, October 9, 2012

senarai syarikat pelaburan yang tidak sah

aku tak taulah...kalau ini bermaksud haram ,,, yang pasti kalau nak tau pasal mende2 camni bole tanya ustaz Zaharuddin.....


aku no komen sebab tak masuk mana2 diantara 77 syarikat ni....yang masuk tu,,,selidik dulu eh...aku bukan apa...kesian kalau2 korang kena tipu,....

Sunday, October 7, 2012

instrumental doaku Hadad Alwi

OST masihkah ada ramadan...lagu ni kot yang ramai cari masa citer ni kuar kat tv... rupanya ini lagu instrumental doaku Hadad Alwi. Lama betul nak cari lagu ni kan...

Friday, September 28, 2012

nippon paint blobby caravan


apakah nippon paint blobby caravan? oo...ni aku rasa ada caravan nippon paint nak datang buat promosi...alaa...macam yang stesen radio pun ada buat camni jugak, aku dah call yang kat melaka tu, emico enterprise tu, dia kata masa promosi ni dia jual ikut harga dia tolak ke kedai2 hardware tu, tp untuk yang base color tu la, maknanya untuk kaler yang basic dan bukan yang campur2 tu, ehem.ikut pemahaman aku la...hehe

so, kalau nak beli cat nippon, inilah masa yang sesuai...

Tuesday, September 25, 2012

Ayam togel

Semalam tengok citer Bujang lapok, tiba part yang dorang nak masak ayam tu, ternampak Sudin tengah cabut bulu ayam, hehe, teringat masa budak2 dulu time nak raya, cabut bulu ayam... sekarang ni mana le ada orang main cabut2 ...semuanya dah siap2 bogel dah ayam tu....senang je kan.....

eh!ayam togel tu sebenarnya yg takde bulu dekat leher dia kan...ekeke
ke aku salah...kah3

Monday, September 24, 2012


memang tak best bila kalah...lagi tak best bila kalah dgn manu...tapi rasanya fan manu pun mcm tak happy je menang dgn cara camtu...

still!!!
YNWA

Friday, September 21, 2012

kenapa blog aku ada iklan

bukanlah sebab duit...dulu yer tapi sekarang sebenarnya sebab nak nampak cantik jer...maklumlah...aku ni malas nak upload gambar....sekarang ni korang tengok banyak iklan cantik2...warna warni , secara tak langsung mencantikkan lagi blog kita... so, blog dah tak perlu lagi kita hias dengan hiasan2 langsir bagai bagai tu...cukup dengan iklan2 yang bewarna warni.cuma yang tak bestnya adalah bila iklan2 tu ada pulak gambar pompuan yang sexy...ermmmmmm ....bukan aummmmm tau

Thursday, September 20, 2012

cukup ke gaji rm1,500

gambar ni dah lama berlegar2 kat fb tp aku malas nak komen apa2...tp bila ada yg share dan dia kata memang bole...aku rasa nak jawab jugaklah...nak jawab kat fb tu rasa mcm tak boleh pulak sbb jwpn dia agak panjang... jwpn aku boleh dan tak boleh...depend kat orang tu...berkeluarga atau bujang?kalau dah berkeluarga, berapa ahli keluarga dia?kalau bujang pulak,,,,untuk diri sendiri ke atau perlu bantu lg parents atau adik beradik kat kampung?so, tak boleh nak pukul rata kata bole... pastu bila orang kata tak boleh nak hentam kata orang tu nak bermewah-mewah? kemonlah ok...jangan sampai camtu sekali menilai orang...yesss...maybe parents kita dulu bole survive dgn gaji bwh seribu...mcm abah aku dulu...memang bole survive...tp itu tahun berapa der?agak2lah kalau nak buat perbandingan...paling aku marah kalau kata...kalau rasa tak bole...buatle keje lain...bawak teksi ke... ko ni faham ke tak isu...isu yg dibawak...cukup ke tak gaji bwh 1500 hidup di malaysia?negara kita ni besau...lain tempat lain taraf hidup dia...tak sama belanja di kl dgn belanja di melaka atau perlis atau kelantan...pendapat korang? so, korang camana? ps...jgn tanya gaji aku...ekeke

muka baru

eh!ingatkan nak update pasal masalah dunia hari ni tp tak jadi sebab tengok blog dashboard dah ada muka baru... pelik betul la...aku tak tukar pun...dia sendiri yg tukar...nampak mcm cantik gak tapi mcm lain je rasa...biasa la kan.,..mende baru nanti lama lama okayla ek... okla...anggap jela ni adalah ujian...

Wednesday, September 12, 2012

english ke kampung style?yang pasti bukan gangnam style



Rumah aku ni sebenarnya sekarang peringkat plaster...baru je lepas selesai buat wiring dan paip air...ini adalah pandangan dr depan...sebelum ni aku tunjuk dr belakang je kan... cadangnye nak buat mcm english style tp jadi mcm kampung style pulak kan...takpela...janji rumah sendiri...kecik2 pun rumah aku...huhu
so, ini adalah gambar terakhir rumah aku untuk tatapan korang yang bercadang nak buat rumah sendiri...dah siap nanti aku segan arr nak tunjuk...:)
aku suka pokok tu weh...menambahkan citarasa kekampungan...yeay!aku orang kampung...

Penerbangan Malindo Airways

Dulu semua gelak kat airasia...kena beli makanan sendiri la...kena rebut tempat duduk la...sekarang airasia dah jadi one of biggers tambang murah punya flight company, so, malindo ni pun bole ikut jejak jugak...tp klu baca paper mcm tumpuan dorang kat indon je dulu... dan lebih penting lagi dia kata tambang dia bole jadi lebih murah dari airasia...kita tunggu samasama....harap2 mampu le kita nak g melancung ke indon ek...huhu


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah, Malindo Airways yang akan memulakan operasinya pada 1 Mei tahun depan.

Malindo Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan baru hasil kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan PT Lion Grup dari Indonesia.

Monday, September 10, 2012

kenapa hp tak patut dibenarkan dibawa kesekolah



ini mungkin salah satu sebab knp cikgu2 ramai tak setuju kot...aku pun tak tau nak gelak ke hape tengok video ni...yang pasti dak perempuan tu mmg berani...aku kagum...

Friday, September 7, 2012

Hutang

kalau buat kertas kerja pasal hutang, pasti mukadimahnya boleh jadi panjang, mungkin pantun pisang emas dibawa belayar pun akan keluar,jadinya, tajuk hutang ni terlalu luas sebenarnya. Apa yang aku cerita henta secubit je kisah hutang, sebagai orang yang berhutang, aku rasa aku pun ada jugak hak nak cerita pasal hutang. tak perlu nak tanya counselor kewangan untuk tau pasal hutang

takde harta kalau tak berhutang?
benarkah? separa benar.

aku rasa hanya dua bende je yang terpaksa kita berhutang. rumah dan kereta/motor. setuju? tak setuju pun takpe. ini hanya pendapat aku.

Monday, August 27, 2012

Cerita hari raya: jemputan open house

bajet lama tak update konon raya sakan...padahal tak pun... dari harirya 1st hari tu aku keje sampailah hariraya ke-4, raya ke-5 sampai semalam baru dapat cuti..sib baik kampung aku ngan wife dekat2 jek...so takdelah terasa sangat walaupun kena kerja time raya. tapi manalah sama raya dapat cuti dengan raya kena kerja...ye dak? dulu2 masa bujang, ok la jugak kerja masa raya tapi bila dah berkeluarga memang tertekan jugaklah...bukan sebab kita beriya2 nak raya tapi kesian kat anak2 jek...kat tempat kerje aku ni semuanya dah kahwin...so takde la orang bujang yang boleh dijadikan mangsa untuk disuruh kerja...

so, tahun ni aku tak beraya sangat...kalau pergi rumah sedara or kawan2 pun sejap2 je sebab twin aku tu...mak aaiiii... nakal bebenor...jalan sini sana rumah orang... memanglag nampak mcm kiut je kan...jalan2 usik sini sana tapi ...aku yang risau...kang terpecah gelas pinggan orang, sapa nak ganti?...ekeke marissa pulak suka sangat cubit2 orang...adoi...risau aku...kalau baby...bawah2 umur dia...dia ok je...boleh cium2 tapi dengan budak besar dr dia...dia siap jeling2 pastu datang dekat...dia cubit..tapi slowla kot sebab aku tengok budak yg kene cubit tu diam je...

minggu depan, insyaAllah akan beraya ke kl pulak....takde sapa2 nak jemput aku ke open house ke weh...aku nak datang!!

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, aku memang tak pandai nak ucap dengan ayat2 yang best2... serius...aku memang tak tau...aku kagum dengan orang yang tau main dengan kata2 ni,,, kadang2 terfikir jugak, dorang ni belajar kat mana...tak kisahlah tu, yang penting maksud dia tetap sama...nak ucapkan selamat dan nak mohon maaf...

Aku sedang bekerja...ok jek...walaupun tak best kena kerja time raya tapi nak buat camana... ini kerjaya aku...so...hadap jela...haha

harap2 semua yang menyambutnya, dapat menyambutnya dengan penuh kesyukuran... tadi bukak email...kongsi sikitlah dengan asal usul hariraya...

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.


Friday, August 17, 2012

jumpa bakal mertua dihari raya

Aku penah tulis tajuk ni dulu...tapi tulis tak abis...arini aku cuba abiskan...

camni...mukadimah tak yah panjang2...camtu jugak bila jumpa mak mertua... tak payahla sibuk nak citer biodata dari sekolah tadika...itu maksud aku

kalai ikut n3 yang lama.aku ada citer pasal timing amat penting ye adik2...agak2 kul berapa yang sesuai? aku rasa kalau sbut masa ni..waktu lepas zohor sesuai kot....atau kalau malam lepas maghrib... kul 8 camtu... time berita... atau pagi kul 11...kalau awal sangat takut ganggu sepupu sepapat budak2 nak tido pulak...maklumlah kenyang minum air oren...

agak2 berapa lama nak duduk/ 2 jam...3 jam...berjam2...? ntahlah jgn sekejap sangat atau lama sangat....berapa lama tu lama...atau berapa sekejap tu sekejap? depend... kalau ada yang tukang layan...akan rasa sekejap walaupun 3 4 jam...tapi kalau takde... korang layan kuih sorang2...baiklah korang balik jek....ekeke terasa lama walaupun 10 minit tuuu...kalau ada budak2...senang sikit...nilah masanya nak buktikan skil layan budak2...huhuhu

Thursday, August 16, 2012

hukum bunuh semut

Aku ingatkan kalau citer pasal semut ni... ramai yang dah tau pasal kalau makan semut boleh buat kita jadi pelupa sampaikan mende ni jadi mcm gurauan jek...korang tau tak kita tak boleh bunuh semut...selama ni selamba jek kita picit-picitkan semut tu...kalau semut tu melintas depan kita...semut hitam yang ada kat buah rambutan tu pun kita picit kalau ianya kita rasa mengganggu kita...tapi korang baca ni...aku amik dr email tapi aku tak tau orang yang forwardkan email ni,amik dari mana ,,,...harap sapa2 yang tau ...bagitau la ek...

Wednesday, August 15, 2012

youtube masihkah ada ramadan?

full episode

episode 1



episode 2



episode 3



sedih gila episode 3 ni deh....

episode 4

gambar: ular sawa bersama 87 biji telur


University of Florida researchers study a 17-foot, 7-inch Burmese python, the largest found in Florida. The snake had 87 eggs inside it.

gambar telurnya mana? berita kat sini http://edition.cnn.com/2012/08/13/us/florida-largest-python/index.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+rss%2Fcnn_topstories+%28RSS%3A+Top+Stories%29

Tuesday, August 14, 2012

Keputusan SPM Ulangan Khamis ini

semoga keputusannya membuatkan hariraya adik2 ceria....


Keputusan SPM Ulangan Khamis ini

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2012 akan dikeluarkan Khamis ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, slip keputusan akan diposkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan.
Seramai 14,224 calon menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 7,389 calon mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu manakala 3,909 calon mendaftar bagi mata pelajaran Matematik.

Sebanyak 239 pusat peperiksaan dibuka pada 13 dan 14 Jun di seluruh negara. - BERNAMA

apa sebenarnya seksyen 114A?


ini bukan pasal politik...korang tau tak apa sebnarnya seksyen 114A. mungkin bagi korang ianya adalah politik...no, it is not about politik....it is abour us...blogger... aku dah takut dah... mungkin ada yang kata apasal lak nak takut? yelaaa.... kalau tiba2 ada orang komen kat blog korang dan kemudian tulis yang bukan2... korang yang akan didakwa... tak mungkin? yer.... percayalah.... ni la seksyen baru diwartakan ... errr.. ini yg aku faham...kalau salah...tolong betulkan... lagi teruk...klu ada blog yang kena hack dan ada posting yg teruk2 sampai boleh kena dakwa...korang sebagai owner yg kena...tak percaya... cuba baca sini...

baca lg diblog cikgudahlia

penerangan lengkap...dan boleh faham sebab ada kartun2... langkah pertama yg boleh korang buat sekarang...adalah setkan bahagian komen ke moderate always dan setkan only register users je boleh komen...itu jela yang boleh kita buat...kalau kena hack...makna kata...jawab le sendiri...

so, camana...ingat eh...ini bukan pasal politik...ini pasal kita...blogger...

jadi?

Tips bawa motor

Assalamualaikum & Good Day,

forward dari email, dalam BI...hantam jela...ekeke
tapi secara ringkasnya dia suruh kita yang bawak motor ni, cek dan ganti helmet motor kita setiap 3-5 tahun dan cara2 pemakaian helmet yang betul... aku pernah kena saman...sebab tak ikat dengan betul... memang sakit hati...

tapi bab ganti helmet ni, memang susah sikit la ek... maklumlah...pakai pun bukan sebab keselamatan...pakai sebab takut kena saman...ye dak... cakap jela dengan jujur yer...tapi aku sekarang dah jarang bawak motor...sejak dah pakai kancil tu...motor just bawak g kedai kat rumah jek...






Motorcycle accident has occurred too frequent around the world and most motorcyclists die due to severe head and neck injuries. Usage of motorcycle helmet is very crucial as it protects your head and is very effective in reducing head injuries.



CHOOSE IT RIGHT

Choosing the right motorcycle helmet is one of the most important decisions for a motorcyclist. The choice between a good and a bad motorcycle helmet could be fatal.



When purchasing a motorcycle helmet, ALWAYS make sure you have the correct fit by getting the dealer to measure your head. Whether you are purchasing a top of the range motorcycle helmet or a cheaper alternative, getting the right fit is vital for any motorcyclist. A poorly fitting motorcycle helmet could be extremely dangerous to the motorcyclist during an accident.



WEAR IT RIGHT



1) Grasp the helmet by its chin straps. Place your thumbs inside the straps, pull the sides of the helmet apart and pull it on your head by the chin straps.

2) Make sure the cheek pads are touching, not pressing on, your cheeks. Ensure there are no spaces between your temples and the brow pads or the neck roll and the back of your neck. The face shields on safe helmets should not touch your nose or chin.

3) Fasten the chin straps to keep the helmet on your head.



MAINTAIN IT RIGHT



1) If you drop it, take it your local dealer, to check to see if it is still safe to use. A damaged motorcycle helmet is as bad as a poorly fitted one.

2) Keep your motorcycle helmet clean, using warm water, trying not to use harsh chemical products to do so.

3) Replace your bike helmet every 3-5 years.

Monday, August 13, 2012

5 Minuman Sebagai Cara Untuk Kurus

ni aku kongsi dr email lagi...kakak klinik hantar,,,tapi korang jangan lah fikir dia hantar kat aku,,, ini dia hantar kat semua orang...selain dari makanan... minuman pun penting gak...jadi, ambillah minuman seperti yang disyurkan kalau nak kurus... aku masih lagi maintain...huhu

raya ni jangan asik nak teguk air oren bergas tu weh...kalau pergi beraya, cuba le mintak air kosong...ekeke padahal masa kecik2 dulu time raya air oren tu satu kemestian...maklumlah masa kecik2 dulu susah nak dapat air bergas ni kan...sekrg ni...hari2 nak minum pun bole....dah tak heran...

Sunday, August 12, 2012

Puasa cara terbaik untuk berhenti merokok

tips dr email lagi...BI lagi...aku dah masuk bulan ke 8 berhenti merokok... yang penting...nak dengan taknak jek....percayalah...tapi aritu masa tengah tensen... study last minit nak exam....hati meronta-ronta jugak minta diasapi...tp...masih bertahan lagi beb...ekeke

tapi baca ckp expert ni...takde bende baru pun dia ckp...kalau cenggini punya cakap...tak payah jadi expert pun boleh cakap...ekeke serius weh...korang baca la...aku punya tips pun lagi baik...huhu tapi aku kongsi jugaklah just untuk korang yang disayangi...


FASTING BEST WAY TO QUIT SMOKING: Pakistani expert

Along with a bundle of blessings, fasting during the Islamic holy month of Ramadan also helps people quit the bad habit of smoking, a Pakistani doctor has said.

Fasting is considered a strong tool to maintain good health and an effective cure for various psychological and medical disorders, the Associated Press of Pakistan reported.

"The holy month of Ramadan serves as a best exercise for smokers to maintain good health and avoid bad habits of nicotine dependency to stay normal," said Haseeb Sitaar, a doctor at the Holy Family Hospital in Rawalpindi.

Saturday, August 11, 2012

10 malam terakhir di bulan Ramadhan

Apa nak buat? Aku harap tak terlambat untuk aku kongsikan tips ni...dr email tempat keje jugak...kadang2 aku kongsi ni sebenarnya sebab aku nak simpan...kalau simpan kat email nanti susah nak cari...klu kat blog senang sikit...ye dak... lagipun tak salah kalau kita sebar2kan mende baik camni kan...okla...tak boleh tulis panjang2...banyak keje nak buat ni...

johari pain minta maaf

http://www.sinarharian.com.my/nasional/cabar-pandelela-peminat-tuntut-janji-kerat-1.75360

korang bacalah sendiri...budak ni dah mintak maaf...keh3 bahaya jugak facebook ni ek... bukan boleh sebarang2 tulis...hari tu bukan main garang lagi nak kerat...sekarang kan dah susah...sendiri cari susah...tapi yang best tu kalau ikut SH ni la...dia siap kata takde pulak orang nak printscreen tweet dia mohon maaf...siap pertikaikan lagi tu...mcm lah bila minta maaf tu orang boleh lupa...hehe


macam tu la kita ek...bila buat salah...mohon maaaf... senang jekan...kadang2 bila fikir2 balik... memang bagus kalau kita dapat mengakui kesalahan kita ni kan... ada orang punyalah payah nak mengaku salah....kalau dia salah pun...dia buat tak tau jek... mcmlah dia je yang betul...tapi ada gak yang ...asik2 mintak maaf sampaikan mohon maaf dia tu...dah takde nilai....

dulu2 cukup risau bila nak raya...bukan apa... takut termenangis bila mohon maaf dengan ayah bonda....tak macho la weh mintak maaf sampai nangis2...takut kena gelak ngan adik2... sekarang ni ...otomatik je kan...banyak dosa la katakan....:(

video gol Liverpool vs Gomel

Liverpool 3 - 0 Gomel 09.08.12 Full HighLights And Goals HD (Borini,Gerard,Johnson)

Friday, August 10, 2012

iklan raya Bernas 2012

iklan raya paling sedih...

short movie ni paling sedih...citer pasal raya...sedih sangat...jangan tengok ramai2...klu sorang2 mesti nangis...huhuhu tapi sebelum ni iklan raya cina Bernas pun sedih jugak tapi aku lebih teringat dengan iklan Bernas yang nasi beriani tu...aku rasa pengarah2 iklan ni orang yang sama arrr...terbaik!

Thursday, August 9, 2012

lokasi speed trap raya 2012

Aku tak tau la ini betul ke tak tapi yang paling selamat adalah bawa jela ikut halaju yang dibenarkan, aku rasa kalau setakat kat highway memang tak jadi masalah nak ikut 110 km/hr tu, yang selalu orang kena saman adalah dijalan kampung,,, aNYWAY layan jela senarai pemasangan ni....

Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

### PLUS Arah Utara
■Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

### PLUS Arah Selatan
■Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara
■On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

### Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

### NKVE Arah Timur/Utara
■300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
■Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

### NKVE Arah Barat/Selatan

Wednesday, August 8, 2012

cerita tentang lagu raya

Lagu raya mp3 takde kat sini, bila nak sampai raya jek , ramai yang cari lagu raya, tak termasuk aku sebab stok tahun2 lepas masih ada lagi cuma perlu masukkan dalam pendrive je klu nak dengar dalam keta..lagu raya yang baru manalah best,,,

so, lagu baru fav? takde..semua lagu2 lama jadi fav aku kot... daripada lagu.... mintak mak...kuih sepotong sampailah lagu uji ngan abang hail amir tu...

lagu2 lain mcm lagu selamat hari raya Allahyarhamah Saloma, dendang perantau, ahmad jais punya lagu pun best jugak... lagu2 baru mcm lagu Aishah,,,, dan senario pun ok jugak....

tapi takdelah pulak kalau dengar lagu2 tertentu boleh mengingatkan aku dengan mende2 lama...takde kot...

tahun ni raya pun kena kerja... tapi memang tahun ni aku tak beraya sangat kot sebab tahun ni first time beraya tanpa nenda tersayang....:(

Iklan Raya Petronas 2012



betul ke ni iklan baru...,macam yg lama punya jek....

Tuesday, August 7, 2012

ost masihkah ada ramadan?

lagu tema masihkah ada ramadan? dan lirik lagu ANUGERAH TERINDAH ARIL AF7

boleh tahan la lagu ni...takde la best sangat...tapi citer masihkah ada Ramadan ni best...



lirik lagu

Qiam with Sultan Kelantan



wow!Program Qiam with me bersama Sultan Kelantan, ustaz Azhar Idrus pun ada... untunglah orang Kelantan...

orang KB...jum!

video Nasa rover mendarat di planet Mars

dorang sibuk explore angkasa...kita sibuk explore kenapa chong wei kalah...ketiak busuk la ..apala..

Monday, August 6, 2012

Cerita tentang puasa

bila cerita tentang puasa ni, mesti kita lebih suka dengan cerita masa kita kecik2 dulu, sampai kalau baca kat blog2, dah jadi macam cliche sangat citer tu, gogop(eh!betul ke aku eja ni?) air paip, curi2 makan kuih raya, makan sorok2 kat tangga shopping... ah! semua mengalami pengalaman yg sama... bosan jugak klu baca... tapi realitimya memang camtu. cuba tanya adik2 kita, anak2 kita... pun sama jugak perangainya cam kita dulu2...

s0, cerita2 yang macam tu rasanya tak best kalau nak kita ulang2kan, sampaikan kadang2 aku rasa tukang cerita tu buat cerita bohong jek...,,,amik kenangan orang sebagai kenangan dia...konon2 dia pun nakal jugak padahal skema nak mampus...kah3

aku suka kalau dapat baca cerita camana orang dulu2, zaman mak bapak kita yang tak sesenang skrg ni sambut puasa,,,,suasana dia, juadah berbuka dia...cerita2 arab dan lagu2 arab sebelum masuk waktu berbuka...

lain benau rasanya sekarang ni... sebelum berbuka layan citer nada cinta?

senarai penjaring terbanyak Liverpool

20 Liverpool FC Top Scorer Of All Time !

1: Ian Rush - 346 Goals
2: Roger Hunt - 286 Goals
3: Gordon Hodgson - 241 Goals
4: Billy Liddell - 228 Goals
5: Robbie Fowler - 183 Goals
6: Kenny Dalglish - 172 Goals
7: Micheal Owen - 158 Goals
8: Harry Chambers - 151 Goals
9: Steven Gerrard - 149 Goals
10: Sam Raybould - 130 Goals
11: Jack Parkinson - 128 Goals
12: Dick Forshaw - 124 Goals
13: Ian St John - 118 Goals
14: Jack Balmer - 110 Goals
15: John Barnes - 108 Goals
16: Kevin Keegan - 100 Goals
17: John Toshack - 96 Goals
18: Albert Stubbins - 83 Goals
19: Fernando Torres - 81 Goals
20: Terry McDermott - 81 Goals

credit to facebook.com/pages/LiverpoolTransferRumoursNewsGossip-of-Football-Malaysia/

laju gila dia ni...terbukti dia memang terlaju...kalau lumba dengan motor aku pun belum tentu motor aku bole menang...kah3 sebab motor aku dah lama tak servis... nanti dah servis barula laju...

Usain Bolt wins Olympics 100m final at London 2012

Usain Bolt has won the men's 100m final at London 2012 in an Olympic record time of 9.63 seconds.

The Jamaican world record holder, 25, powered to victory ahead of compatriot Yohan Blake and American bronze medallist Justin Gatlin.

Bolt did not start well but surged away from Blake and Gatlin from the halfway stage to run the second-fastest time in history.

Sunday, August 5, 2012

buang cbox

aku buang cbox...nnt aku pasang balik... aku buang sebab spammers mcm dah tak kreatif.... tak mcm dulu2..kemon la weh...spammars sila upgradekan lagi kerja anda...tulis le ayat best2...

wah...hari2 ada update...walaupun sekadar schedule tp aku suka tengok blog aku ada update...dan sekarang aku rasa bebas sikit nak menulis sebab aku rasa aku perlu menulis mcm dulu2...walaupun mungkin tak mengarut mcm dulu2...sebabnya kadang2 aku ada masa...baca je blog orang... nak jugak tulis pendapat kita kat blog kita kan...tp aku akan cuba pastikan bila aku menulis tak menyinggung perasaan orang... tapi klu itu adalah kebenaran....terpaksa jugaklah aku menulisnya...ye dak?

sebab kadang2, kebenaran adalah pahit....tapi ubat pun pahit jugak...kalau tak pahit, bukan tongkat ali namanya...

Saturday, August 4, 2012

Video janji ditepati vs justin bieber

perghhh...orang kata akan masuk senarai



top ten dislikes kat youtube

aku dah tengok senarai...no 10... ada 70k lebih... video janji ditepati ni baru 30k lebih...ada lagi 40k lagi nak potong no 10,,,,tu belum dorang kaji tu... 30k tu dapat dalam masa berapa hari ? tupun klu dorang nak kaji la... sbb kadang2 aku tengok... mende2 camni pun ada yg dok kaji... anyway... kalau masuk senarai...perghhhh...

popular tak semestinya disukai ek,..

apa kena mengena dgn justin bieber..oh...video dak ni byk yg masuk senarai dislikes....

ps/ n3 ni ditulis hari khamis... huhuhu hari ni mungkin dah naik lagi...

jadual piala Malaysia 2012



tak kirala sapa menang... janji pasukan Malaysia yg menang...jangan buat malu weh...

senarai pasukan bertanding BPL 2012/13



cuba check pskn korang? ada?

ps/ ada aku kisah?

Y'll never walk alone tetap dihati

Friday, August 3, 2012

Tema hari kemerdekaan 2012

Kerajaan BN dengan tema 'janji ditepati',
4 negeri PR guna tema Hari Kemerdekaan "Sebangsa Sejiwa Senegara"

abis kita nak guna yang mana?
heh!macamlah ko kisah sangat tema hari merdeka ni,,,,
kalau orang tanya secara spontan, apa makna hari merdeka, apa ko nak jawab...?

ooo...saya bangga negara kita dah merdeka....tak dijajah lagi....

itu jela jawapan terbaik yang boleh ko jawab...

kan?

itu belum tanya lgi...tema2 sebelum ni yang ko ingat? ada?

ada la sangat....

Thursday, August 2, 2012

kalau nak murah kena kajian

Pemilik Kereta Rugi Jika Harga Rendah

korang bacalah sendiri berita dr mstar ni...aku takde masalah dengan komen yang kata pemilik keta akan rugi sebab blablabla tu...logiklah dengan contoh dia bagi tu... wpun sebenarnya bila kita beli keta, memang dah tau dah... memang kita akan rugi.... tokey kedai keta je yg untung bila beli keta...so, takde apa2 yg pelik pun....

yang aku kelakar sgt adalah komen dari pengerusi lg sorang tu, dia kata negara akan rugi 7b ...untuk pembangunan blablabla.... boleh blah la ko...cakap bukan macam pengguna tapi dah mcm orang gomen punya cakap... bagi lah sebab lain datuk... tunjukkan yang datuk tak side mana2...kalau tak setuju, bagilah contoh yang logik sikit....

komen yg lagi satu tu...pun aku boleh terima...dia kata kalau nak buat, kena bagi masa...kira logik lah dari pandangan orang yang tak berpelajaran tinggi cam aku ni...yang nak beli murah tapi bermutu ni...

so, pendapat aku, memang bestlah kalau harga keta diturunkan tapi kena ada penjelasan lanjut jugaklah sebab akan efek manyak mende, biasalah kan... klu nak naik tak payah kajian apa2 pun,,,,klu turun kenalah kajian sebab ini membabitkan org2 kaya... org2 miskin cam kita ni,,,, tak terjejas sangat.... tak terjejaslah sangat ...ye dak? baik naikkan lagi...pendapatan negara bertambah...pembangunan akan lebih pesat... yg kaya makin kaya... yang miskin tetap camtu.... terbaik lah....

Tabung bantuan Alia Haryanie



klik gambar untuk ke blog alia haryanie


bantulah sekadar termampu...

aku amik kat sini
http://hazrilhafiz.blogspot.com/2012/07/ibu-tunggal-perlu-bantuan-anda.html

tak mintak kebenaran pun...harap dia tak marah...

Wednesday, August 1, 2012

tips peperiksaan

bila dah usaha...last sekali tawakal...
ada satu kertas lagi...
dua dah selesai
yang dua ni
dapat lulus pun dah okay
asalkan tak repeat
satu lagi
ada seminggu untuk tengok2
harap2 dapat score...keh3

Tuesday, July 31, 2012

Masihkah ada Ramadan episode 2

tengok separuh jugak...aku rasa citer ni bukan semata-mata kisah cinta...aku rasa citer ni kisah kasih sayang....tapi aku tetap rasa citer ni best.. dah adadah episode 2 untuk di download...tp besau sgtlah file dia...kecik kan sikit tak bole ke...mkv or rmvb pun dah ok dah...hehe

kat sini weh

dia tulis episode 1 tapi epi 2 pun dah update kat situ....

ps...outttt

video UFO di sunway vs layang-layang berapi

ntahkan betul atau tak....cuba tengok video lagi satu tu...lelayang pun mcm ufo jugakkan...ekeke



Sunday, July 29, 2012

video dan lirik janji ditepati lagu tema hari kemerdekaan 2012

Aku tak dengar lagi lagu ni tapi dari lirik dia tu mcm takde kena mengena dengan hari Merdeka pun...ada pulak yang kata melodi lagu ni diciplak...korang dengarlah sendiri ye...aku dah takut ni...hik




uncleseekers version 2

perghhh...uncleseekers ada blog baru... aku tak tau la kenapa aku tulis entry ni... keh3 tapi ksdang2 aku baca jugak blog dia... dia kalau sekali tulis panjang ya amat... aku baca jela... cuma kadang2 dia kuat mengarut jugaklah...keh3 tapi kadang2 terpegun jugak dengan info dia tu...ntah betul atau tidak... baca jela...keh3

dulu aku suka baca pasal joebangla tapi sejak dia dah jadi cikgu kalau aku tak salah le... joe pun suka tulis panjang2... aku je tak bole nak tulis panjang2... sebab aku cepat boring dengan hasil penulisan aku...

so, sekarang korang dah tau kan...aku suka blog yang suka tulis panjang2 ni... ramai kan... korang tau la korang tu sapa... korang la...sapa lagi...suka sangat bebel panjang2 kan...takpe... aku suka baca... huhu

Friday, July 27, 2012

Serik atau syoknya bercinta?

Dua nasib yang berlainan...kalau direstui mcm perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun) ok la jugak ek...ini siap tikam2 oo....mcm tak percaya la kan bila budak2 dah berani main tikam2 camni...bila fikir2 balik... ada kewajaran nya jugak parents syafiq dan yana ni kahwinkan anak2 dorang....dengan zaman sekarang yg macam2, aku rasa ramai parents yang kalau boleh pun nak anak2 dorang cepat2 kahwin..untunglah kalau dapat menantu yang baik2...tu pun nak kena fikir jugak kan...ntahlah... susah nak cakap mende ni... semoga rumahtangga syafiq dan yana akan berkekalan hingga ke akhir hayat



Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – “Saya serik untuk bercinta ketika masih bersekolah dan ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran.”

Pengakuan tersebut diluahkan oleh Syafina Erina Azni, 15, yang cedera parah selepas ditikam sebanyak tiga kali oleh bekas kekasihnya yang juga merupakan rakan sekolahnya dalam kejadian di Flat 213 Sentul Utama, Taman Datuk Senu di sini pada 20 Julai lalu.

Menurut pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul itu, kejadian itu hampir meragut nyawanya.

Katanya, sebelum kejadian itu, dia pernah dipukul sebanyak tiga kali oleh suspek.

Mengimbau semula kejadian pada pukul 4 petang itu, Syafina Erina memberitahu, bekas teman lelaki seusianya itu seorang yang panas baran dan cemburu buta hinggakan dia langsung tidak dibenarkan bercakap dengan mana-mana lelaki.

Waktu sesuai dibuka pasar Ramadhan?

agak2 korangla kan, waktu yang paling sesuai untuk dibuka pasar Ramadan ni pukul berapa?

Hari tu aku off, so, dalam kul 2 lebih aku keluar rumah pergi ke bank...ok lagi... aku balik lbh kurang kul 3... lalu kat tempat pasar Ramadhan tu dah start dah peniaga2 bukak stall dorang... yang best tu. stall air batu yang start bukak dulu... aku rasa cam tak sesuai jela... bukak stall jual air untuk orang berbuka pukul 3 petang... aku tau la, mungkin alasan dorang, bukan untuk orang islam je beli tapi untuk non muslim jugak...but kena ingat... ini pasar Ramadhan der... so,,, orang aspect diaorang jual untuk orang yang berpuasa... bukan untuk yang tak berpuasa...so, apake jadahnya bukak kul 3... tapi ini pendapat aku je... mcm yang selalu aku cakap... pendapat aku tak semestinya betul...so...aku mohon maaf dengan ketidakbijakan aku berfikir mcm peniaga2 tu eh...

aku tak dengki...masing2 punya rezeki la kan...aku cuma rasa pelik je...dorang jual untuk siapa sebenarnya kul 3 tu?

aku rasa kul 5 lbh adalah waktu plg sesuai untuk bukak stall air batu...korang?

cuba korang baca petikan dr sinar harian ni...

Thursday, July 26, 2012

bina rumah sendiri: bumbung



Sekarang tengah progress buat bumbung... ini mungkin gambar terakhir le aku tunjuk...segan arrr...hehe

ok..pemilihan kerangka bumbung ni sebenarnya agak susah jugak nak pilih antara kerangka besi dgn kerangka kayu,,,,masing2 ada pro n kon dia... tapi akhirnya aku pilih kerangka kayu sebab konsep rumah aku ni...walaupun mula2 aku pilih besi...so, sebab aku dah pilih kerngka kayu, aku kena fikirkan maintenance dia le pulak,maknanya aku kena buat jadual panggil pest control atau aku yang akan buat sendiri, tengoklah nanti...belum fikir lagi cuma aku kena get ready jek...
sekarang tgh dok fikir mana aku nak korek ongkosnya sajo...pening ni weh...tak semudah yang disangka...dengan budget yg agak lari sikit ni aku kena hadap jugaklah... mana2 yang aku boleh tangguh aku akan tangguh,,,yg penting rumah aku kena siapkan jugak ...jgn sampai tukang buat rumah ni larik pulak...hehe
rumah aku ni simple je bentuknya...tapi aku suka... cukuplah untuk aku...nnt dah siap...InsyaAllah... datanglah eh...klu sudi la...huhu

gambar ni aku ambil semalam...pakai hp jek...patutnya aku sebelum update pasal bumbung, aku kena citer pasal ikat batu tp aku bizi ...so..skip citer ikat batu kita terus ke citer pasang bumbung ni, apakah step seterusnya... letrik, paip air, siling... nnt aku update lg...

Wednesday, July 25, 2012

kadar pembayaran zakat fidyah

eh!bulan2 puasa ni kita citer pasal puasa jela eh...hehe korang tau tak ada websites yang boleh mengira kadar zakat fidyah untuk korang yang dah tertinggal untuk membayar puasa? aku tau, bukannya sengaja tapi sebab melewatkan ganti by the time nak buat... keuzuran pulak kan...huhu. oklah jum tengok kalkulator untuk mengira fidyah yang perlu korang bayar untuk setiap hari yang dah korang tinggalkan disini

Kaedah Pengiraan
Kalkulator ini akan mengira fidyah berdasarkan tahun puasa yang ditinggalkan.
Jika tahun berlainan, tekan butang Reset untuk pengiraan tahun tersebut.
Anda boleh mencetak maklumat untuk setiap tahun dengan klik butang Cetak.
Bahagian A adalah untuk maklumat puasa yang telah digantikan sahaja.
Bahagian B adalah untuk maklumat puasa yang belum digantikan sahaja.
Bahagian C adalah untuk maklumat fidyah yang sepatutnya dibayar.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi PPZ di 03-92895757.

setakat ni aku tak jumpa lagi yang bayar melalui sms, aku rasa mende2 camni kalau korang jumpa orang2 yang layak terima zakat... bayar je kat dorang...

Tuesday, July 24, 2012

Masihkah ada ramadan?



Sinopsis: Masihkah Ada Ramadan? astro prima. mengisahkan bagaimana Rahman memahami mengapa isterinya, Aminah sedih setiap kali datangnya bulan Ramadan. Harapan Aminah adalah untuk anak mereka pulang. Rahman menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku pada anak-anaknya.

citer ni bestla weh. walaupun aku tengok sekerat je citer ni tapi aku rasa citer ni kena dengan aku. Suasana kampung tu yang aku suka tu... takdelah kisah cinta kisah anak2 orang kaya yang serabut kepala hotak bila tengok.

tapi citer ni ada jugak yang tak bestnya, contoh: macam cliche sangat dengan boy tu ada barah otak...buat le sakit lain ke kan....tapi yang paling tak best adalah citer ni bersambung pulak... sakit hati je tengok...kah3

syyyyy....nak download kat sini

Bayar zakat melalui khidmat SMS Maxis

Kalau ikut metro tahun lepas ni, hanya beberapa negeri je yang boleh, untuk tahun ini, tak taula aku, sebab bagi aku lebih baik jumpa amil yang diberi tauliah... macam tak best pulak takde salam2 ni kan...dgn lafaz akad bayar zakat lagi...

Lafaz Akad Zakat Fitrah
1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili ...... pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

so, korang camana? nak bayar ikut sms ke? aku tetap nak jumpa amil...huhu

Monday, July 23, 2012

Berbuka dengan siapa?

Biasanya tiap2 tahun kalau 1st day puasa aku akan berbuka dikampung dengan parents ngan adik beradik aku yang ada di kampung dan yang balik untuk berbuka di kampung... tapi tahun ni kebetulan aku keje malam... sahur dan berbuka kat tempat kerja... nak buat camana... insyaAllah malam ni barulah berpeluang berbuka dengan parents... yela...kalau hari weekday tu... susah sikit la nak balik kampung walaupun dekat...dengan anak aku yang sekolah petang...tak terkejar aku... nanti rumah aku dah siap insyAllah akan ada sokmo kat kampung....

tapi aku ni...mcm yang pernah aku citer...jarang beli kat bazar, sebab taksedap sgt tapi klu balik kg tu... aku beli jugaklah..kuih2...nak suruh aku buat kuih memang boleh...aku kalau buat jemput2 dengan lempeng memang terbaik...kalau korang makan memang asik nak makan jela...tak bole stop...pasal tu aku aku malas nak buat... alasan aku ok tak?

so, korang berbuka dengan sapa? buka dgn family la yang terbaik, kan...

Saturday, July 21, 2012

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM) [SIJIL MASIH SAH]

bila bulan Ramadhan ni, semua company sibuk buat majlis berbuka puasa..tapi kita sebagai pengguna mestilah semak dulu samada tempat yang dorang sponsor tu halal ke tidak?jangan ingat nak makan free jek...huhu
untuk semak senarai hotel yang telah mendapat sijil halal boleh semak di sini

atau kalau nak tau secara cepat boleh sms,

HALAL<>SEMAK<>NOMBOR PENDAFTARAN SYARIKAT(ROC)

CONTOH:

HALAL SEMAK 12345X
HANTAR KE 15888

kalau tak tau no pendaftaran syarikat, sampai je tempat makan tu, tengok kat lesen perniagaan dorang, kalau tak jumpa, terus tanya manager dorang no pendaftaran tu...huhu nak yakin makan yang halal kenalah usaha sikit beb...

kalau ikut kosmo terdapat 359 hotel, 453 premis diberi sijil halal Jakim, aku cuba carik kat websites halal tu tapi tak jumpa pulak...yang ada adalah secara umum, tak larat aku nak tulis, ekeke korang cek sendiri naaa...

aku buka kat rumah ngan tempat keje jek...takde sapa nak sponsor pun...

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M

boleh rujuk sini

untuk negeri Melaka...

Friday, July 20, 2012

ayat2 tentang sabar


kongsi dari email.... selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak... semoga semua menyambutnya dengan ceria....

peringatan untuk diri sendiri je ni...

Kita selalu bertanya pelbagai hal tetapi ingatlah Al-Quran punya segala jawapannya untuk segala kehidupan dan kejadian di alam semesta ini.. Renungkanlah.



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB

Thursday, July 19, 2012

Video cubaan culik budak perempuan 10 tahun

Walaupun kejadian berlaku di Philadelphia, tapi sebab kat negara kita pun kejadian begini ada berlaku, dan aku rasa modus operandi dia tetap sama... pengajarannya janganlah dibiarkan anak2 kita berjalan camni tanpa pengawasan...tapi klu kat tempat kita depan sekolah pun dorang berani...tak taula aku nak cakap camana... berdoa jela kan...

Niat puasa sebulan

ini untuk yang lupa termasuk aku...hehe
niat puasa sebulan ramai yang lupa...ye dak? ni haa...simpan...

Pembuat dan Pembekal Peralatan Perkahwinan

lepas raya nanti mesti ramai yang mengelabah nak cari pembekal majlis perkahwinan kan...so... pihak ida manan ni pembuat dan pembekal...so,,,,senang citer... harga memang terbaik... boleh kenen2 mintak diskaun lagi...perghhh...

Ida Manan Enterprise : Pembekal Pelamin

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Pertamanya, Ida Manan Enterprise adalah pembuat dan pembekal peralatan perkahwinan seperti Pelamin, Stage, Backdrop, Candle Stand, Flower Stand, Kerusi Pengantin, Kerawang, Rose (Getah Eva)dan berbagai lg keperluan majlis perkahwinan.

Wednesday, July 18, 2012

Peringatan di bulan Ramadhan

sanggup buat fitnah semata-mata sebab traffic? sanggupkah anda?

macam2 cara nak tarik traffic...aku pun tak tau apa tujuan traffic tu, rasanya membuat fitnah bukanlah cara yang terbaik...matlamat tak menghalalkan cara ye der...

kalau tulis yang baik2, traffic riburiban, ramai yang dapat manfaat dari hasil tulisan kita tu, alhamdulillah.. tapi kalau ramai yang terpedaya dengan cerita rekaan karut marut kita tu? lebih2 lagi kalau ianya adalah cerita fitnah? camana?

ok, lagi 3 hari kita dah mula berpuasa... tak sabar rasanya eh...tapi puasa dulu2 tak sama dengan puasa sekarang ni ek... yela...bukan raya dulu2 je lain... puasa pun sama... dulu2 mana de pasar ramadhan...eh...ke kat tempat aku je takde....ekeke dulu2 mak kita petang2 dengan masak nasi sama lauk-pauk, kadang2 ada gak kuih mueh... sekarang semua main beli je kan... tapi rasanya aku dah bape tahun kebelakangan ni, jarang beli apa2 kat pasar Ramadhan sebab... korang pun tahu kan... bukannya sedap pun dorang buat.... elok2 kita beli sebab terpedaya dengan rupa kuih tu... hari pertama tak sedap...korang tunggulah hari ketiga keempat...kadang2 kuih basi pun sanggup dorang jual...especially yang jenbis jual setahun sekali...uang jenis muncul time bulan Ramadhan...


patut bulan puasa kumpul sebanyak mungkin puasa tapi jadi dpt dosa pulak sebab maki2.... kadang2 mulut ni bukan boleh stop2 bila dah start bercakap... tapi bukanlah maki yang teruk2.... just cakap penjual tu bodoh je... tu je tahap makian aku...kah3 errr...tu cerita kat blog...klu kat luar...mcm2 jugak yg keluar...ha3

okla...aku out dulu...nak buat revision jap....kah3

btw aku tak beli baju raya lagi...ha3

eh!tajuk entry mcm takde kena mengena jek...

Friday, July 13, 2012

mael lambung the movie



takdela best sgt citer ni...tapi aku pelik kenapa bole ada full movie kat youtube sedangkan kat Astro first takde...pastu kenapa yg versi mkv atau rmvb takde...knp dorg upload yang mp4 ni...tp gambar bole tahan la... bolela tgk klu ada masa sgt... aku tgk sejap je pastu tido lg baik...haha saltu aku simpan kat sini, mana tau tiba2 ada masa ke nak tgk...tp kdg2 bukannya lama sgt pun mende ni...kang tiba2 je dah takde ...klu dah takde tu...jgnlah rasa keciwa sgt sbb tak best sgt pun citer ni...huhu

Wednesday, July 11, 2012

sah ke puasa tanpa sahur dan berbuka?



sah ke puasa tanpa sahur dan berbuka?

ini peringatan untuk kita...

share dr facebook...

Tuesday, July 10, 2012

nak tulis tajuk pun tak tau...haha

Apa mende nak update ni...hehe aku bizi skrg ni...projek rumah aku lagi nak handle...assignment baru hantar aritu...so skrg nak kena start bt prepration nak exam 28hb nnt...belasah je la...subjek yg susah bg aku adalah statistik...basic je pun tp sbb maklumlah dah tua baru nak belajau...so penerimaan tu agak susahle...

so, apa cerita eh...aku tgk kat bloglist pun ramai gak yg tak update...maklumlah... kebanyakan kat bloglist aku adalah asalnya student...skrg seme dah kije...so faham2 jela..bila dah kije...mana ada masa nak layan blog...lainlah klu masa mula2 buat blog dah keje...so...mungkin takde masalah masa....

aku pun jarang gak layan blog...kdg2 tu bukak jugak tapi takdelah update mcm dulu2... just baca2 blog orang jek...cuma skrg jarang le aku jalan2 ke blog yg baru2... bukan sebab apa...aku tak tau nak start kat mana... ada gak aku tengok nama blog baru tapi tengok mcm dah lama je cara dia tulis blog tu...hehe kdg2 rasa mcm nak syak kawan2 lama jek...ekeke

tapikan...blog2 baru aku baca mmg bestla...tak mcm blog aku ni...dr dulu sampai skrg takde perubahan...haha... nak buat camana... ni je tahap kemampuan aku... belajar tak tinggi camnilah...keh3

klu setakat ni je aku tulis...camana aku nak publish...
tp aku publish jugak sbgai contoh...knp aku tak menulis lagi...kdg2 rasa nak main seo tp skrg dah malas dah...okla...nak tido...mengantuk sgt ni...selsema....

Friday, July 6, 2012

solat sunat qabliyah dan ba'diyah

video uncleseekers kena tahan polis



ok...klu uncle malu kena tangkap.. aku pun takan siarkan video ni tp sebab dia mcm ok je..aku siarkn...sbnrnya mungkin bg sesetngah org, tak penting mende ni.... takpela klu itu yg korang rasa...mungkin sbb kehidupan korang dah selesa mcm kebykan org lain....hidup aku pun selesa jugak... tapi one day korang akan terasa jugak... hidup kita ni semata2 sebab keselesaan kita ke? sebab kita dah selesa kononnya... so... tak pyh le fikir kan org lain... maklumlah...negara dah aman buat pe nak fikir lain lg... ye dak?

klu fikir camtu.... aku tak tau la knp perlu bayar zakat?sedekah tu semua...bukan itu sbgai peringakatan kat kita ke....bahawa selesa kita dtg jugak dgn tanggungjawab? so... fikirla sendiri ye...

Thursday, June 28, 2012

Lagi kanak-kanak hilang-jum sebarkan



dan kat metro ada lagi cubaan culik guna van putih...so, now tell me macamana kita boleh berbangga dengan status negara paling selamat???ko bangga...?

Tuesday, June 26, 2012

Bina rumah sendiri: progress

tunjuk gambar jelah eh...



kerja beam bawah sedang dilakukan...ini adalah untuk kerja2 asas dan pertapakan rumah...oleh sebab aku sibuk...kerja2 konkrete tapak aku tak sempat nak ambil...ishhhh



sekarang ni kerja2 bina rangka concrete atau tiang2 sedang dilakukan...mungkin ambil masa 2 minggu kot...aku agak jela...hehe sbb tgk mcm banyak je kerje2 dia...

oklah...quick update je ni...ada assignment nak kena buat...

Monday, June 18, 2012

warkah buat isteri

1 lagi blog untuk baca2....dan bantu sekadar mampu...

warkah buat isteri

aku tak nak le komen lebih2 tapi ada n3 dia yg buat air mata aku bergenang...

selain dari blog bro insan marhaen, ini lagi satu blog yg aku rasa byk manafaat untuk dibaca....tapi bukan aku nak kata blog korang2 yg lain tu tak byk manfaat,,,,jgnlah merajuk weh...ekeke maksud aku...errr...korang baca dan korang akan tau persamaan mereka...

mana joe bangla?sejak blk Malaysia, hilang terus...

lama tak update dah rasa tak tau nak tulis apa...aritu janji ngan chaon nak promote butik pengantin dia tapi tula...takde masa lagi nak amik data2 ..ekeke nanti aku buatla on.....

ingat nak update progress umah aku tapi rasa malas pulak sebab kena upload gmbr... nnt2 la eh...

Tuesday, June 12, 2012

Maafkan Aku-Afee Utopia 2012 (Lirik)




Aku dengar biasa2 je lagu ni...tapi kat suratkhabar kata semalam cam best jek...ntahlah...korang dah dengar?

Maafkan Aku-Afee Utopia 2012 (Lirik)


Monday, June 11, 2012

darah babi dalam puntung rokok



bacalah sendiri yer...

Saturday, June 9, 2012

nama gelaran bagi pasukan2 yang berentap dalam EURO2012

Croatia - Vatreni
Czech Republic - Lokomotiva
Demark - Danish Dynamite
England - The Three Lions
France - les Bleus
Germany - Die Mannschaft / Die Nationalelf
Greece - To Peiratiko
Italy - Azzurri
Netherlands - Oranje
Poland - Bialo-Czerwoni
Portugal - Selecção das Quinas
Republic of Ireland - The Boys in Green
Russia - Sbornaya
Spain - La Furia Roja
Sweden - Blågult
Ukraine - Zbirna / Sbirna

Friday, June 8, 2012

kenapa perlu berhenti merokok?

Pernah dengar 'Thirdhand Smoke'?tak pernah? sila google...

secara ringkasnya ia adalah bau asap rokok yang melekat pada baju perokok atau mereka yang berada di kawasan merokok...Oleh itu jauhkan pakaian yang berbau rokok dari anak-anak serta bayi anda. Risiko ini dipanggil “Thirdhand Smoke” .

tak faham jugak? carilah sendiri...so, peringatan kepada semua abang2 akak2 adik2 sekelian termasuk aku le...

Aku dah nak masuk bulan ke 6 berhenti merokok...setakat ni...Alhamdulillah...masih bertahan...esok2 tak tau lagi...hehe

Thursday, June 7, 2012

Jadual perlawanan euro 2012 waktu Malaysia




Untuk simpanan aku je ni...senang nak tengok2 sambil nak kutuk2 kengkawan yang kalah...hehe

Wednesday, June 6, 2012

Bina rumah sendiri: macamana?



Tapak rumah dengan sempadan2nya... kecik jek.



lubang tiang

tu dia...aku sibuk....tengok progress pembinaan rumah aku...huhu kalu rajin aku update lagi... bangunan kat depan tu adalah sekolah rendah...hehe...dan rumah aku tu dalam kebun durian...dan nnt aku citer lagi...

konsep rumah...?klu ikut plan...konsep rumah ala2 inggeris....tapi aku buat ni setakat yang mampu jela... harap2 budget tak lari le..orang kata..kalau buat sendiri bole jimat...so,,,aku cuba le buat sendiri.. apa maksud buat sendiri? nanti aku citer yer....

sekarang ni aku sibuk...assignment belum setat buat lagi...

Friday, May 25, 2012

doa2 semasa berwuduk

Ketika Ambil Wuduk doakanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berdoalah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berdoalah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berdoalah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berdoalah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berdoalah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berdoaah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berdoalah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berdoalah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

jum kongsi2...

Thursday, May 24, 2012

Bapak Bapak kesunyian

baca suratkhabar BH...pasal isu bapa kesunyian kat korea...rupanya ada 3 jenis bapa kat sana...errr...maksudnya jenis yg menghantar anak2 dorang belajar ke luar negara... bukan masuk u tapi masa sekolah menengah...jenis2 tu adalah

bapa angsa, sesekali mlwt anak2 yg belajar di luar negara
bapa helang, kaya gila...anytime bole melawat
bapa penguin, hampeh...tak tau dapat jumpa ke tak sbb tak cukup pitih...

inilah jenis2 bapa kat korea yg menghantar anak2 bljr ke luar negara...ibu pulak ikut sama anak2... kaum bapa berkorban...sebabnya PTPTN eh bukan...kah3 sebabnya adalah kerana sistem pembelajaran disana yg berorientasikan peperiksaan... errr... bunyi mcm pernah dengar... kat mana eh... adakah satu hari nanti negara kita pun akan mengalami keadaan camni?

fikir2kan...

Wednesday, May 23, 2012

Video debat Rafizi vs Khairi (KJ)

Sapa yg tak berkesempatan tengok debat ni malam tadi, boleh lah tengok sendiri debat ni, rasanya bahasa yang digunakan takdelah susah sangat nak faham, tengok dengan hati yang terbuka dan fikirlah sendiri siapa punya fakta yang anda rasa bole dipercayai,,, tak perlula baca suratkhabar, blog politik untuk tau pasal debat ni, ni peluang untuk fikir sendiri.

Monday, May 21, 2012

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia Tawar 10 Peratus Markah Penilaian Kokurikulum

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Peserta pertandingan menulis surat 1Malaysia anjuran Pos Malaysia akan menerima 10 peratus daripada markah penilaian kokurikulum sekolah, kata Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Cik Siti Khadijah Mion.

Bercakap pada sidang akhbar Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia di sini Isnin, beliau berkata jawatankuasa pertandingan telah bersetuju dengan peratusan markah itu bagi menghargai penyertaan pelajar sekolah dalam program itu.

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia terbuka kepada semua pelajar di seluruh negara berusia 9 hingga 17 tahun bermula 1 April hingga 2012. Hadiah keseluruhan bernilai RM30,000 menanti pemenang dalam bentuk Sijil Simpanan Premium.

Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan itu menerusi laman web www.pos.com.my dan www.facebook.com/surat1malaysia atau di talian 03-2267 2206.

Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Pos Malaysia Datuk Rohaiza Hashim yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata pertandingan yang dimulakan pada tahun 2010 hingga 2014 itu merupakan sebahagian strategi Pos Malaysia memartabatkan penulisan surat dalam bahasa Melayu.



-- BERNAMA

AKU TAK AMENDE NI TAPI KLU IA BOLEH BUAT TAMBAH MARKAH...KENA LA AMIK KESEMPATAN...

masa sibuk dah sampai

minggu depan dah start sem baru;...mcm susah je subjek baru ni....hantam sajalah ek...yg penting... cuba cuba cuba... so...mohon maaf eh klu2 ada n3 aku yg menyinggung perasaan korang....agak sibuk skrg ni... aritu mcm byk citer tapi bila dah sign in... rasa malas pulak nak update..haha

Wednesday, May 16, 2012

ucapan selamat hari guru

Selamat hari guru kepada semua cikgu cikgi yg pernah , yang tak pernah, yang kenal, dan tak kenal...semua sekali la... dan mohon maaf banyak2 kat cikgu2 yang pernah mengajar saya...sebab saya tak seberjaya macam yang cikgu2 harapkan...walaupun begitu, sekurang2nya dari segi tak menyusahkan sesapa... saya rasa didikan yang cikgu2 berikan tu...alhamdulillah dah berjaya...sebenarnya kalau cikgu2 nak tau, saya ni bukanlah gagal sepenuhnya... cuma tak berjaya jadi menteri je...itupun sebab saya tak minat...

saya nak tulis panjang lagi ni tapi kang cikgu ungkit pulak time sekolah dulu cukup malas nak buat karangan so i think i better stop here.

tenkiu teacher...<---- sambil berdiri..

Tuesday, May 15, 2012

alang2 menyeluk pekasam

alang2 dah sign in...aku update jela.

nak citer apa eh?ooo...nak bagi tau korang...ilmu tu luas... sangat luas....kadang2 bila tulis entry diblog tanpa kita sedar... kita dah bagi ilmu kat orang... ilmu yang kita ingatkan benda2 simple contohnya... sesat naik komuter/lrt ke... ilmu naik bas pergi pameran buku ke...ilmu memujuk anak2 merajuk ke...ilmu memasak...resepi2 lauk pauk yg sedap2...sebab2 memasak jadi tak sedap ke...perghhh... untung betul korang2 yg menulis mende2 camni...korang tau tak...ilmu2 ni nanti yang akan membantu kita... tau tak?

ok la...aku out...tengah fikir ilmu apa nak bagi kat korang...jeles ngan korang...

Monday, May 14, 2012

Video Momen menarik MC vs QPR

video gol ketiga

http://www.youtube.com/watch?v=f8b8RNCwbhY

video slps gol ketiga mc



camtulah bolasepak...every seconds count!!!jgn suka dulu..klu buat contest apakah ayat MU fan tulis sebelum gol ketiga yg tak sempat dihantar ke kawan dan lawan mesti best...kah3

Wednesday, May 9, 2012

Video gol gol Liverpool vs Chealsea

Kalau ref tak bias, inilah keputusan sebenar, kalau nak kata Chealsea nak tumpu final pun tak boleh gak sebab dorang nak berebut no 4... tapi kena 4 pulak...wakaka
kalau finalis cl pun kena belasah , yang tak finalis korang kiralah sendiri...ekeke

Lagu tema jangan ambil padang kami

Ahdan - Permaisuriku

rupanya tak ramai tahu ini lagu tema jangan ambil padang kami... permaisuri ku ahdan



Lirik

Kau yang ku selalu ku puja
Yang selalu ku damba
Didalam hatiku didalam jiwaku
Kau begitu indah tak pernah ku sangka
Hadirnya dirimu merubah hidupku

Begitu memikat kau mampu hapuskan
Pesona dirimu didalam benak ku
Percayalah sayang
Hanyalah dirimu yang membuatku bahagia

Kau permaisuriku, pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana

Kau sang belahan jiwa
Yang telah ku nantikan sepanjang hidupku
Kau luruhkan aku hangatmu terasa
Bagaikan sang suria terangi diriku warnai hidupku

Selalu ku harap kita kan bersama
Ku genggam tanganmu hingga akhir waktu
Percayalah sayang
Hanyalah dirimu yang membuat ku bahagia

Kau permaisuriku pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana

Kaulah permaisuriku pujaan ku selalu
Berikan senyumanmu yang terindah

Kau permaisuriku, pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana

kod gitar takde sbb tak best...wakaka

Pinggan mangkuk Bone China, kanta ICL haram

Ini bukan untuk traffic...ini untuk simpanan aku...

Tuesday, May 8, 2012

cukup-cukup la...

lirik lagu cukup2 memang cukup2 membosankan bagi aku sebab aku rasa mcm tak sesuai untuk lelaki ckp cukup-cukup banyak2 kali...pompuan sesuailah cakap camtu kan kan kan...


kod gitar dan lirik Lagu Sudah Cukup Sudah – Nirwana Band

F#m D E A
inikah caramu membalas cintaku
Bm C#
kau nodai cinta yang ku beri
F#m D E A
inikah caramu membalas sayangku
Bm C#
kau lukai sayangku untukmu..

E A
teganya kau menari diatas tangisanku
Bm C#
kau permainkanku sesuka hatimu..




Chorus (1) F#m Bm
sudah cukup cukup sudah..
E A
cukup sampai disini saja..
F#m Bm
daripada hati gelisah
C#
cintaku kau balas dengan dusta..




Chorus (2)
F#m Bm
sudah cukup cukup sudah
E A
cukup sampai disini saja..
F#m Bm
daripada batin tersiksa..
C#
lebih baik ku pergi saja..

Verse
F#m D E A
t'lah berulangkali kucoba mengalah
Bm C#
ternyata sabarku tak berarti untukmu..

Bridge - Chorus (1) & (2)

F#m D E C#
F#m D E C#
Bridge - Chorus (2)
A#m C#
sudah cukup cukup sudah..
F#m B
cukup sampai disini saja..
A#m C#
daripada hati gelisah
Eb
cintaku kau balas dengan dusta..
A#m C#
sudah cukup cukup sudah
F#m B
cukup sampai disini saja..
A#m C#
daripada batin tersiksa..
Eb
lebih baik ku pergi saja..

ps/ jgn le tanya knp pompuan sesuai ckp cukup2...sbb mmg korang sesuai ckp camtu, nak buat camana...kah3
2) fyi kod aku cilok dr utube sbb aku mmg tak suka nak nyanyi lagu ni, aku bg lirik ni semata2 sebab traffic...kah3

cukup cukup berterus terang aku ni...wakaka

Monday, May 7, 2012

kontroversi, konspirasi, komedi



mungkin pada korang yang tak sempat nak tengok, ini adalah gol yg Liverpool dapat, tapi ini buka ye...pelik tak?memang sangat pelik, aku tak tau lah samada ini adalah:

kontroversi: memang lah kontroversi..satu dunia tau...

konspirasi: ada kemungkinan...sebab mana de org selain dari org YNWA yg nak tengok liverpool pegang dua cup tahun ni....

komedi: mungkin ref nak bergurau tapi aku rasa hanya geng2 manu dgn arsenal je la kot yg akan gelak dgn karoot komedia ref ni...

pendapat korang????

ps/ bjfdgjdgfdeh /tak baik mencarut!!!

Kamera AES kamera perangkap laju tercanggih



Kurangkan kelajuan anda untuk keselamatan diri dan keluarga bukan kerana takut disaman...hikhik

Saturday, May 5, 2012

hati-hati facebookers



Aa aa kan...aku tgk kawan aku punya dah kena kot...bila tanya dia tak mengaku so aku rasa mende ni mmg betul la...so korang kena hati2 yer....yg penting, jangan tekan nak tengok video yg sama yang kawan korang dikatakan tengok tu...klu korang tekan je...mmg sahih akan kena...btw...aku takdelah aktif sgt fb ni...puas aku cari kawan2 blog punya fb...ada yg aku jumpa...ada yg tak jumpa...hehe aku bukannya apa...kadang2 rasa mcm nak aktif...tapi tak bole la...sebab bila bukak je...aku rasa pening sgt sebab ada orang update status byk2 kali... kadang2 tengok mcm setiap sejam..haiyo...mcm tu ke main fb ni...ekeke tapi fb ni mmg betulla salah satu medium yg berkesan untuk promosi blog , masalahnya...klu friend pun tak sampai 50, nak promosi apa? ekeke lagi satu yg buat aku pening ialah blogger yg sll update blog dia guna citer kat paper pastu g promote kat fb...klu 1 hari 1 citer takpe....ini... punyalah banyak...gila betul le... semua citer pun dia amik...dari kisah artis...khalwat...eh...semua yg dia nampak mcm sensasi dia amik letak kat blog...mmg unfriend terus le dr fb...buat menyemak je...patutlah friend aku tak ramai...ekeke
last but not least......mmg aku tak bolehlah aktif kat fb ...pening kepala aku...lbh baik syok sendiri kat blog dr syok sendiri kat fb... apa kata korang?

Friday, May 4, 2012

Gambar dan spesifikasi Samsung Galaxy S3





untuk gambar dan spec sila ke sini

tengok mmg mantap...tapi kalau s2 pun aku hanya mampu tengok , yang s3 ni apatah lagi...hehe sebenarnya bukan tak mampu beli cuma takde sebab yg munasabah untuk aku beli...tapi kawan aku kata... kalau tak mampu tu mengaku jela... haha ok la...aku mengaku...kah3

LONDON: Samsung Electronics hari ini mengumumkan telefon pintar terbaru pada majlis pelancarannya di London bagi mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai pengeluar telefon mudah alih terlaris di dunia.

Galaxy S3 menawarkan skrin bersaiz 4.8 inci (12.2 sentimeter) iaitu 22 peratus lebih besar daripada telefon pintar paling popular sebelum ini, Galaxy S2 yang membantu syarikat berkenaan memintas Nokia sebagai peneraju dunia.
Menurut Samsung, walaupun mempunyai skrin lebih besar namun saiznya tidak terlalu besar berbanding model sebelumnya kerana rangkanya lebih kecil.
Ciri baru lain yang diketengahkan adalah kamera pintar yang menggunakan teknologi pengecaman muka dan kawalan pengaktifan suara yang dipertingkatkan

Model baru itu juga menggunakan sistem operasi Android dan prestasinya dalam pasaran dilihat sebagai pendorong kepada kejayaan sistem berasaskan Linux itu. - AFP

Era radio no 1 2012

Terbaca kata radio era kembali no 1... sinar yg aku sll dengar no 2... tapi aku pelik kenapa dj popular tak dapat kat radio ini... kenapa dj radio hotfm yg jadi juara...mcm tak logik je...ke sebab tv3.... ok la... isu tak penting pun...ekeke

harini jumaat.... jangan lupa g solat jumaat bagi org lelaki... org pompuan jgn dok syuk g soping2 kat nagoya pulak...:)

Thursday, May 3, 2012

setiap persoalan pasti ada jawapan

tapi tak semestinya kalau org tanya kita, kita kena jawab... ye dak... kecuali kalau yg tanya kita tu parents kita... kenalah jawab...ekeke

tapi betul la kan... takan semua mende kita nak citer...kadang2 ada menda sesuai nak citer...kadang2 kena simpan...walaupun pada org terdekat...betul tak...tapi tak citer perkara sebenar mukan bermaksud kena jadi penipu... menipu dan simpan rahsia adalah dua perkara yg berbeza...kan kan kan

tapi aku bukan nak citer pasal diri aku, aku just lontarkan persoalan untuk kita fikir sama2... tak semestinya kena ada jawapan sebab kadang2 jawapan hanya berada didalam hati...cewah....ekeke

nayati moodliar dah diselamatkan

baru post nur alert pagi ni...baca nst...dia dah balik..baguslah ek...macamana dgn budak2 yg belum lagi dijumpai ek...nanti aku cari maklumat lagi...


Nayati back home safe and sound

KUALA LUMPUR: Kidnapped boy, Nayati Shamelin Moodliar, was reunited with his family early this morning.


The 12-year-old was rescued by a police task force from an undisclosed location.

City police chief Datuk Mohmad Salleh confirmed the report but declined to elaborate. It is understood that police are in the midst of tracking down Nayati’s kidnappers.

Nayati was abducted early Friday morning on his way to the Mont Kiara International School near his house.

Witnesses saw two men grab Nayati into a black Proton Gen 2 in the 7.40am incident. His father, Sham Moodliar, 41, had appealed to the kidnappers to return his son to him. It was a tearful reunion for Nayati and his parents yesterday at their home.

Update from the family's spokesman: "

We are delighted to tell you that Nayati is back home with us and although it has obviously been a very traumatic time for him, he appears at this stage to be in good shape. We cannot begin to say how proud we are of him and the way that he has coped with the events of the past week.



We have been overwhelmed by the support we have received from all our friends here in Kuala Lumpur and all over the world. We are unable to find the words to express our gratitude but we will never forget what they did for us.

 Even more surprising, because it was so unexpected, has been the support of people whom we have never met - and are never likely to meet – in countries as far away as Zambia and the USA, who have offered their time, skills and, in many cases, money, without any expectation of any form of compensation.

We are so grateful for their help.

We also appreciate very much the tremendous practical and moral support we have received from the Netherlands Embassy and in particular the Ambassador, Mr Paul Bekkers. With his help we were able to surmount some “interesting” technical problems.



Finally we would like to express our gratitude to the Government of Malaysia, specifically the Royal Malaysian Police. Their number one priority from the start has been the safe return of Nayati and they have been most careful not to do anything that might have jeopardise his safety. We have enjoyed and will continue to enjoy our stay in this wonderful country.

 As we are sure you will understand, Nayati’s kidnapping is the subject of an ongoing investigation so we are unfortunately not at liberty to reveal any of the details of the case at this stage.

 There will be a press conference on Friday. Details to follow. 

Thank you.

 Regards
, Shyam Priah."

Read more: Nayati back home safe and sound - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/nayati-back-home-safe-and-sound-1.80248#ixzz1tlnwU52k

for pic. go here

NUR ALERT MISSING CHILD, NAYATI MOODLIAR

Monday, April 30, 2012

maaf

apa yang aku lihat tak sama dengan apa yang aku baca
apa yang aku saksi tak sama dengan apa yang aku dengar

jadi, aku tak mau komen apa-apa
sebab? tak perlu sebab

cerita sebenar di pangkin
bukan di ruang sini

maaf

Friday, April 27, 2012

Siaran Astro percuma

Aku tak tau semoena apa tapi percuma semua channel

mulai 27 APRIL hingga 6 MEI 2012

diulangi!! SEMUA CHANNEL

Thursday, April 26, 2012

Laman web kerajaan tak mesra pengguna?

Hari tu aku ada buat entry pasal semak kemasukan ke matriks, ada bagi link ke moe punya website tapi aku tak cek le website tu sebab pada fikiran aku, tentulah ada je button ke butang ke hape ke nak cek mende tu, rupa2nya aku silap. Ada anon tanya aku camana nak download borang dan surat tawaran? aku pun...terpinga2 sejap...masuk kat web tu... klik sini sana...tak tau kat mana nak cek... haiyooo....

puas aku pusing2 kat web tu last aku jumpa.... rupanya dia letak link kat dia punya press statement yang aku rasa...salah le cara dia tu... link yg dia bg tu link 'home' untuk 'moe' bukan link untuk semak.... kena klik link tu barulah akan dihantar ke link semak...ishhh...sepatutnya link untuk semak bior le ada kat home... takde org tercari2...

tenet aku ni teruk sikit...kalau tak aku boleh tunjuk gambar kat korang...aku harap org yg incharge untuk buat website moe akan consider letak butang semak kat tepi home moe tu yer...biasanya camtula kan...

ps...mcm susah nak faham je apa aku tulis ni...wakaka

Wednesday, April 25, 2012

jum mohon Anugerah Merdeka

err...tapi ini untuk anak2 muda yang hebat..yang rasa diri dia hebat...dan yang boleh meyakinkan bukan kawan2 dia,,,,bukan keluarga dia...tapi jawatankuasa pemilihan...untuk meraih anugerah ini... untuk tahu lbh lanjut, sila baca ini. Yang best tu, nanti dia kena kongsi pengalaman dia kat blog dia sendiri ,,,maknanya dia kena jadi blogger... perghhh

KUALA LUMPUR: Golongan muda yang berpendapat mereka memiliki kaliber luar biasa dipelawa memohon 'Geran Anugerah Merdeka', yang diwujudkan untuk mengenal pasti dan mengiktiraf anak muda Malaysia yang menghayati semangat Merdeka dan mereka yang mempamerkan komitmen cemerlang serta memberi sumbangan penting kepada masyarakat.

Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata geran itu terbuka kepada rakyat Malaysia berumur antara 22 dan 35 tahun yang terlibat dalam disiplin pendidikan dan kemasyarakatan terpilih, alam sekitar serta kesihatan, sains dan teknologi.

Katanya maklumat terperinci tentang anugerah itu dan borang permohonan secara dalam talian boleh didapati melalui www.merdekaaward.my. Tarikh tutup permohonan ialah 30 Jun.

Tuesday, April 24, 2012

Kenapa perempuan suka lelaki jahat

tajuk macam serius je ni...hehe aritu aku tengok drama melayu...yelaa... kadang2 aku tengok jugak citer melayu ni...tak tengok abis pun tapi aku tertarik dengan satu ayat ayah dia...lupa pulak citer apa...yg petang2 tu la... ayat dia... kenapa perempuan lebih suka dengan lelaki jahat...? ayah dia tertanya2 sebab kawan baik anak perempuan dia ada cakap sebelum ni anak dia ada kawan lelaki yang baik...tapi dah clash... sebab lelaki tu baik? ayah dia tak faham... dan aku pun tak faham....tapi cuba tengok senario sekarang ni...

aku nak tanya...lelaki baik tu membosankan ke?baik yang macamana?jahat pulak macamana? ke suka yang nakal2 sikit...yg kelakar tapi jahat ke ....yg kelakar tapi baik?tapi bukanlah aku nak tau seme tu...tapi buat aku terfikir...budak2 lelaki yang nakal2 ni...taknaklah aku sebut jahat...saje buat perangai cenggitu sebab nak awek...betul ke statement aku ni...?huhu maknanya lelaki menjadi jahat sebab perempuan...???sebab lebih senang dapat awek kalau jahat...kalau baik ni...mcm susah sikit...nerd...skema...susah ckit kot...

ini n3 aku tulis lama dah...simpan kat draft...pastu sbb takde apa nak update...publish jela ni...ekeke patutnya pjg lg ni tp sebab malas..bior jela... bukannya ada org baca pun...wakaka aku update sbb lama sgt tak update blog aku ni.... sian kat blog aku, nnt dia merajuk...sapa susah? akuuuuu jugak....